Tuesday, September 20, 2016

3066) AMIM SEDIA BERI KERJASAMA – HARIAN METRO – 20/9/16

YUSUF Azmi.
YUSUF Azmi.

Kuala Lumpur : Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) meminta kerajaan mengambil tindakan proaktif membendung cubaan penculikan kanak-kanak didalangi warga asing yang berlaku kebelakangan ini.

Menjadikan kejadian terbaru di pasar raya di Subang minggu lalu sebagai contoh, Ketua Sekretariatnya Yusuf Azmi berkata, pihaknya menerima beberapa aduan daripada ibu bapa yang bimbang keadaan itu terjadi kepada anak mereka.

“AMIM menerima aduan terus daripada ibu bapa yang mahu kerajaan bertindak. Kita tidak tahu apakah yang menjadi viral di media sosial kes penculikan itu betul atau tidak, tetapi kebimbangan tetap ada.

“Awal minggu lalu seorang anggota keluarga ahli AMIM sendiri berdepan keadaan cemas apabila diekori lima lelaki dan seorang wanita dipercayai warga asing ketika membeli keperluan di sebuah pasar raya. Mujur ada kakitangan di situ nampak sesuatu yang mencurigakan dan memaklumkan kepadanya. Jika tidak, mungkin berlaku perkara yang buruk,” katanya kepada Harian Metro.

Justeru katanya, ia perlu diberikan perhatian khusus kerana menimbulkan rasa bimbang serta kurang senang dalam kalangan masyarakat dan untuk itu, pihaknya bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berdasarkan laporan diterima daripada orang ramai.




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL