Tuesday, January 18, 2011

KENYATAAN MEDIA ISU LARANG UMAT ISLAM KERJA DI PREMIS JUAL ARAK DI NEGERI SELANGOR SERTA KENYATAAN DUA EXCO SELANGOR TERESA KOK DAN RONNIE LIU MINTA MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ) MENARIK BALIK PERATURAN TERSEBUT DARI DIKUATKUASAKAN






MAJLIS AYAHANDA-AYAHANDA SELANGOR DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN
SERTA
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
DAN
GABUNGAN NGO-NGO ISLAM


ATTN : NEWS EDITOR                                                                         16 JANUARI 2011



Majlis ayahanda-ayahanda Selangor Dan Wilayah Persekutuan, PPIM serta Gabungan NGO-NGO Islam menyokong penuh ketegasan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Selangor, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali melarang umat islam dari bekerja di premis-premis yang menjual arak di dalam negeri Selangor.

Sesungguhnya kenyataan tersebut hanyalah lebih bersifat peringatan ke arah penguatkuasaan yang lebih tegas kerana pada dasarnya larangan tersebut telahpun termaktub dengan adanya peruntukan di bawah Seksyen 18 (2) Enakmen Jenayah Syariah, Selangor 1995.

Pihak kami juga melahirkan rasa bangga dan ingin mengucapkan syabas kepada pihak berkuasa tempatan khususnya MPSJ yang tanpa rasa takut telah menjalankan peranan mereka dengan berkesan dan penuh dedikasi ke arah menguatkuasakan peraturan di atas.

Kami amat tersinggung dan terguris dengan kebiadapan Ronnie Liu dan Teresa Kok yang cuba campurtangan di dalam hal ehwal Agama Islam dengan mengarahkan pihak MPSJ menarik balik peraturan melarang orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak.

Sesungguhnya kenyataan serta niat campurtangan dua kuffar ini dalam urusan pentadbiran Islam amat dikesali dan amat biadap seterusnya boleh mencemar nama baik Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor serta agama Jslam amnya.

Sehubungan dengan itu, kami juga menggesa parti PAS yang selama ini menjadikan Islam sebagai slogan perjuangan mereka menyatakan pendirian rasmi mereka berkaitan perkara ini.

Kami juga mendesak agar parti PAS yang juga anggota pakatan rakyat agar mengambil serius perkara ini dengan menegur keceluparan anggota DAP tersebut melalui rakan sekutu mereka di dalam pakatan rakyat.

Seterusnya, kami berpesan kepada Ronnie Liu dan Teresa Kok agar jangan sesekali mencampuri urusan agama Islam “kamu dengan agama kamu, dan kami dengan agama kami”  supaya tidak bermain api sehingga boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara yang telah terbina sekian lama.
   

14 comments:

Unknown said...

saya skong, kerana apa apa yang halal apabila bercmpur dengan yg haram maka ia adalah haram...

Enterpreneur Club Cybernetics said...

isu ini ptut d perketatkan dan d ketengahkan..

basyirahsheikh said...

Berkaitan dengan isu ni,sy menyokong penuh pendirian Dr Hasan Ali dalam melarang umat Islam bekerja di premis menjual arak...

Usaha ni perlu mendapat sokongan daripada semua pihak, bukan hanya di peringkat kerajaan negeri malah Kerajaan Pusat. Kerajaan juga berkuasa untuk tidak memperbaharui permit dan lesen penjualan arak..

Unknown said...

usaha melarang umat islam bekerja di premis yang ada penjualan arak adalah satu langkah yang baik...ini kerana perkara ini memang telah nyata akan pengharamannya oleh Allah swt.....perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh.....

Unknown said...

kenapa sekarang ni makin berani org2 bukan ISLAM membangkang n masuk campur dlm hal2 ummat Islam...sepatutnya perlu ada pihak2 berwajib yg betul2 boleh membela ummat Islam dri di hina oleh org kafir.

fm9060 said...

jangan kita sebagai umat islam skrang terlalu menyalahkan pihak lain jika pihak terbabit tidak menghormati agama islam.!! cuba kita berfikir & muhasabah diri kita sendir..!! kenapa perkara ini selalu terjadi kpd umat islam dimalaysia.?
Banyak kesalahan kita sebg umat islam sendiri yg tidak mengikut perintah ALLAH S.W.T dlm menjalani kehidupan seharian kit dimuka bumi ini. fikirkan baik2lah umat islam...kita sesama umat islama bertelingkah... kaum kafir menang sorak belakang kita...insaflah diri kita sendir...balik kepengakalan jalan...iaitu agama ALLAH YG SGT MULIA DAN SUCI.....AGAMA ISLAM....!!!!!!!!

miss said...

umat islam perlu tetapkan pendirian supaya tidak cepat rapuh

Unknown said...

Mari kta sma2 mnyokong larangan ini... umat islam kna bersatu padu...
tnjukkn agma islam tidak boleh dipermainkan...

Unknown said...

Setuju dengan FM9060..

Xheran la kalau orang bukan islam xpaham islam..

lagi teruk kalau orang Islam yang xnakkan Islam..!

Unknown said...

sokong hambapeduli.....org islam yg xnkkn islam adalah org yg memp'mainkan agamanya....org islam p'lu tnmkn dalam hatinya akan kesucian islam...jgn cemarkan agama islam dengn sikap kita yg mementingkn dr sndr s'ta sikap acuh x acuh...

Unknown said...

harap larangan ini mendapat sokongan drpda org atasan dan diperkuatkan diseluruh malaysia..

mutiara hati said...

Mengapa perkara sebegini masih dipertikaikan lagi yg hukumnya sudah jelas....

Unknown said...

sokong mutiara hati...sememangnya telah jelas pengharaman arak seperti di adalam Al-Quran dan juga hadis-hadis nabi...

Ustaz Syed Hasan Alatas said...

Kita merasa dukacita tindakan yang dilakukan kaum kuffar wal musyrikin DAP, yang mencampuri urusan Agama Islam. Kita harapkan Tok Guru/Alim Ulama PAS, tolong beri peringatan kepada kafir DAP, supaya jangan suka sangat mencampuri urusan agama Islam. Inilah akibat kita membelakangi Peringatan Allah dalam al-Quran yang mengingatkan kita supaya jangan menjadikan musuh Allah dan musuh kita menjadi teman rapat.

www.shiar-islam.com

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL