Wednesday, August 2, 2017

3986) RINTIHAN BAPA ENAM ANAK DAPAT PERHATIAN - HARIAN METRO - 2/8/2017

harian metro 2.8.2017
Bukit Beruntung: “Terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya dengan menyalurkan bantuan kewangan.
“Saya akan kenang selama-lamanya. Terima kasih kepada wakil rakyat, Harian Metro dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang sudi mendengar rintihan saya,” kata Abdul Halim, bapa kepada enam anak yang menghadapi masalah kewangan.
Dia menerima kunjungan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanathan semalam yang menghulurkan bantuan segera untuk mengurangkan beban keluarga itu.
Katanya, sejak kisah kesusahannya disiarkan Harian Metro Selasa lalu, dia dihubungi banyak pihak yang prihatin dan simpati dengan masalah kewangan dihadapi sehingga diminta mengosongkan rumah sewanya.
“Alhamdulillah, ramai yang bantu menerusi PPIM. Saya bersyukur sangat kerana hari ini atau esok, saya perlu keluar dari rumah. InsyaAllah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga selepas ini. Terima kasih juga kepada Datuk Kamalanathan yang membantu,” katanya.
Sementara itu, Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pihaknya meneliti laporan Harian Metro dan tampil membantu keluarga Abdul Halim yang memerlukan perhatian segera.
Katanya, selain bantuan kewangan, dia juga meminta pegawainya untuk mencari rumah sewa baru kepada Abdul Halim untuk memulakan hidup baru.
“Saya juga difahamkan dua anaknya diberhentikan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa kerana ponteng, yang berpunca daripada kesusahan keluarga.
“Itu juga saya akan bincangkan dengan sekolah supaya mereka dapat bersekolah semula dan tidak tercicir daripada mendapat pendidikan,” katanya.
Snapshot
https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/08/249703/rintihan-bapa-enam-anak-dapat-perhatian

Tuesday, August 1, 2017

3985) TAKLIMAT "MENANGANI KOS SARA HIDUP" - UNIVERSITI MALAYA - 1/8/2017


1 Ogos 2017- PPIM telah mengadakan satu taklimat kepada warga kerja Universiti Malaya terutamanya dari Jabatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Harta Benda, UM, bermula seawal jam 8 pagi membincangkan tajuk utama iaitu Kesedaran Bahaya Ahlong.
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh ucapan Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UM, Pn. Robaayah Mohd Ghazali.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.02.26
250 orang warga kerja termasuk 3 orang pensyarah telah menghadiri dalam sesi taklimat ini.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 14.58.41
Bermula jam 2.30 petang, slot ‘Keberkatan Dalam Kehidupan’ yang membawakan tips menarik bagi ‘Menangani Kos Sara Hidup’ telah disampaikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ Toqqi.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 15.01.26

3984) TAKLIMAT KESEDARAN ”BAHAYA AHLONG” DI UNIVERSITI MALAYA – PPIM – 1/8/2017

1 Ogos 2017- PPIM telah mengadakan satu taklimat kepada warga kerja Universiti Malaya terutamanya dari Jabatan Penyelenggaraan dan Pengurusan Harta Benda, UM, bermula seawal jam 8 pagi membincangkan tajuk utama iaitu Kesedaran Bahaya Ahlong.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.08.57
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh ucapan Timbalan Pendaftar Bahagian Sumber Manusia UM, Pn. Robaayah Mohd Ghazali.
150 orang warga kerja termasuk 3 orang pensyarah hadir dalam sesi taklimat yang dikendalikan oleh Pengarah Unit Latihan dan Pendidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.08.46
Taklimat ini akan berlangsung sehingga jam 5 petang dimana ia akan dibahagikan kepada beberapa slot dan akan dikendalikan oleh beberapa aktivis. Malahan pada jam 2.30 petang, slot ‘Keberkatan Dalam Kehidupan’ akan dikendalikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan @ Toqqi.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.08.45
PPIM berharap agar program Taklimat Kesedaran Bahaya Ahlong oleh Unit Latihan PPIM mendapat sambutan oleh setiap masyarakat agar masalah Ahlong / Ceti Haram dapat dibendung segera.
Sekiranya anda atau kenalan mempunyai masalah berkaitan Ah Long, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.
Mengikut pengalaman kami, ramai mangsa Ahlong mula terjerat kerana menyangka mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah. Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik dan zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yang tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yang meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.
PPIM melalui Unit Banteras Ceti Haram telah menyelesaikan ribuan kes Ahlong yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong serta mereka yang terbabit. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama.
Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.
Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.09.04
WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.08.56WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.09.01WhatsApp Image 2017-08-01 at 11.27.09

Monday, July 31, 2017

3983) ADA 3,000 PREMIS JUDI ONLINE DALAM KL - BH ONLINE - 29/07/2017

Ada 3 000 premis judi online dalam KL Kes Berita Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya 3,000 premis perjudian online (dalam talian) yang beroperasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Jumlah berkenaan diperoleh berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan ke atas premis-premis berkenaan di sekitar daerah Dang Wangi, Wangsa Maju, Cheras, Sentul dan Brickfields.
Jumlah ini dilaporkan meningkat berbanding tahun lalu yang mencatatkan sebanyak 615 premis perjudian yang beroperasi di sebalik rumah kedai, pusat internet serta pusat hiburan keluarga.
Ketua Penyelaras Pasukan Khas Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH), Azman Mahmood, berkata kelemahan dari segi integriti dan amanah di kalangan pasukan penguatkuasaan agensi kerajaan adalah punca kewujudan premis perjudian tidak dapat dihapuskan.
"Perkara ini berkaitan dengan imbuhan yang lumayan kerana sindiket perjudian mampu membayar sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan kepada pasukan penguatkuasaan untuk satu premis mereka, bayangkan kalau ada 3,000 premis.
"Ini kerana mereka (sindiket perjudian) mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM50,000 sehari bagi setiap premis," katanya selepas menyerbu sebuab premis judi online tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, awal pagi tadi.
Beliau yang juga Setiausaha Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air, Kementerian Wilayah Persekutuan, berkata hukuman denda sebanyak RM2,000 sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka, perlu diperhalusi dan dikaji semula kerana nilai berkenaan tidak memberi impak dan kesedaran kepada sindiket perjudian.
"Pada masa ini, kami masih dalam proses penambahbaikan akta berkenaan untuk membuat pindaan segera," katanya.
Dalam Ops BAH siri ke 37 semalam, sebuah premis rumah kedai tiga tingkat di Jalan Setiawan di sini, yang didaftarkan atas nama pusat internet tetapi menjalankan aktiviti perjudian, diserbu.
Dalam serbuan itu lebih 80 mesin perjudian dan mesin simulator dianggarkan keseluruhan bernilai RM345,500 dirampas dan akan dimusnahkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan

3982) OPS BANTERAS JENAYAH BAH 77 - MKL Crimedesk - 29/07/2017

Selanjutnya di https://www.youtube.com/watch?v=Co6WFXoE31Y&feature=youtu.be

3981) 'JASA KALIAN SAYA KENANG UNTUK SELAMANYA...' - METRO ONLINE - 30/07/2017



“TERIMA kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga saya dengan menyalurkan bantuan kewangan.
“Saya akan kenang selama-lamanya. Terima kasih kepada wakil rakyat, Harian Metro dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) yang sudi mendengar rintihan saya,” kata Abdul Halim, bapa kepada enam anak yang menghadapi masalah kewangan sebelum ini.
Dia menerima kunjungan Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk P Kamalanathan hari ini yang menghulurkan bantuan segera untuk mengurangkan beban keluarga itu.
Katanya, sejak kisah kesusahannya disiarkan Harian Metro Isnin lalu, dia dihubungi banyak pihak yang prihatin dan simpati dengan masalah kewangan dihadapi sehingga diminta mengosongkan rumah sewanya.
"Alhamdulillah, ramai yang bantu menerusi PPIM. Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk keselesaan keluarga selepas ini. Terima kasih juga kepada Datuk Kamalanathan yang membantu," katanya.
Sementara itu, Kamalanathan yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, pihaknya meneliti laporan Harian Metro dan tampil membantu keluarga Abdul Halim yang memerlukan perhatian segera.
Katanya, selain bantuan kewangan, dia juga meminta pegawainya untuk mencari rumah sewa baru kepada Abdul Halim untuk memulakan hidup baru.
"Saya juga difahamkan dua anaknya diberhentikan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa kerana ponteng yang berpunca daripada kesusahan keluarga.
"Itu juga saya akan bincangkan dengan sekolah supaya mereka dapat bersekolah semula dan tidak tercicir daripada mendapat pendidikan," katanya.
Isnin lalu, Abdul Halim tampil di pejabat PPIM, merayu bantuan untuk mendapatkan wang segera kerana perlu keluar daripada rumah disewanya yang mempunyai tunggakan bayaran selama tiga bulan.
Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/249017/jasa-kalian-saya-kenang-untuk-selamanya

Saturday, July 29, 2017

3980) PPIM Bantu Pengguna Yang Dianiaya Oleh Syarikat Petroleum Antabangsa, Caltex - PPIM- 29/7/2017


Tepat jam 3.00 petang tadi, PPIM diketuai oleh Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, bersama-sama pengadu dan beberapa orang aktivis PPIM berarak dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menuju ke Menara Millenium, Pusat Bandar Damansara bagi mendapatkan jawapan dan maklumbalas mengenai isu penganaiyaan beberapa pengusaha stesen minyak Caltex sejak Jun 2017 lalu.
2 4
Kehadiran PPIM di Menara Millenium disambut baik oleh wakil korporat Chevron dan perbincangan telah diadakan di lobi menara tersebut selama hampir setengah jam. Malangnya, tiada jawapan kepada persoalan yang kami ajukan iaitu “mengapa khidmat pengusaha diberhentikan tanpa sebarang sebab?”. Wakil Chevron hanya bersetuju untuk mengadakan perbincangan secara damai bersama wakil PPIM dan mangsa pada masa yang masih belum dimaklumkan.
5Semoga pihak Caltex (Chevron) dan PPIM berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak.
1 WhatsApp Image 2017-07-28 at 18.08.13 WhatsApp Image 2017-07-28 at 18.08.28 y

3979) PPIM Bantu Pengusaha Caltex Yang Dianiaya - Perak Today - 29/7/2017

Snapshot(5)
DAMANSARA: Kira-kita 10 orang berarak dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara menuju ke Menara Millenium, Pusat Bandar Damansara bagi mendapatkan jawapan dan maklumbalas segera berkenaan isu penganiayaan terhadap beberapa pengusaha stesen minyak Caltex sejak bulan Jun lalu.
Kumpulan yang diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, turut disertai pengadu dan juga para aktivis PPIM.
Ketibaan mereka yang berarak dari jam 3 petang itu, disambut baik wakil korporat Chevron.
Perbincangan yang berlaku hampir setengah jam itu tidak membuahkan hasil apabila pihak Chevron gagal memberikan jawapan terhadap persoalan berkenaan mengapa pengusaha-pengusaha stesen minyak berkenaan diberhentikan tanpa sebab.
Walau bagaimanapun, pihak Chevron bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan mangsa, dan wakil PPIM pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kelak.

http://peraktoday.com.my/2017/07/ppim-bantu-pengusaha-caltex-yang-dianiaya/

3978) Desak Caltex bertemu pengusaha stesen minyak - Sinar Online - 29/7/2017

Snapshot(4)
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta syarikat Chevron Malaysia Limited (Caltex) dan wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengadakan perjumpaan dengan lima pengusaha stesen minyaknya.
Ketua Unit Tindakan PPIM, Yusuf Azmi berkata, ia bagi menyelesaikan masalah berhubung tindakan syarikat terbabit mengambil semula 13 stesen minyak daripada pengusaha tanpa sebab munasabah.
“Sebelum ini, kami sudah meminta mereka (Caltex) untuk mengadakan pertemuan dengan pengusaha. Malangnya, mereka tidak melayan sebarang permintaan kami.
 “Jadi, kami ambil keputusan untuk datang ke pejabat mereka untuk menghantar dua surat permohonan, iaitu surat mendesak mengadakan pertemuan dan surat meminta mereka memberikan penjelasan mengapa syarikat itu mengambil stesen minyak daripada pengusaha,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pertemuan dengan wakil syarikat terbabit di Pusat Bandar Damansara, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memberi masa kepada Caltex untuk membalas surat PPIM sehingga lewat minggu hadapan sebelum memikirkan untuk mengambil keputusan seterusnya.
Kira-kira 50 orang, terdiri daripada ahli PPIM berkumpul di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara sebelum bergerak ke ibu pejabat syarikat terbabit.
Sementara itu, seorang mangsa, Fadzilah Abdul Hamid berkata, beliau menerima notis daripada syarikat itu, supaya mengosongkan dua stesen minyak di Kelana Jaya dan Kampung Subang pada Mei lalu.
Beliau kemudiannya beberapa kali membuat permintaan untuk mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi syarikat itu, namun syarikat itu menetapkan beberapa syarat.
“Antara syaratnya ialah saya tidak boleh bertanya mengenai sebab penamatan kontrak dan tuntutan deposit, serta saya tidak boleh membawa wakil luar dalam perjumpaan itu.
“Bagi saya, permintaan ini tidak munasabah dan saya tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan oleh mereka,” katanya.
Sementara itu, wakil Caltex yang ditemui berkata, pihaknya akan membalas surat PPIM secepat mungkin.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/desak-caltex-bertemu-pengusaha-stesen-minyak-1.710269

3977) PPIM bantu pengusaha stesen minyak teraniaya - Malaysia Gazette - 29/7/2017

Snapshot(3)

Yusuf Azmi mengadakan perbincangan dengan wakil korporat Chevron di Menara Millenium.
KUALA LUMPUR – Selepas menjayakan misi menyelamat sebahagian daripada 500 individu yang memajak kereta, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menjadi orang tengah menyelesaikan masalah pengusaha stesen minyak dengan syarikat Caltex.
Kumpulan itu membantah tindakan Caltex menutup beberapa buah stesen minyak di bawah jenamanya apabila hanya notis sebulan yang diberikan dan ia tamat pada 15 Mei lalu.
Diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi, mereka berarak ke Menara Millenium bersama-sama pengadu dan beberapa orang aktivis PPIM.
“Kehadiran PPIM di Menara Millenium disambut baik oleh wakil korporat Chevron dan perbincangan telah diadakan di lobi menara tersebut selama hampir setengah jam.
“Malangnya, tiada jawapan kepada persoalan yang kami ajukan iaitu “mengapa khidmat pengusaha diberhentikan tanpa sebarang sebab?,” kata Yusuf.
Bagaimanapun, wakil Chevron hanya bersetuju untuk mengadakan perbincangan secara damai bersama wakil PPIM dan mangsa pada masa dan tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Semoga pihak Caltex (Chevron) dan PPIM berjaya menyelesaikan isu ini dengan baik dan tidak mendatangkan kerugian kepada mana-mana pihak,” katanya. -MalaysiaGazette.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL