Showing posts with label GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label GERAKAN SUKARELAWAN RAKYAT. Show all posts

Thursday, November 10, 2022

NETIZEN BOLEH CADANG PEMIMPIN PILIHAN MEREKA MENERUSI GSR - MEDIA VARIASI - 10/11/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) yang merupakan satu-satunya rujukan mereka yang memerlukan maklumat dan panduan.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi, pertubuhan ini telah dijadikan sebagai tempat mengadu, merujuk dan mendapatkan pandangan serta nasihat mengenai calon pilihan mereka.

Menurut beliau lagi, PPIM yang telah wujud selama 25 tahun mempunyai pengalaman dalam pelbagai isu termasuk isu politik.

“Suasana politik kebelakangan ini menyukarkan rakyat memilih calon yang benar-benar layak untuk mewakili dan mampu memperjuangkan hak mereka.

“Sehubungan dengan itu, PPIM melancarkan pusat rujukan netizen dan rakyat secara on-
line GSR sebagai pusat rujukan maklumat dan panduan pemimpin manakah perlu dipilih.

“Aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat yang adil, betul dan tepat,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah Nadzim, melalui pusat ini juga akan membolehkan NGO juga membuat penapisan
setiap wakil rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan yang tidak
bermoral dan terlibat dengan aktiviti yang tidak berakhlak baik.

“Semua ahli-ahli Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat dan ini termasuklah
Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, malah Perdana Menteri serta Timbalannya sekali tidak akan terkecuali dari dinilai dan mereka tidak bebas dari sebarang teguran serta kritikan rakyat dari pelbagai lapisan.

“Ini juga akan dijadikan sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang layak dan terbaik untuk pengundi www.gsrpru15.com.

“Pihak NGO mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan lagi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang,” katanya.


Artikel oleh: Media Variasi

NETIZEN BOLEH CADANG PEMIMPIN PILIHAN MEREKA MENERUSI GSR

https://mediavariasi.com/2022/11/netizen-boleh-cadang-pemimpin-pilihan-mereka-menerusi-gsr/

Tuesday, November 8, 2022

PPIM TUBUH PLATFORM BANTU NGO, RAKYAT PILIH PEMIMPIN - KOSMO - 08/11/2022

 

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan sebuah platform yang dinamakan Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR) sebagai pusat rujukan untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, platform itu ditubuhkan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi negara dengan memilih pemimpin yang mampu memperjuangkan hak mereka.

Kata beliau, selain menyediakan maklumat dan panduan, GSR juga membolehkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat saringan dalam setiap wakil rakyat yang bertanding.

“PPIM membuka pintu kepada mana-mana calon untuk bekerjasama. Jadi, dengan platform ini, aktivis GSR akan turun padang untuk menyebarkan maklumat betul dan tepat.

“Selain itu, kita juga mahu pastikan calon yang bertanding adalah berintegriti dan NGO akan memantau setiap pergerakan wakil rakyat yang dipilih selepas PRU15,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas pelancaran GSR di Pejabat PPIM di sini hari ini.

Turut hadir, wakil NGO daripada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Kasih Setia Malaysia.

Mengulas laporan Kosmo! sebelum ini mengenai rakyat lebih cenderung memilih parti berbanding calon, Nadzim berkata, pihaknya tidak menyebelahi mana-mana parti, namun akan mengangkat calon yang benar-benar layak.

“Persepsi sokong parti ini memang tidak salah namun itulah peranan NGO untuk ubah perkara tersebut. Contoh, kita nak sokong BN, memang ada calon yang kita sokong tapi bukan semua.

“Kita tidak mahu pemimpin yang terlibat dengan gejala rasuah dan seharusnya perlu ada integriti dan akhlak yang tinggi,” ujarnya.

Tambahnya, GRS juga adalah sebuah platfom untuk mengemukakan cadangan calon yang terbaik untuk pengundi melalui www.gsrpru15.com.

“PPIM dan pihak NGO mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan lagi dalam pemilihan wakil rakyat akan datang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE


Artikel oleh: Kosmo

PPIM TUBUH PLATFORM BANTU NGO, RAKYAT PILIH PEMIMPIN

https://www.kosmo.com.my/2022/11/08/ppim-tubuh-platform-bantu-ngo-rakyat-pilih-pemimpin/

TVPPIM | PPIM LANCAR PLATFORM NETIZEN & NGO BANTU NEGARA PRU 15 - TVPPIM - 08/11/2022

 


PELANCARAN PLATFORM NETIZEN DAN NGO BANTU NEGARA DEMI MENCARI CALON PARLIMEN TERBAIK - SIDANG MEDIA PPIM - 08/11/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengambil inisiatif menubuhkan platform netizen dan NGO bantu negara untuk membantu memilih calon terbaik bagi pembentukan kerajaan.

Sehubungan dengan itu, pusat rujukan rakyat secara online yang dinamakan sebagai ‘Gerakan Sukarelawan Rakyat (GSR)’ telah dilancarkan dalam sidang media hari ini sebagai tempat pertanyaan mereka yang memerlukan maklumat.

Dengan adanya platform ini diharapkan rakyat dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih pemimpim terutamanya di kerusi Parlimen demi kemakmuran negara.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL