Tiga alasan sedih itu digunakan seorang wanita yang mendakwa dirinya usahawan berjaya untuk memperdaya puluhan ahli perniagaan menyerahkan deposit pembelian tudung dan pakaian berjumlah lebih RM200,000 sebelum menghilangkan diri.
Cerita sedih itu akan dijaja kepada siapa saja yang dirasakan dapat memberikan sejumlah wang daripada RM1,500 hingga RM70,000 pada satu-satu masa dengan janji mereka akan mendapat tudung yang menjadi trend terkini dalam kalangan pengguna sebelum lesap dengan semua wang berkenaan.
Dalam kes terbaru, seorang ahli perniagaan dari Kluang, Johor ditipu RM35,000 selepas wanita itu menghilangkan diri bersama wang berkenaan dan tidak dapat dihubungi serta tidak mahu berjumpa dengan stokis yang ingin mendapatkan tudung dijanjikan.
Sebaliknya, mereka yang cuba menjejakinya di beberapa lokasi hanya mendapat cacian dan maki hamun wanita berusia 30-an itu yang berkelakuan seperti terkena histeria sebelum ‘lesap’.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Farra, 31, berkata, dia diperkenalkan dengan wanita itu Ogos tahun lalu oleh seorang rakan yang turut sama mengusahakan perniagaan tudung di ibu negara.
“Pada mulanya saya nampak dia sebagai usahawan tulen kerana dia maklumkan ada kilang pakaian dan sudah berkecimpung lama dalam industri,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Sumber : http://ift.tt/1qYkuLl
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
No comments:
Post a Comment