Monday, September 18, 2017

4025) Ahmad Zahid ucap syabas kepada PDRM - Utusan Online - 17/9/2017

Snapshot
KANGAR 17 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana telah dapat memberkas suspek-suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur, 14 September lalu, dalam tempoh kurang 48 jam.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), khususnya Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan yang telah membantu pihak polis dengan menyerahkan bahan-bahan bukti kes tersebut berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka.
 
“Saya mengucapkan juga terima kasih kepada pihak-pihak lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi yang terlibat dalam kes itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Friday, September 15, 2017

4024) Hanya 2 minggu sebelum berpindah - Berita Harian Online - 15/9/2017

Snapshot
KUALA LUMPUR: Bangunan tiga tingkat yang menempatkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, diubah suai daripada sebuah unit banglo ihsan dermawan enggan dikenali.
Ia diapit oleh Madrasah Ittifaqiah kira-kira tiga meter di kanan dan unit pejabat milik Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di kirinya dengan selang hanya dua meter.
Pusat tahfiz berkenaan berhadapan dengan deretan kediaman persendirian atas tanah lot yang dipisahkan oleh sebatang jalan menghubungkan Jalan Dato Keramat dan Bukit Pawang.
Di belakang pusat tahfiz berkenaan adalah Taman Tasik Dato Keramat yang menjadi tumpuan penduduk setempat beriadah dan bersukan.
Premis itu didiami 42 pelajar, enam guru dan dua warden dari seluruh negara, sementara menunggu bangunan asal siap sepenuhnya.
Mereka dijadualkan berpindah ke bangunan asal hujung bulan ini, terletak kira-kira 500 meter dari premis sementara yang sudah siap diubah suai.
Bangunan asal berkenaan didiami pelajar tahfiz sejak 17 tahun lalu.
Kebakaran awal pagi tadi bagaimanapun tidak menjejaskan bangunan lain.

Thursday, September 14, 2017

4023) KILAS PELINDUNG JUDI - HARIAN METRO - 14/9/2017

harian metro 14.9.2017
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan memulakan satu lagi ‘perang’ terhadap rasuah membabitkan aktiviti judi tanpa lesen yang sudah lama menghantui negara ini.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah sampai masanya SPRM melihat perkara ini secara serius dan mengambil tindakan lebih agresif kepada mereka yang terbabit atau melindungi sindiket berkenaan.
“Kita akan lihat perkara berkaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku terutama membabitkan pegawai penguat kuasa yang dibayar untuk melindungi pengendali premis judi tanpa lesen.
“Sebagai contoh, premis tidak dilesenkan, tetapi masih beroperasi dan ini menunjukkan wujud pengutkuasaan yang longgar sekali gus membuktikan terdapat isu rasuah yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan dengan Sekretariat Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.
Katanya, penjawat awam seharusnya menjalankan tugas untuk membanteras kegiatan itu dan bukannya menerima rasuah seterusnya melindungi pesalah.
Dzulkifli berkata, beliau menerima kunjungan daripada badan bukan kerajaan (NGO) GBAH dan mereka menyatakan sokongan kepada SPRM bagi membanteras kegiatan judi haram ini.
“Kita akan bekerjasama dengan mereka melalui maklumat yang diberikan dan kita akan kaji sebelum tindakan sewajarnya diambil. Isu judi tanpa lesen ini banyak membabitkan masyarakat Islam sendiri yang secara tidak langsung memberi kesan besar kepada masalah sosial dalam negara,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi GBAH Marsridzi Sat berkata, pihaknya sudah melakukan kajian dan gerak kerja lebih 30 tahun untuk membantu penguatkuasaan kerajaan terutama dalam isu judi tanpa lesen.
“Kita memerhati cara pegawai penguatkuasaan bekerja dan banyak kita dapati maklumat bocor, malah semakin diserbu semakin banyak premis yang beroperasi selain unsur ketirisan yang berleluasa.
“Apabila berlakunya perkara seperti ini, kita mengharapkan penguatkuasaan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, tetapi sebagai pemegang amanah yang berkuasa mereka khianati dan terus melindungi pusat terbabit,” katanya.
Snapshot(2)

4022) SPRM FOKUS BANTERAS JUDI HARAM BERLELUASA - KOSMO - 14/9/2017

kosmo 14.9.2017
Putrajaya - Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM) tekad mengisytiharkan perang terhadap kegiatan perjudian haram di negara ini dengan berikrar untuk bertindak lebih agresif bagi membanterasnya.
Ketua Pesuruhanjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, sudah tiba masanya agensi penguatkuasa itu memberikan tumpuan serius terhadap kegiatan perjudian yang berleluasa dan meninggalkan implikasi buruk pada masyarakat terutama yang beragama islam.
"Isu judi haram ini sudah sampai masanya untuk kita bertindak kerana kegiatan itu tidak nampak berkurangan.
"Jadi pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan judi haram atau melindungi sindiket judi akan diambil tindakan," kata beliau selepas mengadakan pertemuan dan menerima memornandum daripada Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) yang mewakili beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyokong SPRM dalam membanteras kegiatan rasuah.
Menurut beliau, pemantaun sindiket perjudian akan difokuskan di pusat-pusat judi haram antaranya di kafe siber.
"Aktiviti judi mempunyai kaitan dengan penguatkuasan yang longgar atau unsur-unsur rasuah serta salah guna kuasa pihak berkuasa tempatan,"jelasnya.
Dalam pertemuan tersebut juga, Dzukfli turut menyerahkan borang Sahabat Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) bagi menarik lebih ramai ahli Sahabat Gerah.
Sementara itu, Pengerusi GBAH, Masridi Sat berkata, sudah hampir 30 tahun GBAH membantu pihak berkuasa untuk memerangi kegiatan judi haram, namun aktiviti tersebut tidak berkurangan kerana disyaki ada kejadian kebocoran maklumat ketika operasi dilakukan oleh pihak berkuasa.

4021) SPRM isytihar ‘perang’ terhadap judi haram - Utusan Malaysia - 14/9/2017

utusan malaysia 14.9.2017
PUTRAJAYA 13 Sept. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengisytiharkan 'perang' terhadap kegiatan judi haram di negara ini yang dikesan semakin berleluasa akibat amalan rasuah.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, suruhanjaya itu akan bertindak dengan lebih serius dan agresif terhadap siapa sahaja yang terlibat termasuk pihak yang melindungi sindiket judi haram berkenaan.
Tegas beliau, aktiviti judi ha­ram dilihat mempunyai implikasi besar kepada masyarakat di negara ini terutama umat Islam kerana ia menjurus kepada masalah sosial.
“Sudah tiba masa untuk kita mengambil tindakan terhadap pemberi atau penerima rasuah dalam isu judi haram ini. SPRM melihat dari sudut penguatkuasaan longgar yang semestinya terdapat isu-isu rasuah yang boleh dilihat oleh SPRM dengan lebih fokus.
“Kita juga melihat dari segi isu rasuah dan salah guna kuasa melibatkan operator judi haram yang dilindungi oleh pegawai penguat kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian sele­pas mengadakan perjumpaan den­gan kepimpinan Gerakan Basmi Aktiviti Haram (GBAH) di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Pada perjumpaan itu, GBAH menerusi Pengerusinya, Masridzi Sat menyerahkan satu memorandum kepada Dzulkifli bagi menyatakan sokongan terhadap ke­tegasan SPRM dalam mencegah rasuah di negara ini.
Gerakan itu memayungi kira-kira 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persa­tuan Pengguna Islam (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid Malaysia) dan Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Memorandum itu turut me­nyatakan kesediaan GBAH untuk menjalankan kerjasama dengan SPRM dalam usaha membasmi gejala rasuah dan salah guna kuasa.
Mengulas lanjut Dzulkifli ber­kata, maklumat yang diperoleh daripada pihak NGO seperti GBAH akan digunakan untuk tindakan sewajarnya oleh pihak SPRM
Snapshot

Wednesday, September 13, 2017

4020) ATASI 'TANGAN GHAIB' SEBELUM BERI KUOTA 30% KEPADA BUMIPUTERA - UTUSAN MALAYSIA - 13/9/2017

utusan malaysia 13.9.2017Kuala Lumpur 12 Sept. - Kerajaan perlu menyelesaikan masalah dalaman Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) terlebih dahulu yang dilihat seolah-olah dilindungi 'tangan ghaib' sebelum meneruskan cadangan untuk mensyaratkan pengeksport memberikan kuota 30 peratus kepada pengimport bumiputera.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu campur tangan berikutan sesetengah pengeksport seolah-olah diberikan keutamaan, manakala ada juga  Beliau mengulas diabaikan sehingga berlaku ketidakadilan
"Perkara ini seolah-olah dikuasai oleh tangan ghaib. Kita mahu Persatuan Pengimport Daging turut bantu tapi jangan bantu olok-olok.
"Hasrat (kerajaan) baik tapi (dalaman JPV) kena selesai dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang akan mengambil tindakan komprehensif dan tegas untuk mengatasi isu kartel import daging termasuk rombakan JPV.
Mengulas lanjut, Nadzim memberitahu, selain masalah pengeksport, industri (daging ternakan) berkenaan juga mempunyai kelemahan tertentu yang perlu dibaiki bagi membolehkannya berdaya maju.
"Sekiranya dikaji semula, bumiputera dilihat berjaya mengeluarkan hasil ternakan, namun isu berkenaan seolah-olah tidak dapat diselesaikan,"jelasnya.
Sehubungan itu, Nadzim turut menyeru Suruhanjaya Pencergah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya 'melawat JPV, sekali gus membantu menyelesaikan kemelut yang membelenggu jabatan itu sejak sekian lama.

Monday, September 11, 2017

4019) MEMAHAT SEMANGAT PATRIOTIK - TV9 - 10/9/2017

Snapshot

Menzahirkan dan menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu patriotik.

 Bagi membetulkan tanggapan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menawarkan subjek elektif iaitu 'Kursus Citra Belia Patriot' yang pertama seumpamanya di universiti tempatan bertujuan memperkasa jati diri mahasiswa melalui aktiviti kesukarelaan berkonsepkan patriotik

WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50 (1) WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50 (2) WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50

Friday, September 8, 2017

4018) SEKAT EKONOMI MYANMAR - HARIAN METRO - 8/9/2017



KERAJAAN digesa mengenakan sekatan ekonomi ke atas Myanmar sebagai menunjukkan bantahan ke atas krisis yang berlaku di Rakhine ketika ini.

Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, langkah itu difikirkan munasabah ketika banyak tuntutan daripada pelbagai pihak tidak dipedulikan Myanmar, malah pengusiran masih berterusan berlaku di sana.

Katanya, ia perlu dilaksanakan di semua peringkat termasuk pelbagai agensi berkaitan termasuk orang perseorangan dalam usaha menyuarakan pendirian Malaysia dalam isu ini.

"Sekatan dan boikot ini adalah senjata sivil. Kita bukan anti membabi buta.

“PPIM mengikuti secara dekat isu ini dan mendapati usaha diplomatik ini juga gagal.

"PPIM menyeru umat Islam di negara ini untuk menyahut usaha pelbagai pihak untuk memberi bantuan kemanusiaan sedaya mungkin, kerana kalau bukan kita, siapa lagi. Kita juga akan bersama dalam kempen bantuan ini dalam masa terdekat," katanya kepada Harian Metro

                                 Snapshot

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/09/261284/tuntut-sekatan-ekonomi-ke-atas-myanmar

Tuesday, September 5, 2017

4017) Sokong audit syarikat gergasi liat bayar cukai - Utusan Online - 2/9/2017

Snapshot(2)
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong usaha kerajaan melakukan proses audit secara besar-besaran kepada semua syarikat gergasi yang liat membayar cukai.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan konsisten Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memburu serta melakukan audit terhadap pemilik syarikat terbabit diyakini berupaya menyelesaikan kemelut itu secepat mungkin.
Menurutnya, jabatan ber­kenaan harus merangka strategi dengan membuat penelitian terperinci terhadap urusan perniagaan syarikat ber­kenaan sekaligus mengenal pasti ‘ketempangan’ yang wujud dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan.
“Menerusi program audit yang dijalankan jabatan ber­kenaan selepas ini, kami percaya bahawa syarikat yang terlibat dalam penipuan cukai serta memanipulasi penyata cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tersebut tidak akan sesekali terlepas.
“Sebelum ini, semua syarikat yang liat melunaskan cukai itu hidup dalam ‘kebanggaan sendiri’. Mereka seakan menarik nafas lega kerana tidak perlu berhabis duit membayar cukai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Setia­usaha Agung Persatuan Pengguna Malaysia (Maconas), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, tindakan segelintir pengusaha premis perniagaan terbabit mengelakkan cu­­­kai amatlah tidak wajar dan perkara itu perlu diaudit segera oleh pi­hak berwajib.
Beliau berkata, pe­lak­­­sanaan proses audit sebegini sudah lama dijalankan oleh pihak berkuasa, justeru mereka tidak seharusnya ingkar dan menganggap tindakan berkuasa se­perti JKDM dan LHDN melakukan proses audit itu sebagai satu bebanan kepada mereka.
“Kutipan cukai seumpama ini adalah untuk kemudahan rakyat pada masa akan datang. Mereka mungkin tidak mengecapi pembangunan yang dinamik sekiranya wujud ketirisan dalam kutipan hasil negara,” katanya.

4016) NGO MAHU KECEMERLANGAN POLIS DITERUSKAN - UTUSAN MALAYSIA - 5/9/2017

utusan malaysia 5.9.2017
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Per­tubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun selain berharap kecemerlangan pasukan beruniform itu dapat diteruskan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Da­tuk Nadzim Johan berkata, Mohamad Fuzi merupakan seorang yang berpengalaman luas dan cukup hebat dalam ke­pimpinannya.
Malah, beliau berharap pelantikan ini dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan tugas dengan lebih baik.
“Pelantikan ini dapat meningkatkan integriti pasukan polis selain Mohamad Fuzi juga dikenali sebagai memiliki kewibawaan dan sangat dihormati.
“Saya berdoa agar PDRM akan menjadi lebih baik selain mendapat sebuah kepimpinan yang cukup berpengalaman,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad Fuzi sebelum ini me­rupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib bermula hari ini.
Majlis serah terima tugas diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis telah memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan perjawatan baru dinaikkan kepada Turus III manakala Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.
Sementara itu, Ketua Pe­ngarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd. Nor berpendapat, Mohamad Fuzi perlu meneruskan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kepim­pinan terdahulu selain membuat nilai tambah yang lebih baik.
Menurutnya, dasar-dasar sedia ada sudah cukup baik dalam membanteras jenayah serta me­ngekang keganasan militan Daesh di negara ini.
“Saya yakin rakyat semakin menyakini PDRM dalam membanteras jenayah di negara ini. Dasar-dasar yang diperkenalkan pada waktu ini sudah cukup baik dan perlu diteruskan. Tidak perlu perubahan dasar yang drastik bagi menjamin kecemerlangan PDRM,” ujarnya.
Snapshot

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL