Showing posts with label MOSTI. Show all posts
Showing posts with label MOSTI. Show all posts

Saturday, February 20, 2021

5426) BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKUNJUNG KE PPIM SAMBUNG PERBINCANGAN - ASTRO AWANI - 18/02/2021

 


KUALA LUMPUR: Diskusi mengenai vaksin COVID-19 yang dijadualkan pada Rabu malam membabitkan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara langsung Facebook menjadi sedikit hangat apabila Amzad terpaksa membatalkanya pada saat akhir.

Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

Amzad yang menyedari timbulnya perasaan tidak senang di kalangan penonton atas kegagalan hadir itu pada Khamis mengunjungi kediaman Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Tokki untuk meneruskan sesi perbincangan lanjut.

"Tengah hari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin-pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan umat Islam termasuk vaksin COVID-19, Sugarbook dan daging halal.

"Isu vaksin COVID-19 dibincangkan agak panjang tadi. Ramai aktivis yang turut ada tadi," katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana muhibbah dan digunakan beliau sebagai ruang untuk memberi penjelasan berkenaan vaksin dan isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini.

"Saya suka untuk menerima segala pandangan dan memberikan penjelasan... yang alhamdulillah tidaklah sukar untuk saya.

"Kebanyakannya soalan yang sudah biasa saya jelaskan di pelbagai media," tambahnya.
PPIM dan beberapa NGO Islam lain sebelum ini lantang mengkritik isu pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan dan mendakwa wujudnya kegusaran berkaitan status kesucian selain keselamatan penggunaan vaksin tersebut.

Ia mencetuskan polemik yang kurang senang di kalangan NGO terbabit dan pihak kerajaan tatkala Malaysia akan menerima vaksin berkenaan dalam tempoh terdekat.

"PPIM berhasrat supaya penjelasan kerajaan dapat disampaikan kepada orang ramai melalui komunikasi berkesan.

"Saya mengajak PPIM untuk berkongsi hasrat agar mengutamakan pendekatan ilmu dalam menangani jurang kefahaman," jelas Amzad.

Kerajaan katanya boleh memberikan jawapan secara berfakta untuk persoalan yang dibangkitkan selain bersedia meneliti segala kritikan dan pandangan bertentangan yang berasaskan fakta.

"Saya dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dalam pertemuan sebelum ini dengan PPIM telah menyatakan boleh mengaturkan perbincangan ilmiah dalam sebarang isu yang berbangkit.

"Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar termasuk di pelbagai agensi di bawah MOSTI, KKM atau universiti tempatan yang boleh membantu," jelasnya lagi.

Malaysia dijangka akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech lebih awal iaitu pada 21 Februari ini membabitkan 300,000 dos bagi penghantaran pertama.

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama adakan dimulakan pada 26 Februari.


Artikel oleh: Astro Awani

BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKUNJUNG KE PPIM SAMBUNG PERBINCANGAN

Friday, February 19, 2021

5422) MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19 - DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM - 18/02/2021

Tengahari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan ummat Islam termasuk Vaksin Covid-19, Sugarbook dan daging halal.

Antara yang hadir yang sempat saya kenali adalah Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Muspha Ahmad Merican, Pengerusi Lembaga Dasar @ Penasihat Kebangsaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dr. Abdul Kadir, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin, Dr Nurul Huda (aktivis isu vaksin) dan Dr (Ustaz) Norazman Mohd Shamsudin (aktivis isu vaksin).

Isu vaksin Covid-19 dibincangkan agak panjang tadi.
Saya suka untuk menerima segala pandangan dan memberikan penjelasan yang alhamdulillah tidak lah sukar untuk saya.
Kebanyakannya soalan yang sudah biasa saya jelaskan dipelbagai media.
PPIM berhasrat supaya penjelasan kerajaan dapat disampaikan kepada orang ramai melalui komunikasi berkesan.
Itu sedang kita usahakan melalui program penerangan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid19.
Saya mengajak PPIM untuk berkongsi hasrat agar mengutamakan pendekatan ilmu dalam menangani jurang kefahaman. Kerajaan boleh memberikan jawapan secara berfakta untuk persoalan yang dibangkitkan. Dan kerajaan juga bersedia meneliti segala kritikan dan pandangan bertentangan yang berasaskan fakta.
Saya dan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dalam pertemuan sebelum ini dengan PPIM telah menyatakan boleh mengaturkan perbincangan ilmiah dalam sebarang isu yang berbangkit. Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar termasuk dipelbagai agensi dibawah MOSTI, KKM atau universiti tempatan yang boleh membantu.
Saya tak sangka bertemu pensyarah tamadun Islam saya semasa di UKM tahun 1991, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin (83 tahun). "Alhamdulillah, Prof sihat lagi.."
Sebelum beredar saya menyerahkan cetakan buku Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan dan Bayan Siri 7 Vaksin Covid19 dan Permasalahannya.


Artikel oleh: FB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19

5421) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI MOSTI KE PPIM - PPIM - 19/02/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Hj. Ahmad Amzad Hashim di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur. Kunjungan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Wednesday, February 3, 2021

5363) MOSTI HORMATI PERANAN PPIM DALAM MEMPERJUANGKAN ISU KEPENGGUNAAN - FB DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM - 02/02/2021

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Nadzim Johan, Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana sudi menerima undangan untuk berjumpa dengan saya pada pagi ini untuk berbincang mengenai beberapa isu termasuklah berkaitan berkenaan vaksin COVID-19.
Saya menghormati peranan yang penting dimainkan oleh PPIM dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan yg sangat penting terutamanya bila melibatkan akar umbi rakyat. Saya mengucapkan tahniah kepada PPIM yang sentiasa prihatin dengan isu rakyat.
Sememangnya kerajaan berhasrat untuk bekerjasama dengan NGO seperti PPIM yang boleh menyalurkan isu isu dan keresahan rakyat kepada MOSTI. MOSTI pula boleh menyalurkan maklumat dan jawapan yang tepat kepada PPIM.
Saya sempat memaklumkan perkembangan berkaitan kemajuan perolehan vaksin Covid19 dan Pelan Imunisasi Covid19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan.
Vaksin pertama Pfizer telah kami umumkan akan diterima mulai 26 Februari 2021 dan mula disuntik kepada Frontliners terlebih dahulu. Pemimpin akan turut disuntik bersama frontliners sebagai tanda komitmen kerajaan mengikut urutan disusun oleh JKJAV.
Saya turut ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada YB Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang sebaik mengetahui kehadiran Ketua PPIM di pejabat saya, beliau sanggup keluar sekejap dari mesyuarat yg dihadirinya semata mata untuk meraikan selain sempat menerangkan beberapa perkembangan terkini.
Insyaallah semoga semua ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat.
Hj Ahmad Amzad Hashim
Timbalan Menteri MOSTI
2 Februari 2021
 



Artikel oleh: FB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

MOSTI HORMATI PERANAN PPIM DALAM MEMPERJUANGKAN ISU KEPENGGUNAAN

https://www.facebook.com/HajiAmzadKualaTerengganu/posts/3714683371981834

5361) MOSTI-PPIM ERATKAN KERJASAMA SALUR MAKLUMAT BETUL ISU VAKSIN COVID-19 - ASTRO AWANI - 03/02/2021

 


PUTRAJAYA: Selepas beberapa kali Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengetengahkan isu dan permasalahan ramai membabitkan vaksin COVID-19, ada sinar penyelesaian antara pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Pada Selasa, pihak Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) mengadakan pertemuan bersama Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan yang berlangsung di Pejabat Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Pertemuan yang berlangsung selama dua jam dalam suasana harmoni dan muhibah itu turut disertai Menteri Khairy Jamaluddin yang mahu mendengar sendiri permasalahan dan isu berkaitan pembelian vaksin COVID-19.

Jelas Amzad, pihak MOSTI sentiasa mendengar keluhan orang ramai dan bersedia mencari penyelesaian terbaik dalam isu vaksin COVID-19 apatah lagi membabitkan pengguna Islam.

"Saya kira kerajaan bersedia termasuk MOSTI sendiri mendengar keluhan rakyat berkenaan isu ini.

"PPIM adalah badan atau institusi NGO yang menjadi pusat aduan, justeru kita sentiasa terbuka untuk mereka dan menjalinkan kerjasama bagi menyelami permasalahan ummah.

"Pertemuan hari ini menghasilkan (perkongsian) beberapa informasi dari kedua-dua pihak dan semoga ia akan memberi manfaat yang baik kepada kerajaan dan rakyat," katanya ketika pertemuan tersebut.

Bagi PPIM pertemuan hari ini sangat positif dan cara terbaik yang ditunjukkan oleh pihak MOSTI dalam memastikan ketelusan kerajaan agar lebih mudah maklumat itu sampai kepada masyarakat.

"Alhamdulillah, kita tak ada apa dan cuma membawa suara pengguna Islam di negara ini dan kita ingin mendengar sendiri maklumat yang betul.

"Usaha pertemuan ini adalah tindakan terpuji MOSTI dalam menjamin ketelusan.

"Ia kerana persoalan yang tidak dijawab akan mengeruhkan keadaan di bawah atas keresahan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam," jelas Nadzim ketika pertemuan tersebut.

Sebelum ini pelbagai keresahan membabitkan isu pembelian vaksin COVID-19 timbul berkenaan bahan yang digunakan dalam vaksin berkenaan selain isu jaminan keselamatan penggunaannya.

Ia menimbulkan polemik beberapa pihak terutamanya PPIM yang menjadi pusat aduan pengguna Islam.


Artikel oleh: Astro Awani

MOSTI-PPIM ERATKAN KERJASAMA SALUR MAKLUMAT BETUL ISU VAKSIN COVID-19

Tuesday, February 2, 2021

5356) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TIMBALAN MENTERI MOSTI - 02/02/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi,YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim di  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Putrajaya.

Saturday, July 1, 2017

3844) NGO GESA TINGKAT STANDARD BATERI SEKUNDER - BERITA HARIAN - 28/6/2017

berita harian 28.6.2017
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa memperluaskan penetapan piawaian atau standard, bukan sahaja kepada power bank, tetapi semua peralatan elektrik menggunakan bateri sekunder.
Akta sedia ada didakwa masih tidak mencukupi bagi melindungi hak pengguna, justeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan produk berkaitan seperti rokok elektronik atau vape, dron dan bateri permainan kanak-kanak diwajibkan memiliki pensijilan SIRIM.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kejadian meragut nyawa dan kecederaan membabitkan penggunaan barangan tidak berkualiti, bukti kementerian wajar menetapkan standard bagi menangani lambakan barangan elektrik tidak berkualiti dalam pasaran.
BAHAYA KEPADA PENGGUNA
Beliau berkata, kebanyakan produk tidak berkualiti mengundang bahaya kepada pengguna kerana ia tidak melalui ujian ketahanan dan keselamatan dari segi saiz dan fizikal yang ditetapkan.
"Ramai tidak mengetahui, peralatan elektrik dan elektronik yang tidak mematuhi piawaian tidak tahan lama serta menyumbang kepada beban sisa berbahaya disebabkan kandungan atau toksik seperti logam berat, kadmium, raksa dan plumbum terkandung di dalamnya.
"Pembuangan sisa peralatan elektrik dan elektronik hasil daripada peralatan rosak juga akan menyebabkan bahan berbahaya itu mencemari tanah dan sumber air,"katanya.
Beliau mengulas laporan BH semalam mengenai tindakan KPDNKK mewajibkan semula pengeluar dan pengedar power bank mendapatkan pensijilan SIRIM dan surat kelulusan KPDNKK sebelum dibenarkan memasarkannya.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman, mengesahkan banyak laporan berkaitan kerosakan barangan elektrik.
Beliau berkata, penetapan standard kepada barangan elektrik terutama alatan teknologi yang menjadi trend pengguna, berupaya melindungi pengguna daripada membeli produk yang membahayakan .
"Jika produk yang dibawa amsuk secara sah ia tidak menimbulkan masalah kerana memnuhi semua peraturan. Yang menjadi masalah, produk dibawa masuk tidak menepati piawaian ditetapkan negara ini.
"Jika penetapan standard terhad kepada barangan tertentu sahaja, ia menyebabkan banyak produk import tidak mematuhi peraturan dijual dalam pasaran dan memberi kesan kepada keselamatan penggunanya,"katanya.
Sementara itu, Menteri KPDNKK, Hamzah Zainudin, ketika diminta mengulas mengenainya, berkata kementerian bersama Jawatankuasa Standard dan Keselamatan Barang-Barang Pengguna akan memperluaskan penetapan standard terhadap lebih banyak produk demi keselamatan pengguna.
Katanya, jawatankuasa yang dianggotai KPDNKK, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM dan Jabatan Standard Malaysia (JSM) itu akan menetapkan standard kepada lebih banyak produk sebelum dibenarkan untuk jualan dalam pasaran.
"Semua produk ini akan diluluskan jawatankuasa ini dahulu sebelum dijual terutama barang yang diimport dari luar negara susulan beberapa kejadian letupan pelbagai peralatan yang digunakan oleh pengguna sejak kebelakangan ini,"katanya.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL