“Demi anak saya sanggup tak makan..” Susu tin dibancuh buat santapan si anak kecil bagi mengantikan susu tepung yang tak mampu dibeli. Bayangkan anak yang sepatutnya memerlukan nutrisi cukup untuk pembesaran terpaksa bergantung dari sumber yang tidak sihat demi kelangsungan hidup. . . Jangan biarkan anak kecil ini merana kerana butanya mata kita untuk melihat kesusahan yang mereka hadapi. Tiada satupun anak kecil yang perlu menanggung sama kesusahan dan penderitaan orang tua mereka. . . Lihatlah anak-anak ini ibarat anda melihat anak anda sendiri. Semestinya jika anda seorang ibu atau bapa, tiada apa yang anda tidak akan korbankan demi anak. Setiap sumbangan yang anda berikan, akan membantu anak-anak ini mendapat nutrisi yang mereka perlu untuk tumbesaran mereka. . . “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” (Surah Saba’, ayat 34) Sumbangan Boleh dibuat melalui: https://sumbangan.ppim.org.my/tabung-... Atau PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA NO. AKAUN CIMB ISLAMIC 8604189567
#bantuansusu #tabungsusu #Bantuan #sumbangan #zerohungermalaysia #PPIM Artikel oleh: TV.PPIM JANGAN ABAIKAN TANGISAN ANAK KECIL INI! BANTULAH MEREKA! https://www.youtube.com/watch?v=FagxwMNNKgg
“Saya Tak Makan Pun Tak Apa, Yang Penting Anak Dulu..”
Tiada ibu dan ayah yang sanggup membiarkan anaknya kelaparan susu. Tapi apakan daya makanan sendiri pun dicatu inikan pula susu anak yang memakan kos keperluan yang lebih tinggi. Jika susu tak dapat dibeli gantian sirap atau susu pekat diberikan buat anak kecil mereka asalkan perut mereka terisi.
Ada dari anak-anak ini yang hanya bergantung susu sebagai makanan. Bayangkan, jika susu tiada, apa yang menjadi alas perut mereka? Sampaikah hati kita membiarkan ini terjadi jika ianya berlaku kepada anak kita?
Anak-anak kecil ini mengharapkan ihsan anda untuk membantu mereka. Bantuan seikhlas hati anda dapat mengisi perut anak kecil ini dan membantu mereka membesar sihat seperti kanak-kanak yang lain. Insyaallah setiap wang ringgit yang anda sumbangkan, akan membantu ribuan kanak-kanak lain yang mengalami kesempitan ini.
Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar." (HR Tirmidzi No: 1844)
Projek “Tabung Susu Anak B40” anjuran Yayasan Brainy Bunch kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memerlukan bantuan ada utk menjayakan misi sini. Kami mensasarkan bantuan susu selama 3 bulan kepada lebih 50,000 keluarga bagi meringkan beban mereka.
Sumbangan online:
https://sumbangan.ppim.org.my/Tangisa...
Atau
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
No Akaun CIMB Islamic (Rujukan Sumbangan Susu)
8604189567