Showing posts with label AIR SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label AIR SELANGOR. Show all posts

Wednesday, November 5, 2025

AKTIVITI | MAJLIS APRESIASI HIGH TEA RAKAN STRATEGIK AIR SELANGOR - PPIM - 05/11/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor yang berlangsung di Glenmarie Ballroom, Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam.

Majlis anjuran Air Selangor ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua rakan strategik atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam menambah baik mutu perkhidmatan kepada pengguna.

Friday, April 25, 2025

AKTIVITI | MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI AIR SELANGOR - PPIM - 22/04/2025

22 April 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Air Selangor di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor.

Monday, January 15, 2024

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA AIR SELANGOR - PPIM - 15/01/2024

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Air Selangor di Pengurusan Air Selangor Wilayah Kuala Lumpur, Bangsar.

Wednesday, August 9, 2023

AKTIVITI | PROGRAM LETS GET CANDID BY AIR SELANGOR - PPIM - 09/08/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke program Lets Get Candid! anjuran Air Selangor di Bangsar Trade Centre, Kuala Lumpur hari ini.






Wednesday, May 17, 2023

AKTIVITI | MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI AIR SELANGOR BERSAMA NGO - PPIM - 07/05/2023

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Air Selangor yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi di Centre Court CXD, Bangsar Trade Centre. 

Turut serta, Ketua CXD Air Selangor, Tuan Abdul Halem Mat Som.




Friday, April 9, 2021

5535) KERAJAAN DISARAN HUKUM PEMBEKAL AIR GAGAL BERI PERKHIDMATAN - WACANA - 08/04/2021

 

KUALA LUMPUR, 8 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan bertindak tegas terhadap penyedia perkhidmatan air yang gagal memberikan perkhidmatan yang baik.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata sudah terlalu kerap gangguan bekalan air berlaku khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Perkara ini mungkin dipandang remeh sesetengah pihak tetapi amat serius, air adalah asas kehidupan,” katanya.

Menurut Nadzim, perkhidmatan dan kualiti bekalan air di negeri seperti Kelantan juga telah lama diperkatakan namun tiada penyelesaian sehingga kini.

“Mungkin kerajaan boleh kenakan denda hingga jutaan ringgit baru pihak ini akan memandang serius masalah bekalan air ini,” katanya kepada Wacana.my, hari ini.

Nadzim Johan

Minggu lalu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan 30 kawasan di tiga wilayah iaitu Petaling, Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air selama 48 jam bermula 30 Mac.

Gangguan bekalan air itu adalah susulan pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan aset utama secara berjadual berdasarkan kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, gangguan air bermula pukul 9 pagi sehingga 9 malam pada 1 April.

Semakan mendapati sehingga semalam, masih ada Ibu Bapa di sekitar Kuala Lumpur mengadu tidak dapat menghantar anak ke sekolah sesi petang kerana gangguan bekalan air.


Artikel oleh: Wacana

KERAJAAN DISARAN HUKUM PEMBEKAL AIR GAGAL BERI PERKHIDMATAN

Wednesday, April 7, 2021

5531) KENYATAAN MEDIA: PENGURUSAN AIR SELANGOR BAHAN LAWAK DUNIA - SAMUDERA.MY - 06/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat kesal dengan insiden gangguan bekalan air yang berlaku sekarang.

Negara kita dikurniakan Allah SWT dengan limpahan hujan yang bukan sedikit. Namun begitu, bersama limpahan tersebut, didatangkanNya juga ujian ke atas rakyat Malaysia dalam bentuk malapetaka banjir yang melanda setiap tahun.

Air yang merupakan komoditi terpenting kehidupan manusia sering menjadi tragedi dalam kehidupan kita. Mengapa ini harus terjadi?

Isu air khususnya di Selangor masih belum ada formula penyelesaiannya yang tuntas.

Ada sahaja alasan, ada sahaja penyebab yang mengakibatkan penderitaan pengguna. Kebelakangan ini kejadian gangguan bekalan air semakin kerap dan pengguna semakin hilang sabar dengan syarikat monopoli yang menguruskan sumber air negeri.

Telah banyak pihak yang meluahkan perasaan tidak puas hati dengan mengadakan pelbagai demonstrasi dan gimik yang begitu memalukan sebuah organisasi yang dipunyai oleh kerajaan.

Mungkin kerana inilah Syabas tidak begitu mengambil serius terhadap rungutan rakyat setiap kali terdapat gangguan air. Mungkin faktor monopoli juga menjadikan organisasi ini tidak peka dengan kesan jangka panjang dan jangka pendek termasuk kesan psikologi terutama penduduk yang tinggal di rumah-rumah pangsa yang tinggi, apatah lagi jika ia melibatkan warga emas, OKU dan yang terlantar sakit.

Sudah tiba masanya semua pihak berhenti berpolitik, berpolimik serta bersandiwara dan menyegerakan penyelesaian masalah gangguan air ini secara tuntas.

PPIM berpendapat jika ini berterusan sehingga bergenerasi, suatu hari nanti konflik yang berlaku menjadikan negara kucar kacir akibat sistem pengurusan dan perancangan air yang tidak cekap.

Telah banyak agensi ditubuhkan yang kononnya untuk mengelola bekalan air ini dengan lebih cekap tetapi hakikatnya rakyat masih terkesan dengan kekerapan gangguan bekalan air.

Sepatutnya negara ini boleh menjadi model pengurusan air tercekap di dunia tetapi kita menjadi bahan lawak dunia.


Artikel oleh: Samudera.my

KENYATAAN MEDIA: PENGURUSAN AIR SELANGOR BAHAN LAWAK DUNIA


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL