Showing posts with label KENAIKAN HARGA. Show all posts
Showing posts with label KENAIKAN HARGA. Show all posts

Friday, September 18, 2026

KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTUT PENJELASAN - THE STEP - 16/09/2026

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius peningkatan mendadak aduan daripada orang awam berhubung bil elektrik yang melambung tinggi secara luar biasa sejak kebelakangan ini.

Menurut persatuan itu, beban kewangan ini berlaku dalam keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit dan meresahkan rakyat.

Jelasnya, kenaikan Tarif Asas (RP4) bermula 1 Julai 2025 di Semenanjung telah mencatatkan peningkatan sebanyak 14.2% (kepada 45.62 sen/kWh) bagi tempoh kawal selia 2025 hingga 2027.

"Selain itu, Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) diselaraskan secara drastik—seperti menyusut kepada -0.47 sen/kWh menjelang April 2026 berbanding kadar rebat yang lebih tinggi sebelum ini—sekali gus mengurangkan penjimatan subsidi yang dinikmati rakyat.

"Keadaan ini ditambah dengan kekeliruan terhadap mekanisme bil, caj tersembunyi, serta lonjakan penggunaan akibat faktor cuaca dan perkakas tanpa ketelusan akaun yang memuaskan.

"PPIM menegaskan bahawa pengguna bukan sekadar pembayar bil, sebaliknya mempunyai hak untuk mendapat maklumat yang telus, akaun yang adil, serta pembelaan daripada pihak berkuasa," jelasnya dalam kenyataan.

PPIM memberitahu, lonjakan bil yang berlaku secara mendadak ini adalah sangat tidak adil kepada pengguna.

Katanya, walaupun sebahagian rakyat diletakkan di bawah kategori M40 atau T20, pelbagai faktor realiti isi rumah perlu diambil kira dengan lebih empati.

Jelas PPIM, faktor cuaca yang semakin panas serta masalah jerebu memaksa isi rumah, terutamanya yang mempunyai anak kecil dan warga emas, bergantung kepada penyaman udara dan penapis udara bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup.

"Adalah tidak wajar untuk melihat kategori pendapatan ini secara pukul rata tanpa menilai beban sebenar yang ditanggung oleh setiap isi rumah," katanya.

Sehubungan dengan itu, PPIM menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Malaysia untuk segera:

• Menjelaskan secara telus formula pengiraan tarif baharu, komponen caj yang dikenakan, serta pencerahan terhadap lonjakan bil yang membelenggu rakyat;

• Mengkaji semula pendekatan dan keadilan sosial terhadap pengguna M40 dan T20 yang turut terbeban dengan saiz isi rumah yang besar serta keperluan mendesak terhadap alat kawalan iklim dan kesihatan (seperti penyaman udara dan penapis udara) akibat perubahan cuaca;

• Mewujudkan mekanisme bantuan yang lebih prihatin bagi rakyat yang tidak mampu menjelaskan bil secara pukal sekali gus.

"PPIM menggesa kerajaan dan TNB menyediakan kaedah bayaran ansuran yang lebih fleksibel, mudah diakses, serta moratorium atau penangguhan tindakan pemotongan elektrik terhadap pengguna yang sedang berdepan tekanan kewangan akut, agar utiliti asas ini tidak dinafikan daripada hak rakyat.

"Janganlah pihak berwajib dan entiti korporat hanya memfokuskan kepada aspek keuntungan semata-mata, sedangkan rakyat marhaen dan golongan pembayar di bawah terpaksa merana menanggung himpitan kos yang diuar-uarkan sebagai pemulihan ekonomi," katanya.

Artikel oleh: THE STEP

KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTUT PENJELASAN

https://thestep.com.my/nasional/kemelut-bil-elektrik-rakyat-terhimpit-ppim-tuntut-penjelasan

PPIM, PEMBELA UMMAH TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN ELAKTRIK - UTUSAN MALAYSIA - 16/09/2026

 

KUALA LUMPUR: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut penjelasan kerajaan berhubung isu kenaikan kadar tarif elektrik yang membebankan pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna mempunyai hak untuk mengetahui asas dan justifikasi sebarang kenaikan tarif elektrik memandangkan mereka merupakan pihak yang menanggung kos melalui pembayaran bil setiap bulan.

“Kita terima hampir ratusan aduan pengguna berkaitan kenaikan bil elektrik melambung tinggi. Saya rasa kerajaan lebih perlu mengatur langkah untuk menjaga pengguna sebab kepentingannya adalah pengguna,” katanya dalam sidang akhbar di sebuah restoran di sini hari ini.

Nadzim turut mempersoalkan kenaikan tarif asas elektrik sebanyak 14.2 peratus kepada 45.62 sen setiap kilowatt-jam (kWh) mulai 1 Julai 2025 bagi tempoh awal selia 2025 hingga 2027.

Katanya, ia termasuk isu Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) yang didakwa berubah secara ketara termasuk mencecah negatif 0.47 sen per kWh menjelang April 2026 berbanding kadar rebat yang lebih tinggi sebelum ini, sekali gus mengurangkan penjimatan subsidi yang dinikmati pengguna.

“Kita mahu tahu, adakah wakil pengguna terlibat? Kita setiap bulan membayar bil tetapi wakil pengguna pun tidak ada suara. Apa dasarnya?,” katanya.

Nadzim mendesak kerajaan menilai semula pendekatan berkaitan tarif elektrik dengan mengambil kira kemampuan serta kepentingan pengguna, khususnya golongan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah, Mohd. Zai Mustafa mempersoalkan sama ada kerajaan masih mempunyai kawalan dalam keputusan kenaikan tarif elektrik.

Katanya, kebiasaannya sebarang kenaikan tarif diumumkan kerajaan terlebih dahulu supaya rakyat mempunyai ruang untuk memahami serta memberikan pandangan sama ada kenaikan berkenaan wajar atau sebaliknya.

“Adakah kerajaan sudah hilang kawalan sehingga boleh membuat satu kenaikan tanpa pengumuman dan tanpa kelulusan daripada menteri sedangkan perkara ini melibatkan rakyat?.

“Sekarang ini kerajaan senyap, tiba-tiba pengguna sahaja yang merasai perkara itu. Kita rasa sistem yang berlaku ini sudah pelik dan tidak seperti sebelum ini,” katanya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM, PEMBELA UMMAH TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN ELAKTRIK

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/09/ppim-pembela-ummah-tuntut-penjelasan-kenaikan-elektrik/

Thursday, September 17, 2026

KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTUT PENJELASAN TELUS TNB & KERAJAAN! - KENYATAAN MEDIA PPIM - 16/09/2026

KUALA LUMPUR, 16 SEPTEMBER 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius peningkatan mendadak aduan daripada orang awam berhubung bil elektrik yang melambung tinggi secara luar biasa sejak kebelakangan ini.

Beban kewangan ini berlaku dalam keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit dan meresahkan rakyat.

Untuk rekod, kenaikan Tarif Asas (RP4) bermula 1 Julai 2025 di Semenanjung Malaysia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 14.2% (kepada 45.62 sen/kWh) bagi tempoh kawal selia 2025 hingga 2027.

Selain itu, Pelarasan Bahan Api Automatik (AFA) diselaraskan secara drastik—seperti menyusut kepada -0.47 sen/kWh menjelang April 2026 berbanding kadar rebat yang lebih tinggi sebelum ini—sekali gus mengurangkan penjimatan subsidi yang dinikmati rakyat. Keadaan ini ditambah dengan kekeliruan terhadap mekanisme bil, caj tersembunyi, serta lonjakan penggunaan akibat faktor cuaca dan perkakas tanpa ketelusan akaun yang memuaskan.

PPIM menegaskan bahawa pengguna bukan sekadar pembayar bil, sebaliknya mempunyai hak untuk mendapat maklumat yang telus, akaun yang adil, serta pembelaan daripada pihak berkuasa.

Lonjakan bil yang berlaku secara mendadak ini adalah sangat tidak adil kepada pengguna.

Walaupun sebahagian rakyat diletakkan di bawah kategori M40 atau T20, pelbagai faktor realiti isi rumah perlu diambil kira dengan lebih empati.

Faktor cuaca yang semakin panas serta masalah jerebu memaksa isi rumah, terutamanya yang mempunyai anak kecil dan warga emas, bergantung kepada penyaman udara dan penapis udara bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Adalah tidak wajar untuk melihat kategori pendapatan ini secara pukul rata tanpa menilai beban sebenar yang ditanggung oleh setiap isi rumah.

Sehubungan dengan itu, PPIM menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kerajaan Malaysia untuk segera:

  • Menjelaskan secara telus formula pengiraan tarif baharu, komponen caj yang dikenakan, serta pencerahan terhadap lonjakan bil yang membelenggu rakyat.
  • Mengkaji semula pendekatan dan keadilan sosial terhadap pengguna M40 dan T20 yang turut terbeban dengan saiz isi rumah yang besar serta keperluan mendesak terhadap alat kawalan iklim dan kesihatan (seperti penyaman udara dan penapis udara) akibat perubahan cuaca.
  • Mewujudkan mekanisme bantuan yang lebih prihatin bagi rakyat yang tidak mampu menjelaskan bil secara pukal sekaligus.

PPIM menggesa Kerajaan dan TNB menyediakan kaedah bayaran ansuran yang lebih fleksibel, mudah diakses, serta moratorium atau penangguhan tindakan pemotongan elektrik terhadap pengguna yang sedang berdepan tekanan kewangan akut, agar utiliti asas ini tidak dinafikan daripada hak rakyat.

Janganlah pihak berwajib dan entiti korporat hanya memfokuskan kepada aspek keuntungan semata-mata, sedangkan rakyat marhaen dan golongan pembayar di bawah terpaksa merana menanggung himpitan kos yang diuar-uarkan sebagai pemulihan ekonomi.

PPIM akan terus konsisten berdiri teguh memperjuangkan hak pengguna berpandukan prinsip: “Pengguna Berhak Tahu, Faham dan Mendapat Pembelaan!”

Saturday, January 11, 2025

DESAK KAWAL HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH - SINAR HARIAN - 11/01/2025

 

Artikel oleh: Sinar Harian

DESAK KAWAL HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH

KERAJAAN WAJAR CAMPUR TANGAN - PPIM - SINAR HARIAN - 11/01/2025

 

SHAH ALAM - Kerajaan wajar campur tangan terhadap isu kenaikan tambang bas sekolah dengan menetapkan harga siling supaya tidak membebankan ibu bapa dan penjaga.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, setiap isu melibatkan rakyat sepatutnya diambil perhatian oleh kerajaan dan bukannya lepas tangan begitu sahaja.

Beliau berkata, sudah tentu sebarang peningkatan harga tambang ketika kos sara hidup semakin meningkat pada masa kini akan menggusarkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Banyak sangat pendirian kerajaan yang mengatakan mereka tidak boleh kawal sedangkan kalau ada kemahuan perkara itu boleh dibuat. Kalau nak kawal along pun mereka boleh kawal.

“Saya cakap begitu kerana rakyat dalam kesusahan. Kalau letak harga tinggi secara suka hati tiada pula kawalan itu sangat tidak adil,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bahawa kementeriannya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat peningkatan harga tambang bas sekolah.

Ini selepas ura-ura mengatakan harga tambang sekolah akan dinaikkan bermula sesi persekolahan 2025 pada Februari ini.

Sementara itu, Nadzim berkata, kerajaan seharusnya serius membantu mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu tambang bas sekolah ini.

“Mungkin undang-undang sedia ada belum cukup, tetapi kena buat sesuatu. Sedangkan perkara lain boleh sahaja kerajaan melakukannya.

“Contohnya, kerajaan boleh campur tangan dalam isu tambang kapal terbang. Jadi, apa yang dibuat perlulah adil agar tidak mendatangkan kemarahan rakyat,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KERAJAAN WAJAR CAMPUR TANGAN - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/706517/berita/nasional/kerajaan-wajar-campur-tangan---ppim

Wednesday, February 14, 2024

'INFLASI, SST BUKAN ALASAN NAIKKAN HARGA HOTEL' - NADZIM - SINAR HARIAN - 13/02/2024

 

#SinarHarian #BuletinTikTok #PPIM

BULETIN TIKTOK 13 FEBRUARI 2024 

Harga hotel dijangka naik antara 10 hingga 30 peratus susulan peningkatan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada lapan peratus bermula 1 Mac ini. 

Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh berkata, selain SST, faktor musim puncak seperti cuti sekolah atau perayaan juga boleh memberi impak kepada kenaikan harga tersebut.

Sumber: Sinar Harian

'INFLASI, SST BUKAN ALASAN NAIKKAN HARGA HOTEL' - NADZIM

https://www.youtube.com/watch?v=vsUo81yrOTA

Tuesday, February 13, 2024

HARGA HOTEL DIJANGKA NAIK - SINAR HARIAN - 13/02/2024

 

Artikel oleh: Sinar Harian

HARGA HOTEL DIJANGKA NAIK

DENDA PENGUSAHA NAIKKAN HARGA SESUKA HATI - PPIM - SINAR HARIAN - 13/02/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Persatuan Hotel Malaysia memantau pengusaha-pengusaha hotel yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, jika ada pengusaha yang menaikkan harga keterlaluan bagi kadar satu malam penginapan, maka pihak persatuan perlu mengambil tindakan seperti denda, penggantungan lesen atau menyenarai hitam daripada beroperasi.

“PPIM mencadangkan Persatuan Hotel Malaysia berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenai jumlah denda atau hukuman yang perlu dikenakan kepada pengusaha ingkar.

“Saya merasakan denda sahaja tidak mencukupi sebaliknya, pihak persatuan perlu mempertimbangkan untuk menggantung lesen dan menyenarai hitam pengusaha yang gagal patuh terhadap amaran pertama,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Nadzim menjelaskan, faktor inflasi serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sukar dibendung, namun pemain industri perhotelan harus mencari solusi untuk tidak memindahkan kos sepenuhnya kepada pengguna.

Ujar beliau, pengusaha hotel tidak boleh bersikap mementingkan periuk nasi sendiri semata-mata.

“Pengusaha hotel wajar bersama rakyat. Jangan pentingkan diri sendiri dengan menaikkan harga demi keuntungan dan tidak mahu rugi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pengusaha perniagaan berkenaan juga mesti mempertimbangkan untuk tidak membuang kesemua barangan yang masih berkualiti kerana ia mungkin boleh dipakai semula.

Menurutnya, pihak berkenaan perlu bijak menguruskan perniagaan dalam situasi ekonomi yang mencabar.

“Kerugian boleh diatasi dengan kaedah penjimatan lain. Kita tidak mahu apabila gula naik 10 sen tetapi teh tarik pun naik 10 sen walaupun ia tidak memerlukan gula. Itu yang kita tidak mahu pengusaha hotel lakukan.

“Kalau masalah itu tidak dibendung, saya menjangkakan pengusaha hotel akan mengalami kerugian disebabkan orang ramai memilih untuk tidak menginap di hotel kerana harga ditawarkan begitu tinggi,” tegasnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

DENDA PENGUSAHA NAIKKAN HARGA SESUKA HATI - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/649231/berita/laporan-khas/denda-pengusaha-naikkan-harga-sesuka-hati---ppim

Monday, January 16, 2023

GUNA TELUR OMEGA, ROTI CANAI NAIK 50 SEN - MINGGUAN MALAYSIA - 15/01/2023

 



PETALING JAYA: Pengusaha ladang ayam telur hanya memberi alasan mengenai kos operasi mengeluarkan telur adalah tinggi kerana inigin mencari keuntungan. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pengusaha ladang ayam telur bijak mencari alasan dengan menyatakan kos penghasilan tinggi, dengan itu harga telur dapat dinaikkan di pasaran bagi keuntungan mereka. 

"Isu ini bermula di peringkat kartel, di mana harga dinaikkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi tinggi apabila dijual di kedai runcit dan pasar raya. 

"Perkara ini sudah menjadi trend sejak sekian lama dan susah dikawal kini kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam hal ini gagal turun padang melaksanakan tinjauan secara berterusan. 

"Jika perkara ini dibiarkan berterusan dan dipandang sebelah mata, pengguna akan merasai impaknya untuk jangka masa panjang," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Terdahulu, pengusaha ladang ayam penelur mendesak kerajaan memansuhkan skim kawalan harga sumber protein itu yang disifatkan sebagai sia-sia apabila Malaysia turut mengimport produk tersebut dari India yang harganya lebih mahal. 

Sumber industri berkata, terdapat ramai dalam kalangan pengusaha ladang ayam telur kini di ambang muflis dan ber-tahan hanya kerana bergantung kepada pembayaran subsidi kerajaan untuk menampung kos operasi mengeluarkan telur.

Timbalan Menteri Perdaga-ngan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, telur akan kekal di bawah harga kawalan dan tidak akan diapungkan seperti dimahukan oleh pihak tertentu yang terlibat dalam sektor bekalan dan penjualan sumber protein tersebut. Nadzim berkata, pengguna juga enggan melakukan aduan apabila melihat harga barangan yang dijual lebih dari sepatutnya. 

"Rakyat kena bangkit bersuara, jangan beli barangan yang melebihi harga kawalan serta lakukan aduan serta-merta mengenai perkara tersebut. 

"Pengguna mampu membawa perubahan kepada perkara ini sekiranya semua rakyat sedar akan hak mereka," katanya. 

Beliau mempersoalkan mengapa negara tidak mempunyai lembaga khas untuk mengana-lisis dan mengawal harga tersebut. 

"Rakyat hanya meminta mengawal harga telur ayam sahaja, bukannya kawal harga rumah, tak susah pun untuk dilaksanakan," katanya. 

Artikel oleh: Mingguan Malaysia

GUNA TELUR OMEGA, ROTI CANAI NAIK 50 SEN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL