Tuesday, January 4, 2011

ADUAN PILIHAN-Madu Palsu



From: xxxxxxxxxxxxx
Date: 2010/12/31
Subject: Madu Palsu
To: aduanppim@gmail.com


Assalamualaikum WMT Sidang Pengarang..


Minggu lepas saya membawa keluarga bercuti di Cameron Highland & saya membeli madu di sana disebabkan terpedaya & percaya demo yg di tunjukkan oleh penjual tersebut seorang Muslim.. saya membeli 4 botol iaitu 2botol jenis putih di panggil madu susu dgn harga RM22/sebotol & 2 botol lagi jenis hitam di panggil madu tualang dgn harga RM28/sebotol. 


Semasa di Cameron, saya sempat berbual dgn peniaga sorang warga emas menyatakan bahwa madu tersebut adalah tipu & palsu kerana beliau menegaskan bahawa sebelum ini beliau ada menjual madu tersebut di mana jualan seminggu mencecah 100-150botol.. namun, sahabatnya Iman & Bilal masjid Cameron disahkan kencing manis, jadi beliau tidak mahu lagi menjualnya. Perkara ini di kuatkan lagi dengan pergaduhan agen menghantar madu kekedai beliau menyatakan bahawa madu susu adalah GULA PUTIH campur YIS manakala madu tualang adalah GULA PUTIH + YIS + GULA MELAKA. Sepanjang perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata.. banyak gerai orang asli menjual madu, itu juga adalah paslu kerana di bekalkan oleh pembekal yang sama.


Kesahihan ini pula saya alamai iaitu selama seminggu saya di sana & madu tersebut ada tertumpah di dalam kereta.. namun tiada kesan semut tetapi setelah saya pulang ke rumah.. kereta saya menjadi sarang semut terutamanya pada tempat tumpahan tersebut. Saya menyarankan agar hebahan harus dilaksanakan khususnya kepada Melayu Muslim ini kerana rata2 adalah pengguna tetap. Ada sahabat memaklumkan bahawa di Gombak Lama ada pendatang Indonesia membuat/memasarkan madu tersebut dengan pendapatan lumayan dimana 10kg gula putih menghasilkan RM1,000.00.


Saya rasa cukup terkilan di atas penipuan tersebut & saya tidak mau juga masyarakat sebangsa saya mengalami penyakit kencing manis disebabkan pengambilan madu palsu tersebut.


Sekian.. Salam Maal Hijrah 1432


dari saya
Melaka

PPIM : Kami sedang menyiasat perkara ini dengan pihak berkaitan

17 comments:

JaNpIrAtE said...

kena hati2 ni nk beli madu
saya selalu beli madu di Muzium lebah di melaka
terima kasih

Unknown said...

masa sy pergi melancong kt cameron thn lps, seorg penjual madu lebah salah sebuah pasar di sana merupakan org cina, mmg lh dia jual madu asli tp yg membelinya adalah org melayu kita...boleh ke mkn?

Unknown said...

sekarang nie terlalu bnyk madu tiruan sehingga tidak kenal yang mana yang asli..jika nak beli madu tu biar la siasat dulu betul2..

miss said...

kita kena berhati-hati dgn madu lebah yg dibeli...namun memang sukar sebagai pengguna menentukan madu itu ada tulen atau tidak..ada pape tips ker menunjukkan ianya tulen?

Unknown said...

Sy mgamalkan madu dari yaman. harganya mmg ratusan rnggit.. tp berbaloi membelinya.. hnya org yg tahu keasliannya sggp membelinya wlupun mahal..

Unknown said...

saya bersetuju dengan miss,,ada apa-apa tips tak untuk dikongsi bersama?...mungkin sebahagian pengguna sahaja yang dapat membezakan yang mana satu madu palsu atau tulen,bagaimana dengan sebahagian yang lain??..mari berkongsi tips..

administrator said...

Berikut adalah tip yang saya petik dari blog madu khaula, iaitu bagi mengenal madu asli. Moga ada manfaat buat para netters:

1. Bila kita telan madu yang asli, pertama kita akan rasa manis perit di tekak.

2. Bila madu asli tu dikemam dalam mulut sebelum telan, lidah terasa seolah-olah macam melekat pada lelangit, tak mahu berpisah. Kalau madu tak asli, bila kita telan madu tu rasa manis sahaja.

3. Madu yang baik, tiada buih-buih atas permukaan madu.

4. Madu yang meletup bukanlah madu yang baik, itu gas hasil penapaian.

Selain itu, saya ingin berkongsi maklumat mengenai orang tengah yang mengambil kesempatan ke atas mangsa kemalangan yang ingin menuntut dari PERKESO.

Saya fikir ini membabitkan paling kurang dua kemungkinan, iaitu penipuan oleh pihak tertentu ataupun peranan yang dimainkan oleh 'ulat'.

Tindakan perlu diambil pihak berkuasa supaya perkara ini tidak berlaku bagi urusan PERKESO, malah di mana-mana tempat sekalipun.

Laporan lengkap mengenai perkara ini dapat dibaca di http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/01/perkeso-tidak-lantik-orang-tengah-urus.html

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

terima kasih dengan tips yang diberi....diharap agar kita semua akan lebih berhati-hati dalam memilih produk di pasaran....

mutiara hati said...

boleh plak diorang wat mcm ni....
hm...rasa tak slamat plak nak beli ape2 skgni,

staff said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

1 lg tips sebelum beli, mintak penjual titiskan sedikit madu ats kuku jari tangan kemudian terbalik kan kuku ke bawah...madu asli tidak akn menitik jatuh ke bawah sebaliknya jika tiruan madu itu akn jatuh ke bawah.
selamat mencuba

durar said...

Untuk mengelakkan anda tertipu apabila membeli madu, belilah madu asli hpa. Bukan sahaja asli malah didoakan...anda sendiri jangan lupa berdoa terlebih dahulu...

Unknown said...

kepada para peniaga semua.sila jujur pada diri sendiri.kalo anda nak makan sedap2 dan terbaik mcm 2 jgkla kitaorang sebagai pembeli.

Unknown said...

kejujuran penting dalam melakukan apa-apa...apatah lagi kejujuran dalam kita memberi khidmat kepada orang lain...maka,sebagai penjual,bersikap jujurlah....anda tidak akan rugi....

administrator said...

Ya, benar. Kejujuran adalah penting, malah ia merupakan salah satu modal yang paling penting dalam bidang perniagaan.

Ini kerana modal bukan hanya wang ringgit, dan aset jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Kejujuran dan seterusnya kepercayaan orang pada kita juga adalah modal yang amat berharga.

Modal kepercayaan (trust capital) yang tinggi membolehkan para usahawan menjalankan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih mudah, manakala modal kepercayaan yang rendah akhirnya membawa padah dalam bentuk kerugian dan kehilangan peluang.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

- Ashadi Zain (ashadizain@gmail.com)

Unknown said...

salam.... sebenarnya kita nie yang kurang tau pasal madu tempatan kita. contoh..Madu kat malaysia mmg banyak buih sebab kurang kualiti tapi bukan tipu. sebab madu amat bergantung pada suhu tempat nya dan juga tumbuhan yang ada.

lagi mcm cerita kat atas tu dia ckp kereta dia jadi sarang semut.. mesti pasal kat fikiran dia semut tak makan madu ori..

klu ada baki lagi hantar kat makmal untuk siasatan lanjut..

saya hanya pengguna madu

Nur Miracle Touch said...

sy pernah beli mad ms otw ke cameron highland.beli dah balik ke rumah, sy simpan dalam fridge la (bukan tempat beku).n madu tu tersimpan beberapa bulan (dlm 2 bulan)..n yg peliknya, nape madu tu boley jadi beku ye??

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL