Sejak akhir-akhir ini,kita bayak mendengar ramai yang terkena penyakit batu karang, samada hempedu atau buah pinggang.Ada yang mengambil jalan singkat terus buat pembedahan sahaja.Malangnya,ada yang berbulan-bulan tidak dapat buat pembedahan,sebab barisan menunggu panjang sangat.
Tiba-tiba mak saya membuka buku resepi lama,resepi memecahkan batu karang.Tidak kira dalam hempedu atau buah pinggang,lalu beliau beritahu nak kongsi bersama.Bagi yang dah tahu anggaplah ini ulangtayang cerita P.Ramlee,tidak jemu,kan ?
Resepinya begini..
2 inci lempoyang
3 gelas air
Lempoyang dipotong dan diketuk.Rebus sehingga air tinggal ½ cawan.Seeloknya rebuslah dalam periuk tanah atau kaca,untuk mengelakkan tindakbalas kimia yang keterlaluan,sekiranya kita menggunakan periuk aluminium.Minumlah setiap hari,sehinnga batu karang pecah.Lempoyang juga bagus untuk orang berdarah tinggi dan sakit jantung.
Selamat mencuba.
JIKA ANDA ADA PETUA LAIN UNTUK DIKONGSI BERSAMA KAMI, SILA EMEL ATAU RESPON DI POST INI...
1 comment:
hmm..lempoyang tu ape yer..?
Post a Comment