TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN DILANCAR BAGI MEMBANTU BAKAL GRADUAN ISLAM DI TIMUR TENGAH YANG HAMPIR DIGANTUNG PENGAJIAN KERANA MASALAH KEWANGAN
SEKITAR MAJLIS PELANCARAN DAN SIDANG MEDIA DI SEMBANG SEMBANG CAFE
WAKIL NGO DAN KORPORAT
PELANCARAN TABUNG
PELANCARAN BLOG RASMI TABUNG
WAKIL AC KONSORTIUM
WAKIL AL-MESWAK MU'MIN
9 Disember 2010 ( 3 Muharram 1432H )-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perkasa, Majlis Belia Malaysia (MBM), Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) Dan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Yayasan Basmi Kemiskinan dan beberapa NGO lain serta badan korporat seperti AC Konsortium dan Al-Meswak Mu'min (pengeluar Ubat Gigi terkenal Mu'min) telah mengambil inisiatif mewujudkan TABUNG KECEMASAN PENDIDIKAN bagi membantu lebih kurang 2000 orang bakal graduan Islam di Timur Tengah yang mungkin akan digantung pengajian kerana tiada sokongan kewangan dari kerajaan sama ada berbentuk pinjaman atau biasiswa.
Tabung ini diwujudkan bagi membantu pelajar-pelajar tersebut untuk menerus dan menamatkan pengajian atas dasar tanggungjawab, amanah dan kerana merekalah harapan generasi akan datang. Maklumat lanjut tentang permasalahan berkaitan dan tabung tersebut, sila layari http://tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com/.
Segala sumbangan boleh disalur ke akaun Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 14370003771050 (CIMB). Slip transaksi sumbangan perlulah difaks ke sekretariat di 03-42566617 atau emel ke muslimconsumers@gmail.com atau menghubungi sekretariat di talian 0199130000.
Setakat sehari tabung ini dilancarkan pada majlis yang berlangsung di Sembang Sembang Cafe, sebanyak RM 7967.70 telah berjaya dikumpul bagi disalurkan terus kepada bakal graduan tersebut. Sumbangan samada dari NGO, individu dan badan korporat lain, masih diharapkan bagi membantu mereka membiayai yuran pengajian, keperluan harian dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment