Showing posts with label EDITOR MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label EDITOR MALAYSIA. Show all posts

Saturday, August 26, 2023

MCCBCHST, JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA KAMI – PPIM - EDITOR MALAYSIA - 24/08/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengingatkan kumpulan bukan Islam agar jangan campur urusan umat Islam di negara ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata tindakan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST) yang membantah sebarang tindakan untuk memperkenalkan subjek berkaitan hadis di semua sekolah di seluruh negara adalah biadap dan mencabar umat Islam seluruh dunia.

Apa kaitan pendidikan hadis untuk pelajar beragam Islam dengan kamu, bukanlah kerajaan memaksa pelajar bukan Islam menduduki pengajian itu,” katanya.

Nadzim menegaskan jika masih ada pihak yang mencampuri urusan umat Islam dan terus menghina umat Islam, PPIM tidak akan berdiam diri.

Kami mahu hidup dengan harmoni, semua ada agama masing-masing, ada hak masing-masing, janhan campur urusan agama kami!” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini MCCBCHST dalam satu kenyataan berkata mereka “sangat bimbang” dengan pelancaran modul “40 Hadis Imam Al-Nawawi”. 

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu adalah untuk memupuk nilai-nilai yang terkandung dalam hadis tersebut. 

Saya tidak mempunyai masalah dengan nilai-nilai hadis yang dibawa ke sekolah dan pada masa yang sama, kami mempunyai komitmen yang besar untuk melihat anak-anak Islam kami benar-benar menghayati 40 hadis tersebut,” katanya. 

Nadzim mengecam tindakan MCCBCHST yang turut memberi amaran kepada Kementerian Pendidikan sebarang penguatkuasaan modul unilateral itu akan mengundang tindakan mahkamah. 

Mereka fikir mereka siapa mahu memberi amaran kepada Kementerian Pendidikan, saya yang memberi amaran kepada, jutaan umat Islam negara ini menyokong langkah Kementerian Pendidikan memperkenal pengajian 40 hadis dan sesiapa yang menentang mari bersemuka dengan kami,” katanya.

Sebelum ini MCCBCHST pernah menentang langkah Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan modul khat, satu bentuk kaligrafi Arab, di semua sekolah di seluruh negara.

Menurut kumpulan itu, modul khat akan bercanggah dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan, mengatakan ia sama seperti memaksa orang ramai untuk mengambil bahagian dalam ibadat agama selain daripada agamanya.

Artikel oleh: Editor Malaysia

MCCBCHST, JANGAN CAMPUR URUSAN AGAMA KAMI – PPIM

https://editormalaysia.com/31896/

Wednesday, November 30, 2022

SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA DALAM PEMBELIAN VAKSIN - PPIM - EDITOR MALAYSIA - 26/10/2022

 

Kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius dakwaan yang berlaku sejak musim kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), di mana banyak salah laku bekas pemimpin negara telah didedahkan pihak kawan dan lawan. Antara yang menarik perhatian kami di PPIM ialah dakwaan salah guna pembelian vaksin Covid-19 bernilai puluhan bilion ringgit. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan yang lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan berkaitan jumlah pembelian dan perbelanjaan yang tidak masuk akal untuk menangani isu Covid-19 baru-baru ini.

Aduan yang diterima mempunyai fakta yang patut dikaji dan perlu disiasat secara serius kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar,” katanya.

PPIM bersama beberapa NGO lain mendesak kerajaan pusat yang baharu untuk menyiasat perkara ini dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi tujuan tersebut.


Sesungguhnya kestabilan dan kemakmuran dalam negara mampu dicapai jika pemimpin negara bersifat jujur dan amanah dalam urusan mereka.

Tambah Nadzim, bagaimana pihak kerajaan boleh “tutup mata” atau tidak menghiraukan mengenai perkara tersebut.

Negara kita bukanlah kaya sangat, rakyat menderita, apa pemimpin buat sehingga ada dakwaan salah laku melibatkan jumlah yang banyak”.

Nadzim juga berkata jika kerajaan pusat yang baharu serius mengembalikan kestabilan dan membanteras salah laku pemimpin, mereka harus menyiasat dakwaan ini.

Jika tidak, tiada bezanya pemimpin kini dan yang sebelumnya.


Artikel oleh: Editor Malaysia

SIASAT DAKWAAN SALAH GUNA KUASA DALAM PEMBELIAN VAKSIN - PPIM

https://editormalaysia.com/27142/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL