Showing posts with label MyCC-PPIM. Show all posts
Showing posts with label MyCC-PPIM. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

2352) UTUSAN 12/01/2015 - MyCC, PPIM Bekerjasama Pantau Amalan Antipersaingan



KUALA LUMPUR 11 Jan. – Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menjalin kerjasama erat mengenai sebarang kemungkinan berhubung amalan antipersaingan.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Dr. Mohd. Khalid Abdul Samad berkata, walaupun kenaikan harga itu sendiri bukanlah perlakuan anti persaingan, tetapi jika kenaikan harga hasil dari pakatan sulit melalui perjanjian-perjanjian penetapan harga oleh mana-mana persatuan atau mana-mana kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, ianya boleh disiasat di bawah Seksyen 4 daripada Akta Persaingan 2010.

“Kami ambil maklum keprihatinan PPIM mengenai kemungkinan terdapatnya pakatan oleh peniaga untuk menetapkan harga tinggi dan berharap untuk bekerjasama dengan PPIM dalam memperoleh petunjuk mengenai kes-kes seperti itu di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai pengawal selia pengguna, PPIM sentiasa berada di hadapan dalam memperjuangkan isu-isu yang dapat membantu pengguna.

Seksyen 4 daripada Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara terus atau secara tidak langsung satu pembelian atau harga jualan atau mana-mana keadaan perdagangan lain untuk pembelian barang-barang dan perkhidmatan.

Akta Persaingan 2010 telah berkuatkuasa sejak 1 Januari 2012 dan persatuan serta perusahaan perlu mematuhi undang-undang terbabit.

Suruhanjaya boleh mengenakan penalti kewangan, yang tidak melebihi daripada 10 peratus pendapatan sedunia perusahaan tersebut sepanjang tempoh pelanggaran Akta ataupun mengenakan mana-mana arahan lain dianggap sesuai untuk memastikan Akta Persaingan 2010 dipatuhi oleh persatuan dan perusahaan pada masa akan datang.


Saturday, January 10, 2015

2349) Aktiviti PPIM 8/1/15-Perjumpaan Bersama Suruhanjaya Persaingan Malaysia



Pada 8 Januari 2015 lalu, wakil PPIM yang diketuai oleh Y Bhg Dato' Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM dan Puan Rosnani Hamid, Ketua Biro Penerangan & Propaganda PPIM telah berjumpa dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, bersama pegawai dari unit siasatan dan unit media bagi membincangkan permasalahan semasa yang melibatkan pengguna.



MyCC Forges Stronger Ties With Consumer Watchdog PPIM

KUALA LUMPUR, Jan 9 (Bernama) -- The Malaysia Competition Commission (MyCC) and the Muslim Consumers Association of Malaysia (Persatuan Pengguna Islam Malaysia or PPIM) will collaborate to combat price fixing by any association.

MyCC Chief Executive Officer Dr Mohd Khalid Abdul Samad said while price hikes on their own are not anti-competitive in nature, price hikes which result from collusion through price fixing agreements by any association or group of sellers, suppliers or manufacturers could be investigated under Section 4 of the Competition Act 2010.

"We take note of PPIM's concerns on the possibility of traders colluding to fix high prices, and look forward to collaborating with PPIM on gaining leads regarding such cases at the grassroots level," he said in a statement here today.

PPIM Chief Activist Datuk Nadzim Johan said the consumer watchdog is always at the forefront in championing issues to help the public.

"I look forward to working even more effectively with the MyCC on unearthing any anti-competitive conduct by traders that burdens consumers," he added.

Section 4 of the Competition Act 2010 prohibits enterprises, including associations, from directly or indirectly fixing a selling price or any other trading condition for goods and services.

The Commission may impose a financial penalty which is not more than 10 per cent of the worldwide turnover of the enterprise over the period of the infringement, or impose any other direction that it considers appropriate to ensure future compliance by associations and business enterprises.

Anyone with information concerning conduct by associations and business enterprises which engage in price fixing activities should contact the MyCC at +603-2273 2277 or vie email at complaints@mycc.gov.my.

-- BERNAMA


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL