Saturday, November 28, 2015

2377) UTUSAN MALAYSIA - 28/11/15 - WUJUDKAN GARIS PANDUAN TERPERINCI LARANGAN VAPE


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Garis panduan secara terperinci dan selaras perlu diwujudkan dengan penglibatan pelbagai kementerian berhubung penguatkuasaan
kawasan larangan serta had umur untuk membeli dan menghisap rokok elektronik atau vape.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, garis panduan itu dapat mengelakkan pertindihan bidang tugas dan penguatkuasaan jika operasi atau tindakan dilakukan sehingga boleh mewujudkan kekeliruan kepada pengguna.

Selain itu katanya, ia juga perlu untuk memastikan peraturan tersebut dipatuhi dan dapat dilaksanakan secara berkesan terutama melibatkan kawasan seperti hospital dan sekolah.

“Kerajaan juga perlu menubuhkan biro aduan terhadap individu yang didapati melanggar peraturan itu. Segala tindakan perlu pantas. Bukan seperti larangan yang dibuat terhadap rokok.

“Walau bagaimanapun, semua tindakan ini perlu dilakukan secara bersama supaya segala kelemahan dalam pelaksanaan undang itu dapat diketahui dan diperbaiki, “ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menegaskan, kerajaan akan mengawal selia penggunaan rokok elektronik atau vape seperti mana yang dikuatkuasakan ke atas rokok termasuk dalam perkara berkaitan kawasan larangan serta had umur untuk membeli dan menghisapnya.

Sementara itu, Presiden Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga perlu menguatkuasakan larangan tersebut di institusi pengajian tinggi dan sekolah.

Beliau memberitahu, kedua-dua kementerian berkenaan dengan sokongan Kementerian Kesihatan sewajarnya membuat penyelarasan di segi tafsiran undang-undang antara rokok dan vape agar dapat diperbetulkan sebelum dikuatkuasakan.
“Pihak-pihak yang berkenaan perlu selaraskan dari segi tafsiran peraturan yang dikenakan ke atas rokok dan vape dalam konteks sekolah. Ia (vape) perlu diwartakan sama dengan rokok supaya peruntukan undang-undang larangan merokok turut dikuatkuasakan ke atas vape,” katanya

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengetahui kandungan dan kesan penggunaan vape terhadap masyarakat di negara ini sebelum pelaksanaan undang-undang dibuat.

“Kita tidak mahu ia akan mewujudkan diskriminasi di antara pengguna vape dan rokok jika kedua-dua nya boleh mendatangkan kesan yang hampir sama. Tetapi jika vape ada manfaatnya, kenapa kita perlu menolak?” katanya.



2376) PPIM - PERBINCANGAN DENGAN USAHAWAN-USAHAWAN PENIAGA KECIL DI SUNWAY PUTRA MALL




2375) PPIM - 27/11/15 - PROGRAM ANTARABANGSA TABUNG JALINAN BUDI "MISI BANTUAN WARGA PALESTIN"



























2374) PPIM - 23/11/15 - PERJUMPAAN BERSAMA PENYEWA-PENYEWA KERETA DI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA










Tuesday, November 24, 2015

2371) 24/11/15 - SESI MINGGUAN KLINIK PERUNDANGAN MINGGU KE-3 BERSAMA PEGUAM SIDIQ AZANI & CO






2370) UTUSAN MALAYSIA - 24/11/15 - PPIM, PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA TEROKA SEJARAH MELAYU



KUALA LUMPUR 23 Nov. – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Sejarah Malaysia akan bekerjasama meneroka lebih banyak fakta serta sejarah bangsa Melayu untuk pengetahuan ge­nerasi muda hari ini.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu akan dilakukan dalam tempoh terdekat dengan mengadakan pelbagai program ceramah dan ekspedisi ke lokasi-lokasi bersejarah yang mempunyai kaitan dengan susur galur sejarah bangsa bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka.

Katanya, fakta dan sejarah itu memainkan peranan yang cukup penting kepada masyarakat Melayu supaya mereka mengetahui asal usul bangsa serta keturunan ma­sing-masing.

“Kita bukan ingin mendakwa mata pelajaran Sejarah di sekolah atau institusi tempatan hari ini tidak betul, tetapi masih terdapat beberapa persoalan yang gagal dibuktikan kerana fakta yang dikemukakan tidak cukup sahih.

“Dalam hal ini, sudah tentu kita perlu melihat barang peninggalan sejarah atau artifak mengenai satu-satu kisah. Justeru, PPIM akan bekerjasama dengan Persatuan Sejarah Malaysia menerusi Ketua Biro Penyelidikan dan Kajian, Datuk Zainal Johan untuk membantu misi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Wacana Sejarah Melayu Sejak 1.8 juta Tahun Lalu di Jalan Tun Ismail di sini kelmarin.

Antara pengisian yang terdapat dalam sesi wacana itu adalah topik berkaitan tujuh kekuatan bangsa Melayu yang terdiri daripada kayu, logam, darah, emas terungkai, laut, ilmu dan Imam al Hadi.
Selain itu, wacana itu turut meminta tiga laut yang mengelilingi Kepulauan Melayu iaitu Laut China Selatan, Laun Sunda dan Selat Me­laka yang perlu dipelihara sebaik mungkin kerana terdapat pelbagai rahsia sejarah bangsa Melayu di dasar perairan tersebut.

Sementara itu Zainal yang juga waris ke-12 Bendahara Tun Perak berkata, usahanya mengkaji sejarah Melayu kini mendapat penerimaan baik daripada kerajaan seperti Kementerian Pendidikan dan Jabatan Agama Islam Negeri yang meminta beliau memberi ceramah kepada para pelajar.

Katanya, beliau mahu lebih ramai generasi muda yang terdiri daripada golongan cerdik pandai dan alim ulama supaya turut mendalami fakta serta sejarah bangsa Melayu kerana beliau tidak mampu untuk melakukannya seorang diri.

“Ilmu sejarah ini bukan perkara kecil kerana turut melibatkan tempoh waktu, peninggalan artifak bersejarah dan usaha untuk menjejak setiap lokasi dan barangan pe­ninggalan itu. Jadi, sudah tentu saya memerlukan lebih ramai pensyarah dan tahfiz untuk bersama-sama membantu usaha ini.

“Saya juga ingin mengingatkan segelintir pihak yang bimbang apabila mendengar fakta baharu mengenai sejarah bangsa Melayu supaya tidak bersikap jumud ke­rana sejarah Eropah juga sentiasa dikemas kini hingga hari ini,” katanya.



2369) KOSMO - 24/11/15 - BERETIKA KETIKA MENGHISAP VAPE


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL