SELAMA, 29 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak bersikap 'pilih bulu' dalam menyelesaikan sebarang masalah, tegas menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata kementerian berkenaan merupakan medium pengantara bagi masyarakat mendapatkan maklumat atau pembelaan sewajarnya berkaitan barangan serta perkhidmatan.
"Kementerian membantu semua rakyat dan menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ada dan kita mencari kaedah untuk semua pihak berada dalam keadaan menang-menang.
Telah terbukti cara kita benar-benar berhemah dan kita dapat selesaikan segala masalah dengan kaedah perundingan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini, hari ini.
Hamzah berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sebuah persatuan pengguna yang menyatakan kementerian berkenaan tidak memperjuangkan nasib peniaga Islam dalam kes penamatan kontrak pengusaha stesen minyak Caltex, baru-baru ini.
Menjelas lanjut mengenai perkara itu, Hamzah berkata Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Jamil Salleh telah mengadakan perjumpaan bersama pengusaha terbabit bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik.
"Penamatan lesen antara pengusaha dengan syarikat minyak Caltex merupakan permasalahan yang berlaku bukan seminggu atau dua bulan tetapi beberapa tahun lalu sehingga dibawa ke mahkamah.
Malah, mahkamah telah memutuskan pihak Caltex berhak menamatkan tempoh perjanjian dengan pengusaha yang terlibat," katanya.
Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang menyebelahi Caltex dan pengusaha terbabit perlu membayar ganti rugi RM300,000 seorang.
-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1387146

Persatuan pengguan Islam Malaysia (PPIM) telah menghadiri satu Majlis Kempen Cabutan Bertuah Resit GST yang dianjurkan oleh KK Super Mark bertempat di permis KK Super Mart yang pertama di Malaysia.
Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin disambut baik oleh penduduk sekitar Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Turut hadir bersama adalah persatuan-persatuan peruncit seperti Malaysia Retail Chain Association (MRCA.)
Hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum. Ini selaras dengan salah satu objektif kempen iaitu menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum. Objektif utama adalah untuk memberi penghargaan kepada pengguna dalam menyumbang kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Pengurusi Eksekutif KK Group, Datuk Dr KK Chai mengatakan bahawa pihak beliau menyokong usaha kerajaan dalam melaksanakan percukaian GST.
Difahamkan bahawa terdapat 4 cabutan bertuah akan diadakan lagi kepada pelanggan KK Super Mart. Hadiah yang ditawarkan adalah sangat menarik seperti Honda Jazz, Produa Myvi, vespa, Ipad dan baucer tunai.