Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan
Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan, berkata SPAD tidak lagi boleh berlengah menangani isu itu kerana perkhidmatan berkenaan memberi kesan besar kepada industri teksi konvensional, sekali gus perlu ditangani segera dengan apa cara sekali pun. Beliau turut meminta SPAD mencari penyelesaian adil untuk kedua-dua pihak kerana masalah itu membabitkan pengguna serta sumber pendapatan pemandu teksi.
“PPIM tidak menyebelahi industri teksi atau Uber dan Grabcar, sebaliknya hanya mewakili pihak yang mahukan keadilan selepas isu ini masih tertangguh. Kami minta SPAD atau agensi berkaitan kaji segera dan buat keputusan tegas, sama ada membenarkan sistem Uber dan Grabcar beroperasi atau tidak.
“Jika dibenarkan beroperasi, bagaimana nasib pemandu teksi? Apa pilihan terbaik yang diberikan kepada mereka. Kami juga mahu melihat cadangan terbaik diberikan kerana ini adalah isu pengguna dan kita tidak boleh berkompromi dalam aspek keselamatan semua pihak,” katanya.
Bercakap pada sidang media, di sini hari ini, beliau berkata, PPIM melihat sistem Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan yang baik, namun tiada garis panduan tetap untuk melindungi keselamatan pengguna. “Uber dan Grabcar memberi kelebihan dari segi kos kepada pengguna, namun akan mendatangkan masalah jika tiada penguatkuasaan untuk melindungi keselamatan penumpang.
“Tidak dinafikan rakyat sentiasa memilih perkhidmatan atau barangan murah dan lebih baik, tapi dalam isu ini, adakah ia akan sentiasa baik,” katanya. Katanya, PPIM bimbang akan berlaku kes membabitkan keselamatan pengguna kerana Uber dan Grabcar ‘kosong’ atau tidak menawarkan perlindungan insurans untuk penumpang, malah sesiapa sahaja boleh menjadi pemandu untuk perkhidmatan itu.
“Ia berbeza dengan teksi konvensional yang ada peraturan tegas, termasuk melindungi pengguna dalam kes kemalangan,” katanya.
Sumber : http://ift.tt/206GPlY
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
No comments:
Post a Comment