Saturday, February 27, 2021
5440) KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH - HARIAN METRO - 27/02/2021
Kuala Lumpur: Kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai tidak munasabah.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, beliau memahami kadar itu dinaikkan bagi memastikan kepatuhan terhadap SOP, tetapi penetapannya perlu dilakukan dengan mengambil kira purata pendapatan rakyat di negara ini.
"MMA sendiri pernah mencadangkan kadar kompaun RM1,000 itu dinaikkan sehingga maksimum RM3,000 memandangkan masih ada yang degil dan tidak mematuhi SOP.
"Tetapi kadar maksimum baru ditetapkan kerajaan terlalu tinggi dan pastinya akan membebankan orang ramai terutamanya dalam situasi ekonomi kini," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan mengkaji semula kadar maksimum kompaun itu selain menggunakan pendekatan bersifat mendidik bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan mematuhi SOP bagi kawalan Covid-19.
Katanya, banyak undang-undang digariskan pihak berkuasa sebelum ini berubah-ubah sehingga menimbulkan tekanan kepada masyarakat terutamanya dalam keadaan kini.
"Undang-undang yang ingin dilaksanakan kerajaan perlulah melalui proses pemikiran dan kajian, bukan proses mengkaji dengan 'mulut' saja.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyifatkan penetapan kadar kompaun maksimum RM10,000 itu sebagai carrot and stick approach atau pendekatan melalui ganjaran dan hukuman bagi mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP.
Katanya, daripada segi perundangan, apa yang dilakukan kerajaan tidak salah, tetapi penguatkuasaannya perlu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa ada yang diberi keistimewaan.
"Kompaun berkenaan dinaikkan berdasarkan perkembangan semasa yang mana masih ada kalangan orang awam yang sengaja tidak patuh SOP.
"Nasihat saya, sentiasa peka dalam pematuhan SOP dan rasanya ia bukan sesuatu yang sukar tambahan lagi selepas lebih setahun penularan Covid-19 berlaku di seluruh dunia.
"Cuma daripada segi implementasi undang-undang ini, ia perlulah meliputi semua. Ramai yang bising kerana pelaksanaan undang-undang sebegini ada masanya bersifat dua darjat," katanya.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(209)
-
▼
May
(37)
- HUTANG KURMA RM1.8 JUTA TAK BAYAR, BERLAKON JADI M...
- AKTIVITI | TERIMA KASIH IWK ATAS SUMBANGAN BAJA DA...
- IKTIRAF UEC KHIANAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, H...
- SAMPAI SAKIT JANTUNG PAK CIK SUHAIMI KENA 'SCAM' -...
- HIMPUNAN AMAN BANTAH UEC KE IPTA AKAN DILAKSANA DA...
- 1,000 NGO MELAYU-ISLAM BANTAH UEC KE IPTA, RANCANG...
- NGO MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA ADAKAN PERHIMPUNAN R...
- AKTIVITI | JEMPUTAN SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO MELA...
- AKTIVITI | SESI USRAH PPIM BERSAMA YM DS TUNKU FAI...
- KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENIPUAN T...
- PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA - UTUS...
- PPIM SIFATKAN BUKAN LAGI KES TERPENCIL, TAKTIK KIA...
- PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA DAFTAR...
- SCAM LOSSES SURGE TO RM2.77B, PPIM WANTS TELCOS HE...
- TREND MENINGKAT PENIPUAN DIGITAL, KEBOCORAN DATA C...
- PENIPUAN DIGITAL KINI ANCAMAN KRITIKAL NASIONAL - ...
- SCAM DIGITAL ANCAMAN NASIONAL, RUGI RM2.77 BILION ...
- “TELCO ATAU TALIAN SCAMMER?” DEDAH PENIPUAN BERSKA...
- AKTIVITI | PROGRAM PENERANGAN PELAKSANAAN TARIF EL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN KETUA ...
- AKTIVITI | PROGRAM HALATUJU MELAYU MENGHADAPI PRU1...
- AKTIVITI | TOQQI ADAKAN SESI MORNING TALK BERSAMA ...
- PODCAST PPIM | ISU BANTAHAN TERHADAP PROJEK LADANG...
- AKTIVITI | MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN RASMI ...
- AKTIVITI | TAKLIMAT KESIHATAN BERSAMA PROF. DR MUS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGERUSI YBK -...
- AKTIVITI | SESI LIBAT URUS PENGESAHAN UMUR BAWAH 1...
- AKTIVITI | PPIM BERSAMA NGO HADIRI SESI PERBICANGA...
- AKTIVITI | MUSYAWARAH NASIONAL 'KERESAHAN BANGSA M...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-50: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PPIM TERIMA KUNJUNGAN ZIARAH MARHABAH K...
- AKTIVITI | SESI PERBICANGAN STRATEGIK BERSAMA MANT...
- AKTIVITI | SESI KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT S...
- PODCAST PPIM - FESTIVAL HUJAN MAKSIAT?? - PPIM - 0...
- BERSAMA HENTIKAN BULI | ANTI BULLY CENTRE (ABC) - ...
- ADUAN | BAYAR LEBIH RM100,000, MASIH DITUNTUT: PPI...
- AKTIVITI | TINJAUAN PENGANJURAN RAIN AND RAVE: TID...
-
▼
May
(37)

