Thursday, February 28, 2019

4825) PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PERTUKARAN PENGARAH JABATAN PENGUATKUASA DBKL/KETUA PENYELARAS OPS BAH DBKL – DBKL – 28/2/19

Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah sekeras-kerasnya arahan pertukaran Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL/Ketua Penyelaras OPS BAH DBKL Tuan Azman Mahmood daripada ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air Kementerian Wilayah Persekutuan.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan turut mempersoalkan arahan pertukaran itu.
” Saya pernah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan beliau menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azman dalam menerajui Ops BAH,” katanya.



Nadzim berpendapat ada pihak yang tidak senang duduk dengan kejayaan demi kejayaan dalam menentang perbuatan aktiviti haram di Ibu Kota.
” Jika Menteri Wilayah Persekutuan sendiri memberi sokongan, siapa yang mempunyai kuasa lebih tinggi di dalam Wilayah Persekutuan untuk mengarahkan perpindahan tersebut, takkan Perdana Menteri sendiri campur tangan,” soal Nadzim.
Menurut Nadzim lagi, Azman merupakan pemimpin dan penggerak utama Ops BAH yang ditubuhkan sejak April 2014 hingga sekarang dan prestasi beliau sangatlah cemerlang.



” Tiada masalah di bahagian diterajui oleh Azman, mengapa ada yang panas punggung kecuali jika mereka tidak lagi boleh melindungi aktiviti haram di Ibu Kota ini,” katanya.
Pendapat Ketua Aktivis PPIM yang mesra dengan panggilan Toqqi itu dipersetujui oleh 30 NGO lain di Wilayah Persekutuan.
Antaranya ialah Ustaz Masridzi Bin Sat, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID MALAYSIA) dan Encik Mohd Sofi Bin Abdul Rahman (ANGKATAN HARAPAN BERSATU)
Ustaz Masridzi Sat memberitahu dia turut terkejut dengan pertukaran mengejut itu dan menganggap ada pihak yang mahu menutup perbuatan haram di Kuala Lumpur.
” Tiada sebab untuk menukarkan Azman ke bahagian lain kecuali mereka tidak berpuas hati dengan kejayaan Ops BAH membanteras aktivi haram,” katanya.



Antara kejayaan besar Ops BAH adalah menyerbu sebuah kelab malam khusus untuk golongan Gay di Ibu Kota.
” Kelab Gay itu beroperasi berpuluh tahun di Ibu Kota tanpa sebarang tindakan sehinggalah Azman dan pasukannya menyerbu premis berkenaan,” kata Nadzim.
OPS BAH merupakan kerjasama DBKL dengan 27 Agensi penguatkuasa kerajaan dan komitmen 18 NGO menjalankan kerja membanteras aktiviti haram.
Azman telah membuktikan mampu memimpin operasi OPS BAH dengan lebih cemerlang untuk membanteras aktiviti-aktiviti haram ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...