Thursday, November 11, 2021

6027) SYARIKAT SWASTA TERLIBAT SINDIKET PENGAMBILAN PEKERJA ASING - SUMBERKINI - 11/11/2021

PETALING JAYA: Terdapat syarikat-syarikat swasta di Malaysia menguruskan pengambilan pekerja asing melalui sistem yang dibangunkan mereka.

Menurut kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 10 November, sistem syarikat-syarikat swasta itu turut disambung dengan sistem Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Syarikat swasta ini seolah-olah membantu kerajaaan dalam pengambilan pekerja asing ke negara kita tetapi secara amnya mengutip hasil jutaan ringgit di negara sumber pekerja asing untuk membawa masuk pekerja asing ke negara kita.

“Syarikat swasta ini berurusan dengan syarikat sindiket di negara sumber untuk mengutip bayaran RM15,000 ke RM20,000 satu pekerja untuk layak bekerja di negara kita.

“Pekerja-pekerja ini dijanjikan dengan bayaran gaji yang lumayan tetapi akhirnya menjadi mangsa  kepaa sindiket-sindiket pemerdagangan orang di negara kita,” katanya.

Menurut PPIM, pekerja-pekerja asing yang datang bekerja di sini adalah dari golongan rakyat miskin yang terdiri daripada golongan petani dan buruh biasa di negara mereka.

Tambahnya, mereka dipaksa membayar dengan nilai yang begitu tinggi semata-mata untuk datang bekerja di sini dan mereka sanggup jual tanah, rumah dan ternakan untuk membayar kos kepada sindiket-sindiket itu untuk datang ke sini.

“Ada yang sanggup berhutang semata-mata untuk membayar kos permit kerja. Harapan mereka untuk bekerja di negara kita dan menjaga keluarga mereka hancur kerana gaji yang diperolehi hanya mampu membayar hutang mereka di negara mereka.

“Syarikat swasta yang menguruskan pengambilan pekerja asing dan sindiket yang mengaut keuntungan berjutaan ringgit tetapi majikan dan pekerja asing mengalami kerugian,” jelasnya lagi.

Kenyataan ini dimaklumkan PPIM dalam sidang media anjuran PPIM untuk mendedahkan salah laku dalam pengambilan pekerja asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara pada 10 November.


Artikel oleh: Sumberkini

SYARIKAT SWASTA TERLIBAT SINDIKET PENGAMBILAN PEKERJA ASING

https://sumberkini.my/syarikat-swasta-terlibat-sindiket-pengambilan-pekerja-asing/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...