Tuesday, February 9, 2016

2546) SINAR HARIAN - 08/02/16 - JANGAN GHAIRAH MEMBELI

        Jangan ghairah membeli
Nadzim


PENGGUNA diingatkan supaya tidak terlalu ghairah mengejar jualan harga runtuh sehingga hilang pedoman dan boleh mengakibatkan mereka kerugian pada masa akan datang.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, jika sikap boros itu tidak dibendung, ia akan menyebabkan pengguna akan terus dihimpit dengan bebanan lain.

“Sebagai contoh, oleh sebab hendak kejar tawaran harga murah ketika musim tertentu seperti perayaan, lama kelamaan, terpaksa pakai kad kredit kerana tiada tunai di tangan. Bila hutang kad kredit semakin tinggi dan tidak mampu dibayar, kita sendiri yang akan merana.

“Justeru, kita kena jadi pengguna yang bijak terutama jika ia melibatkan soal perbelanjaan dan meneliti setiap barang yang hendak dibeli supaya tidak tertipu,” katanya.

Beliau berkata, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan atau promosi yang dibuat di premis perniagaan sehingga menjerat diri sendiri.



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...