Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) melawat rak jualan produk tersebut di pasar raya Giant
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Aidi Senin berkata, melihatkan perkembangan positif produk keluaran syarikatnya, P Three Sweetener Global Sdn Bhd (P3) semakin diterima ramai.
“Saya percaya potensi produk ini mampu melangkah lebih jauh sebagai pengganti gula putih.
“Ramai sudah menyedari bahaya gula putih yang diguna dengan menukar kepada produk kami,” katanya dalam kempen beli barangan buatan Malaysia 2016 yang dianjurkan oleh Pasar raya Giant di Kuala Lumpur, semalam.
Produk pemanis menggunakan teknologi nano untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah kesihatan terutama berkaitan gula.
Menurutnya, tiada pengganti gula putih sebaik produk itu kerana ia rendah kalori dan karbohidrat.
“Rasa pemanis P3 seakan gula, namun kemanisannya menyamai lima kali ganda gula biasa.
“Namun kemanisan ini tidak memudaratkan kesihatan, malah membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya.
Produk P3 kini sudah memasuki beberapa pasar raya terkenal seperti Mydin dan Tesco dan perancangan akan datang untuk menembusi pasar raya lain.
Malah Mohd Aidi juga berharap dapat memasuki pasar raya lain akhir tahun ini bagi memperkenalkan produk tersebut secara lebih meluas.
“Setakat ini, kami sudah melantik 200 ejen seluruh negara untuk menjual produk keluaran P3 lain.
“Pemanis P3 merupakan ekstrak tebu dan semua lapisan umur boleh menggunakan ia termasuk kanak-kanak,” katanya.
Nano Sugar merupakan produk yang diproses secara semula jadi dan tiada kandungan bahan kimia berbahaya.
Sumber : http://ift.tt/1OdMW6l
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
No comments:
Post a Comment