Thursday, February 18, 2016

2572) UTUSAN MALAYSIA - 18/2/16 - KAMI AKAN TERUS BERGERAK KE HADAPAN - PPIM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) masih berpegang teguh dengan pendirian mereka untuk terus membela nasib pengguna yang teraniaya walaupun me­nerima pelbagai ca­baran. 



Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya kini berada dalam keadaan serba salah terutama apabila aktivisnya sering dipanggil oleh pihak berkuasa selepas memberi bantuan kepada pengguna yang mempunyai masalah.

“Tujuan kami adalah membantu pengguna mendapatkan hak mereka semula selepas tertipu dengan pelbagai sindiket, tetapi kami pula yang sering dipanggil untuk memberikan keterangan serta ugutan.

“Kejadian seperti ini kami jadikan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat yang dilihat sebagai peringatan kepada penjenayah bahawa negara kita mempunyai undang-undang,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...