Showing posts with label PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU. Show all posts

Monday, June 27, 2022

QUICKCHECK: CAN YOU TRUST CHEAP 'AIDILADHA SACRIFICE' PACKAGES? - THE STAR - 16/06/2022

 

WITH Hari Raya Aidiladha just around the corner, ads offering affordable "Aidiladha sacrifice" will soon be sighted online. Are they all legitimate offers?

On Tuesday (June 14), the Federation of Malaysian Consumer Associations (Fomca) deputy secretary-general Nur Asyikin Aminuddin said consumers should check whether the organisers offering the package were registered with the Companies Commission of Malaysia.

She said they should also check the banking information or telephone number of the organisers concerned on the website semakmule.rmp.gov.my before paying online.

"If a warning appears, report the seller to the authorities such as the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) so that the advertisement can be blocked to prevent others from being deceived," she told Bernama.

Similarly, Ikram Health Malaysia president Dr Mohd Afiq Mohd Nor said the public must ensure that the institutions that provide or organise the Aidiladha sacrifice programme were valid and free of fraud.

He said consumers should do a survey of the online market price, adding a price that was too cheap was usually an indication that it was a fraudulent scheme.

Yayasan Maghfirah ambassador Mohammad Hafiz Hamidun said potential buyers must ensure that the name of the non-governmental organisation (NGO) or company that conducted the sacrificial ritual can be trusted.

He also said the public should be wary of advertisements on social media that offered Aidiladha sacrifice services in and outside the country.

"To avoid falling prey, it is best to opt for a package by a reputable NGO which provides complete information on its programmes, such as package price, NGO name, correct account (bank) number and phone number,” he said.

He also expressed the need for Islamic religious authorities, such as the Malaysian Islamic Development Department (Jakim), to monitor and take appropriate action against those who offer fake packages.

Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief Datuk Nadzim Johan said those who wanted to book an Aidiladha sacrificial package should check the background of the organisers and the price offered to avoid being cheated.

Article by: The Star

QUICKCHECK: CAN YOU TRUST CHEAP 'AIDILADHA SACRIFICE' PACKAGES?

https://www.thestar.com.my/news/true-or-not/2022/06/16/quickcheck-can-you-trust-cheap-039aidiladha-sacrifice039-packages

Saturday, June 25, 2022

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU - HARIAN METRO - 15/06/2022

 

Kuala Lumpur: Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak itu dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut," katanya.

Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.

Yang Dipertua Ikram Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.

"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini," katanya.

Sementara itu, Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak terbabit memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.

"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.

"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar. "Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/06/852097/waspada-pakej-ibadah-korban-palsu

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU - BERNAMA - 16/06/2022

 

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengel uar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut: katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.

Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.

"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini," katanya.

Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.

"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.

"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri," katanya.

— BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2091195

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU - SINAR HARIAN - 15/06/2022

 

KUALA LUMPUR - Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.

Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.

"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini,” katanya.

Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi, Mohammad Hafiz Hamidun berkata, sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.

"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.

"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri,” katanya. - Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU

https://www.sinarharian.com.my/article/207075/BERITA/Nasional/Waspada-pakej-ibadah-korban-palsu

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU - BERITA HARIAN - 15/06/2022

 

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dijangka pada 10 Julai ini.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), selain menyemak maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej di laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

"Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak tersebut dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pihak yang mengeluarkan pakej ibadah korban palsu tidak patut mengambil kesempatan atas niat rakyat untuk beribadah, kerana mereka sudah cukup terbeban dengan masalah harga barang keperluan yang kian meruncing.

Yang Dipertua IKRAM Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor, berkata orang ramai perlu mengesahkan kewujudan institusi yang menganjurkan program korban itu serta memastikan ia bersih daripada unsur penipuan dan penyalahgunaan wang.

"Pakej korban palsu ini sangat memalukan agama kita kerana menipu orang ramai atas urusan agama yang penting ini demi keuntungan diri sendiri. Saya sarankan berhenti dan bertaubat serta jauhilah daripada urusan seperti ini," katanya.

Sementara itu Duta Yayasan Maghfirah dan penyanyi Mohammad Hafiz Hamidun berkata sudah tiba masanya pihak Jabatan Agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak terlibat memantau dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang menawarkan pakej korban palsu.

"Antara tindakan (yang boleh diambil) ialah mewajibkan pihak yang ingin menganjurkan pakej korban untuk mendaftar di bawah jabatan agama negeri masing-masing supaya tidak wujud isu-isu yang tidak diingini.

"Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi," katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

"Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri," katanya. – BERNAMA

Artikel oleh: Berita Harian

WASPADA PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/966178/waspada-pakej-ibadah-korban-palsu

Friday, June 24, 2022

HATI-HATI, JANGAN TERTIPU PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU - MAJORITI - 16/06/2022

 

IKLAN menawarkan pakej korban yang berpatutan nampaknya akan muncul tidak lama lagi memandangkan hari raya Aidiladha semakin hampir.

Pada Selasa, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, pengguna perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej tersebut berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

"Pengguna juga perlu menyemak maklumat perbankan atau nombor telefon syarikat berkenaan di laman web semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat transaksi secara dalam talian.

"Jika tanda amaran muncul, laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya iklan itu dapat disekat bagi mengelak orang lain ditipu," katanya kepada Bernama.

Yang Dipertua Ikram Health Malaysia, Dr Mohd Afiq Mohd Nor berkata, orang ramai perlu memastikan institusi yang menyediakan atau menganjurkan program korban Aidiladha adalah sah dan bebas daripada penipuan.

"Pengguna perlu membuat tinjauan harga pasaran dalam talian, harga pakej yang terlalu murah kebiasaannya merupakan satu skim penipuan," tambahnya.

Duta Yayasan Maghfirah, Mohammad Hafiz Hamidun berkata, pembeli perlu memastikan nama badan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang menjalankan ibadah korban boleh dipercayai.

Beliau berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan iklan di media sosial yang menawarkan pakej perkhidmatan ibadah korban Aidiladha di dalam dan luar negara.

“Bagi mengelak daripada menjadi mangsa, sebaiknya pilih pakej korban dari pihak NGO terkemuka yang mempunyai maklumat lengkap mengenai pakejnya, seperti harga, nama NGO, nombor akaun bank yang tepat dan nombor telefon,” katanya.

Beliau turut menyatakan keperluan pihak berkuasa agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menawarkan pakej palsu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, orang ramai yang ingin menempah pakej korban Aidiladha perlu menyemak latar belakang syarikat penganjur dan harga yang ditawarkan bagi mengelak ditipu. — The Star


Artikel oleh: Majoriti

HATI-HATI, JANGAN TERTIPU PAKEJ IBADAH KORBAN PALSU

https://majoriti.com.my/berita/2022/06/16/hati-hati-jangan-tertipu-pakej-ibadah-korban-palsu

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL