Showing posts with label EKONOMI ISLAM. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI ISLAM. Show all posts

Tuesday, May 27, 2025

WORLD #QURANCONVENTION 2025 TUMPU ISU EKONOMI GLOBAL, SERU KEBANGKITAN PEMIMPIN - SINAR HARIAN - 26/05/2025

 

KUALA LUMPUR - Panduan al-Quran dalam konteks ekonomi global bakal menjadi topik perbincangan sempena World #QuranConvention pada 13 dan 14 Disember depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’ bersama Nouman Ali Khan kali ini ialah pengenalan atau ‘teaser’ kepada penganjuran acara tersebut.

Menurut beliau, kali ini WUIF menjemput golongan sasar seperti usahawan, pakar ekonomi dan al-Quran serta ahli akademik untuk membahas tentang keperluan.

Antara VVIP yang hadir ke program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

“Sebelum ini kita mencapai tahap pengguna sahaja, orang-orang yang mungkin berminat kepada al-Quran, tetapi pemimpinnya tak ramai atau berkurang.

“Jadi, apabila kita ketengahkan isu ekonomi, diharapkan ramai pemimpin atau ketua sesebuah organisasi mahupun syarikat akan bangkit.

“Memang kita nak melahirkan pengguna yang ada merit, ada nilai. Tetapi, ia perlu seiring dengan jumlah pemimpin, penggubal dasar yang ramai dan boleh buat sesuatu untuk wujudkan satu wilayah dalam misi membina empayar perdagangan Islamik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program bual bicara bersama Nouman Ali Khan di Masjid Wilayah, di sini pada Ahad.

Dewan Serbaguna Masjid Wilayah penuh dengan kehadiran pengunjung ketika program ‘Reflecting on the Quran and The Global Economy’ di sini pada Ahad. FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Hadir sama, Pengasas WUIF merangkap Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa (MITI) Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Aktiviti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Pemilihan Surah al-Saff turut ditekankan dalam World #QuranConvention tahun ini yang bukan sahaja menekankan penyelesaian terhadap isu ekonomi global, malah merangkumi perjuangan para nabi dalam aspek dakwah dan akidah.

Sementara itu, Marhaini memaklumkan, penganjuran World #QuranConvention diharap dapat membawa misi transformasi ekonomi yang mampu menjadi penyelesaian kepada krisis ekonomi sedia ada.

“Kita harap banyak idea dan kaedah penyelesaian dapat diketengahkan untuk memperkukuh ekonomi Islam berpandukan al-Quran,” ujarnya lagi.

Orang ramai dijemput menyertai World #QuranConvention dengan mendaftar di https://ezy.la/WQC2025.

Artikel oleh: Sinar Harian

WORLD #QURANCONVENTION 2025 TUMPU ISU EKONOMI GLOBAL, SERU KEBANGKITAN PEMIMPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/730573/khas/quranhour/world-quranconvention-2025-tumpu-isu-ekonomi-global-seru-kebangkitan-pemimpin

Friday, January 19, 2024

PENIAGA ISLAM PERLU FAHAMI AL-QURAN, TAWAR PRODUK BERKUALITI - SINAR HARIAN - 19/01/2024

 

SHAH ALAM - Peniaga Islam disarankan untuk lebih mendalami dan memahami ayat-ayat suci al-Quran supaya produk dan perkhidmatan yang dihasilkan selari dengan kehendak agama.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, ramai umat Islam di negara ini tidak mengambil peduli tentang penyediaan produk dihasilkan sama ada bersih atau sebaliknya.

“Sebagai contoh, makanan yang kita nak beli pun kena pastikan daripada bahan yang halal, cara penyembelihan binatang dengan betul, dimasak dan dihidang dengan bersih.

Hussamuddin

“Ini tidak, kalau kita nampak ‘no pork’ terus dianggap halal. Jadi, perkara seperti inilah kita perlu padamkan dalam diri dan sudah sampai masanya umat Islam perlu kembali jadi lebih kuat,” katanya semasa program Ummah #GrandReset di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

“Ini tidak, kalau kita nampak ‘no pork’ terus dianggap halal. Jadi, perkara seperti inilah kita perlu padamkan dalam diri dan sudah sampai masanya umat Islam perlu kembali jadi lebih kuat,” katanya semasa program Ummah #GrandReset di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Jumaat.

Program anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf dan WUIF itu dihoskan Ahmad Yani Abdul Manaf dan disiarkan secara langsung di semua platform media sosial.

Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johari, qari Ustaz Tirmizi Ali dan pentaddabur yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program itu memfokuskan tiga golongan iaitu ulama, ummah dan umara’ dalam agenda yang dibawa seperti surah al-Jumuah.

Marhaini

Ujarnya, masalah ekonomi dalam negara ini merupakan isu besar yang perlu diperbaiki dari awal dengan pemahaman asas al-Quran.

“Kalau kita fahamkan maksud surah ini, pada ayat 10 dan 11 yang mana ALLAH SWT memerintah umat-Nya untuk bertebaran di muka bumi selepas solat Jumaat.

“Jadi, kita harap dengan perintah ALLAH SWT itu mampu menghasilkan produk atau perkhidmatan perniagaan yang barakah,” jelasnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PENIAGA ISLAM PERLU FAHAMI AL-QURAN, TAWAR PRODUK BERKUALITI

https://www.sinarharian.com.my/article/645227/berita/nasional/peniaga-islam-perlu-fahami-al-quran-tawar-produk-berkualiti

UMMAH #GrandReset: PERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM - SINAR HARIAN - 19/01/2024

 

SHAH ALAM - Kejadian yang menimpa umat Islam di Gaza merupakan satu tamparan bagi umat Islam keseluruhannya yang dilihat tidak mampu untuk 'berbuat apa-apa' kerana rejim Zionis sedang menguasai ekonomi dunia.

Terpanggil dengan kejadian itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Karangkraf bersama melancarkan Ummah #GrandReset: Ekonomi bagi membangkitkan dan memperkasakan kembali ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sudah sampai masanya umat Islam memperkuatkan kembali taraf ekonomi bagi mengelak daripada terus diperlekeh dan dipandang hina.

Susulan itu tegasnya, setiap umat Islam harus mempunyai kesedaran bahawa pentingnya menguasai ekonomi bagi 'menggeruni' dunia selain dapat membantu mereka yang lain.

"Ini orang kita dihina takkan hendak dibiarkan, mana boleh begitu, jadi kitalah kena ada kesedaran (untuk naikkan ekonomi), jadi saya harap sangat kita berubah.

"Saya yakin jika kita bangkit satu dua bulan kita buat (bersatu) kita akan berjaya (melihat hasilnya), buatlah kita tidak boleh selesa, jadi kita buat betul-betul, ajak semua anak-anak, keluarga, kawan-kawan untuk majukan ekonomi, usahakan bersungguh-sungguh, kerana akhirnya ekonomi yang kuat akan membina ummah yang kuat," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian selepas berakhirnya program pelancaran berkenaan yang diadakan di Kumpulan Karangkraf.

Hadir sama, penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif, (WUIF) Marhaini Yusoff, ahli dan tokoh perniagaan.

Katanya lagi, ekonomi umat Islam tidak kuat juga berpunca daripada sikap yang tidak bersatu dan perjuangan secara bersendirian.

"Malah ada yang ingin menjatuhkan antara satu sama lain sedangkan matlamatnya sepatutnya saling menguatkan.

"Selain itu, kita juga dilihat gagal mengamalkan nilai al-Quran dalam perniagaan, itu antara punca ekonomi kita lemah," tegasnya.

Dalam pada itu tambahnya, bagi pemilik perniagaan pula, selain sentiasa mencari ruang kerjasama sesama umat Islam, mereka juga perlu sentiasa meningkatkan taraf perkhidmatan dan produk bagi memastikan penghasilan atau pembuatan mereka menjadi pilihan di pasaran.

"Oleh itu nilai kitab suci ini perlu diangkat dalam perniagaan masing-masing, dan berniagalah mengikut kepatuhan syariah.

"Tokoh agama juga perlu lebih menggalakkan umat Islam membina kekuatan ekonomi selain fokus membina kekuatan spiritual," katanya.

INFO

Ummah #GrandReset:Ekonomi membawakan panduan daripada surah al-Jumuah dengan menjadikan hari Jumaat sebagai momentum penting bagi reset minda ummah berkaitan ekonomi.

Surah al-Jumuah memberikan panduan kepada kita bahawa berkumpulnya ummah di masjid, mendengar khutbah dan solat kemudian bertebaran di muka bumi, bagi menjana ekonomi bagi ummah.

Kesatuan yang dibina ketika khutbah dan solat Jumaat tidak seharusnya terhenti di situ, malah perlu dibawa keluar masjid sejurus selepas bersurai dan masih mengekalkan minda bersatu dalam penjanaan ekonomi.

Panduan daripada surah al-Jumuah ini adalah model bagi membina ekonomi ummah yang kuat dan jitu.

Artikel oleh: Sinar Harian

UMMAH #GrandReset: PERKASAKAN EKONOMI UMAT ISLAM

https://www.sinarharian.com.my/article/645221/berita/nasional/ummah-grandreset-ekonomi-perkasakan-ekonomi-umat-islam

[LIVE] MISI UMMAH #GrandReset “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) - QURANHOUR TV - 19/01/2024

 

[LIVE] Misi Ummah #GrandReset bertajuk “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melancarkan Misi Surah Al-Jumu’ah di sepanjang tahun 2024. Terdapat 52 kali Jumaat pada tahun ini untuk menjadikan Jumaat sebagai hari untuk melakukan Ummah #GrandReset.

Surah Al-Jumu’ah sebagai misi penting untuk Ummah #GrandReset bagi mensasarkan Ummah, Umara’, Ulama agar berlaku kesatuan dan transformasi sosial dengan berpandukan Surah Al-Jumu’ah.

Ikuti program Misi Ummah #GrandReset bertajuk “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang bersiaran langsung dari Dewan Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam dan di Facebook & YouTube QuranHour pada pukul 10.30 pagi, 19 Januari 2024, Jumaat.

Ummah #GrandReset #52khutbahjumaat #surahaljumuah

Sumber: QuranHour TV

[LIVE] MISI UMMAH #GrandReset “Reset Ekonomi” bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

https://www.youtube.com/watch?v=Ih16_iKsn5w

Wednesday, January 22, 2020

5694) 2000 ORANG HADIR MUNAJAT PERDANA MALAKAT MALL, TIUP SEMANGAT KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM - GENG BORAK - 22/01/2020


Alhamdulillah…
Hampir 2,000 orang hadir pada majlis solat hajat, doa dan munajat dalam program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.
Program yang bermula pada pukul 5 petang itu dihadiri Lebih 1,300 pelajar sekolah tahfiz dan pondok dari seluruh negara.
Solat berjemaah yang disusuli dengan bacaan Yasin, tahlil dan zikir munajat itu mencipta sejarah tersendiri sebagai perhimpunan dan majlis solat berjemaah terbesar yang diadakan di pusat beli belah pertama.

BAKAL DIBUKA UMUM 1 MAC 2020

Perasmian itu disempurnakan oleh Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim yang merupakan pencetus idea penubuhan Malakat Mall.
Mohd. Fadzil berkata, pembukaan Malakat Mall pada Mac ini diharap menjadi pencetus kebangkitan ekonomi Islam.
Diharapkan pembukaan Malakat Mall ini diberkati Allah dan langkah pertama ini akan berjaya seterusnya membuka peluang kepada lebih banyak lagi Malakat Mall di seluruh negara.
Program itu turut menghimpunkan tokoh dan pemikir agama; pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, golongan peniaga dan orang ramai.
Antara Datuk Nazim Johan (PPIM); Maulana Wan Tahir; Aminuddin Yahya (Pembela); Masridzi Sat (Pembela); Habib Agil Ben Yahya; Kiyai Pesantren Wali Songo, Kiyai Dr. Zainol Arifin; Cikgu Izat, mudir-mudir sekolah dan lebih 20 pemimpin NGO.
“Program Munajat Perdana ini sangat menarik, para pelajar dapat mengeratkan hubungan silaturrahim selain dapat berjumpa dengan ulama-ulama terkemuka. Saya juga doakan ekonomi Islam terus berkembang. Saya juga doakan Malakat Mall  berjaya dalam memperjuangkan ekonomi Islam dan dipermudahkan segala urusan menjelang pembukaanya pada Mac nanti.” (Mohd Faizul Salahudin, Ustaz Pondok Simpang Tiga, Bestari Jaya)
“Saya seronok datang ke Munajat Perdana kerana dapat sertai majlis ilmu selain dapat berjumpa para ulama.” (Mohd Fauzan Zakwan, Pelajar Mahad Ihya Ahmadi, Sungai Kelambu, Banting)
Jom kita dengar apa kata Coach Fadzil dan Tokki daripada PPIM

MALAKAT MALL BAKAL DIBUKA DI MELAKA
Berita baik ini susulan satu pertemuan antara kumpulannya bersama pihak Mara Inc Melaka iaitu pemilik bangunan tersebut yang terletak di bandar Masjid Tanah.
“Kita telah mendapat kunjungan dari Mara Inc. yang menawarkan kita pasar raya tersebut.
Secara logiknya kalau ada orang Melaka offer pasar raya kepada kita, tak mungkin kita reject. Ia sesuai dengan sasaran kita untuk membuka 10 Malakat Mall di Malaysia tahun ini,” katanya.
Beliau berkata, tawaran tersebut amat signifikan kerana nama asalnya M Mall seperti Malakat Mall, yang merupakan bangunan baharu seluas 30,000 kaki persegi dan belum pernah digunakan walaupun telah siap bertahun-tahun.
Surat tawaran menyewa premis itu akan diberikan pada minggu depan dan pada masa yang sama kertas kerja bagi Malakat Mall Masjid Tanah juga telah diserahkan kepada Mara Inc.
Sehubungan itu kata beliau sekiranya perancangan berjalan lancar, Malakat Mall kedua itu akan mula beroperasi pada September ini.
Ini merupakan satu berita baik khusus pada orang Masjid Tanah. Kita mahu jadikan pasar raya ini pusat pengedaran produk bagi peniaga dan pengilang bumiputra di kawasan Selatan. Malakat Tribune

Artikel oleh: Geng Borak
2000 ORANG HADIR MUNAJAT PERDANA MALAKAT MALL, TIUP SEMANGAT KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM

5689) MALAKAT MALL | MUNAJAT PERDANA KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM - GENG BORAK - 21/01/2020


Ucapan aluan Coach Fadzil dan Datuk Nadzmi Johan PPIM di Malakat Mall Cyberjaya. Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam. 21 Januari 2020. #MalakatMall #PPIM #AyuhBangkit

Artikel oleh: Geng Borak

MALAKAT MALL | MUNAJAT PERDANA KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM


5685) 2000 BERMUNAJAT DI MALAKAT MALL - MELAYUBANGKITNEWS - 22/01/2020


CYBERJAYA-Pengasas Pusat Beli Belah Islam pertama di Malaysia, Mohd Fadzil Hashim melahirkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran atas kehadiran hampir 2000 golongan agamawan termasuk beberapa tokoh ulamak nusantara, guru tahfiz, pelajar tahfiz dan pemimpin-pemimpin NGO Islam ke Malakat Mall bagi menjayakan program Munajat Perdana dan Solat Hajat Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.
Mohd Fadzil berkata, kehadiran kesemua jemputan tersebut sebagai satu sejarah baharu di negara ini apabila zikir, munajat dan doa-doa dipanjatkan kepada ALLAH SWT di pusat beli belah itu.
“Ia bukan sesuatu yang kita pernah lihat sebelum ni. Ribuan anak tahfiz sekolah pondok, guru sekolah pondok dan para ulamak nusantara, melafazkan zikir dan munajat untuk kejayaan usaha kita,” katanya.
 Pendekar Ekonomi Islam itu berkata, setelah segala usaha dilakukan dan akan terus dilakukan, doa kepada ALLAH adalah sesuatu yang mesti menjadi keutamaan.
“Setelah kita berusaha, kita  masih sedang berusaha dan akan teruskan usaha untuk kejayaan. Tapi doa dan keyakinan kepada ALLAH SWT yang kita panjatkan dan munajatkan hari ini Insya-ALLAH akan diperkenankan ALLAH SWT.
Kita akan pastikan Malakat Mall menjadi mercu tanda kebangkitan umat Islam,” katanya.
Majlis istimewa itu bermula jam 5 petang dengan tazkirah diikuti dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disambung dengan ucapan perasmian oleh Mohd Fadzil dan diteruskan dengan sesi tazkirah.
Manakala sesi zikir munajat, solat hajat  dipimpin oleh tokoh ulama terkenal Indonesia iaitu Habib Agil Yahya, Kiyai Pasentren Wali Songo; Maulana Wan Tahir Al-Mazahiri dan Kiai KH Dr Zainul Ariffin P.
Hadir sama Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan ; Presiden Pembela, Aminuddin Yahaya; mantan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, pejuang BMF Cikgu Izzat, mudir-mudir dan wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia.~MBNews
Artikel oleh: MelayuBangkitNews
2000 BERMUNAJAT DI MALAKAT MALL

5684) AKTIVITI: PROGRAM MUNAJAT PERDANA KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM - PPIM - 21/01/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, menyampaikan ucapan aluan di program Munajat Perdana Kebangkitan Ekonomi Islam yang telah berlangsung di Malakat Mall, Cyberjaya. 

Turut serta, CEO Malakat Mall, Coach Fadzil Hashim, Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat Che Ali, Presiden Pembela,Tn Haji Aminuddin Yahaya, golongan agamawan, alim ulama', wakil-wakil madrasah dan wakil-wakil NGO.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL