Showing posts with label TABUNG SUSU. Show all posts
Showing posts with label TABUNG SUSU. Show all posts

Wednesday, February 17, 2021

5413) JANGAN NIARKAN SI KECIL MENANGGUNG SENGSARA INI! - TV.PPIM - 12/02/2021

 

Anda sedang diuji dengan ujian yang mana? Orang yang kaya akan diuji perasaan bakhil dan sayang akan hartanya. Orang miskin akan diuji dengan putus asa dan menyalahkan takdir Hakikatnya, berat ujian yang ditempuhi oleh ramai keluarga yang tidak mampu menyediakan kelengkapan dan keperluan bekalan asas. Anak yang masih kecil pula tidak dapat merasai walau setitik susu malah, hanya berlapikkan air kosong bagi menghilangkan lapar dan dahaga. Sumbangan dan bantuan anda amat diperlukan saat ini! Jangan kita hanya pentingkan diri sendiri hingga mengabaikan tanggungjawab kita membantu sesama sendiri. Allah berfirman: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan sebelum kamu menginfakkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu, sungguh, Allah Maha Mengetahui.” (Al- ‘Imran, 3: 92) Indahnya hidup memberi, Sebarkanlah jika bermanfaat! Ayuh! Mari bersama menyumbang ke kempen Infak Susu untuk membantu lebih banyak keluarga yang memerlukan. Projek “Infak Susu Anak B40” merupakan anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyasarkan bantuan susu selama 3 bulan kepada lebih 100,000 keluarga bagi meringankan beban mereka. Sumbangan online: https://sumbangan.com/campaign/ppim/t... Atau, Persatuan Pengguna Islam Malaysia No Akaun CIMB Islamic (Rujukan Sumbangan Susu) 8604189567 Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web:https: https://sumbangan.com/tabungsusuB40 Whatsapp: https: //PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline:013-2262 444 "Perjuangan Bersama Demi Pengguna”

#perjuanganbersama #hakpengguna #PPIM #tabungperjuanganPPIM #kitajagakita #bantuanmakanan #infaksusu


Artikel oleh: TV.PPIM

JANGAN NIARKAN SI KECIL MENANGGUNG SENGSARA INI!

https://www.youtube.com/watch?v=S1VYNk6IfGE

Saturday, July 11, 2020

6114) JANGAN ABAIKAN TANGISAN ANAK KECIL INI! BANTULAH MEREKA! - TV.PPIM - 11/07/2020


“Demi anak saya sanggup tak makan..”

Susu tin dibancuh buat santapan si anak kecil bagi mengantikan susu tepung yang tak mampu dibeli. Bayangkan anak yang sepatutnya memerlukan nutrisi cukup untuk pembesaran terpaksa bergantung dari sumber yang tidak sihat demi kelangsungan hidup.
.
.
Jangan biarkan anak kecil ini merana kerana butanya mata kita untuk melihat kesusahan yang mereka hadapi. Tiada satupun anak kecil yang perlu menanggung sama kesusahan dan penderitaan orang tua mereka.
.
.
Lihatlah anak-anak ini ibarat anda melihat anak anda sendiri. Semestinya jika anda seorang ibu atau bapa, tiada apa yang anda tidak akan korbankan demi anak. Setiap sumbangan yang anda berikan, akan membantu anak-anak ini mendapat nutrisi yang mereka perlu untuk tumbesaran mereka.
.
.
“Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34)

Sumbangan Boleh dibuat melalui:

https://sumbangan.ppim.org.my/tabung-...

Atau

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
NO. AKAUN CIMB ISLAMIC
8604189567 

#bantuansusu #tabungsusu #Bantuan #sumbangan #zerohungermalaysia #PPIM

Artikel oleh: TV.PPIM

JANGAN ABAIKAN TANGISAN ANAK KECIL INI! BANTULAH MEREKA!

https://www.youtube.com/watch?v=FagxwMNNKgg

6112) ANAK-ANAK KECIL INI PERLUKAN BANTUAN ANDA! - TV.PPIM - 10/07/2020


“Saya Tak Makan Pun Tak Apa, Yang Penting Anak Dulu..” Tiada ibu dan ayah yang sanggup membiarkan anaknya kelaparan susu. Tapi apakan daya makanan sendiri pun dicatu inikan pula susu anak yang memakan kos keperluan yang lebih tinggi. Jika susu tak dapat dibeli gantian sirap atau susu pekat diberikan buat anak kecil mereka asalkan perut mereka terisi. Ada dari anak-anak ini yang hanya bergantung susu sebagai makanan. Bayangkan, jika susu tiada, apa yang menjadi alas perut mereka? Sampaikah hati kita membiarkan ini terjadi jika ianya berlaku kepada anak kita? Anak-anak kecil ini mengharapkan ihsan anda untuk membantu mereka. Bantuan seikhlas hati anda dapat mengisi perut anak kecil ini dan membantu mereka membesar sihat seperti kanak-kanak yang lain. Insyaallah setiap wang ringgit yang anda sumbangkan, akan membantu ribuan kanak-kanak lain yang mengalami kesempitan ini. Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844) Projek “Tabung Susu Anak B40” anjuran Yayasan Brainy Bunch kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memerlukan bantuan ada utk menjayakan misi sini. Kami mensasarkan bantuan susu selama 3 bulan kepada lebih 50,000 keluarga bagi meringkan beban mereka. Sumbangan online: https://sumbangan.ppim.org.my/Tangisa... Atau Persatuan Pengguna Islam Malaysia No Akaun CIMB Islamic (Rujukan Sumbangan Susu) 8604189567

Thursday, May 7, 2020

5942) TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN - MALAKAT TRIBUNE - 06/05/2020


RAUDHAH CITY - Program Zero Hunger yang dijalankan oleh Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall mengambil inisiatif mewujudkan tabung susu kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu dan terputus pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, bantuan susu tersebut penting buat perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang berusia kurang tiga tahun.

"Anak-anak kecil bawah tiga tahun, makanan utama mereka adalah susu. Ini pun kumpulan sasar yang kita harap dapat bantu dari sumbangan orang ramai.

"Sempena bulan Ramadan ini, kita sama-sama gerakkan hati dan tindakan yang penting... bukan sekadar kita jaga kita tetapi bermula dengan tanda pagar dan diakhiri dengan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. untuk program Zero Hunger, di sini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan RM220,000 daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil berkata, pasukan Malakat Mall dan Zero Hunger bersama Yayasan Brainy Bunch telah mendapat kelulusan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menyerahkan bantuan kepada kumpulan sasar.

Katanya, bantuan yang diberikan oleh pihaknya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan membekalkan lebih kurang 9,000 buah keluarga setakat ini.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan APM dan mempunyai kira-kira 200 pemilik kenderaan pacuan empat roda di seluruh negara yang berupaya mengedarkan dana untuk diserahkan.

"Kita cuma beri dalam bentuk barang dan sekiranya mereka (keluarga B40) sudah terputus bekalan terus hubungi kami, kita akan hantar terus. Jika terlalu jauh, pasukan kami akan hantar duit kepada sukarelewan untuk beli bahan makanan untuk diserahkan kepada penerima.

"Kita mohon sangat orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan jika boleh dapat satu juta derma itu sudah banyak untuk kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan," katanya. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12937/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL