Thursday, June 7, 2012

LAMAN SENARAI ADUAN TERPILIH CRTF-PPIM

ADUAN TERPILIH
Berikut adalah antara rasional yang menjadikan organisasi ini tersenarai akibat dari semua atau mana-mana satu perkara dibawah. Sebarang cadangan dari organisasi yang diadu sangat diterima dan amatlah dialu-alukan. 
.
1) Senarai aduan ini adalah bagi mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu-isu kepenggunaan semasa yang kian meruncing. Ianya bertujuan menjadi platform utama bagi mengumpul dan mengklasifikasikan aduan serta memastikan semua aduan ditangani dengan cara terbaik dan paling berkesan.

2) Respon sewajarnya dari organisasi yang diadu merupakan matlamat utama senarai ini agar para pengguna mendapat hak dan khidmat yang patut dan memadai serta adil dengan nilai yang dibayar.

3) Organisasi yang tersenarai pula merupakan organisasi yang paling banyak menerima aduan atau yang paling banyak membebankan pengguna dari segi nilai kewangan dan moral.

4) Organisasi tersebut telah gagal menunjukkan komitmennya sebagai mesra pengguna atau gagal menghormati dan meraikan hak-hak pengguna.

5) Organisasi ini telah menunjukkan kesombongan dan kebongkakannya dengan memberi respon mengecewakan atau mengambil sikap tiada peduli akan perilaku anggota atau sistem operasinya yang mengakibatkan pengguna merasa tertekan dan dikhianati.

6) Organisasi ini juga telah gagal memberi gantirugi yang setimpal dengan kecuaian sistem atau anggotanya yang dikira sebagai tidak adil dan menghina institusi kepenggunaan dan kemasyarakatan.

7) Organisasi ini merupakan sebuah organisasi yang paling lemah dalam memaparkan nilai kebertanggungjawabannya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

8) Makanya organisasi sedemikian rupa ini wajar dimasukkan ke dalam senarai ini dan membiarkan para pengguna menilai dan menterjemahkan kekecewaan yang dirasai dengan tindakan-tindakan yang perlu sebagai individu merdeka dan bermaruah.

9) Senarai ini merupakan saringan bagi penyenaraian ke kategori lebih mengecewakan, memalukan hinggalah ke tahap organisasi yang wajar dicop sebagai tidak jujur dan menipu dalam senarai Anugerah Kepala Kambing dan Consumer Blacklisting yang hanya benar-benar meletakkan pengguna sebagai penentu dan hakim kepada organisasi-organisasi curang pengguna dan tidak lagi hanya membiarkan organisasi perniagaan sahaja yang asyik menilai pengguna dengan segala bentuk senarai blacklist.

10) Harapan pengguna agar organisasi perniagaan dan kewangan mula berubah kearah yang lebih mesra dan prihatin pengguna dan meletakkan pengguna sepadan dengan keutamaan sebagai pemacu kepada ekonomi negara.
 
Sekian.
.
 "BERSAMA KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA"

CRTF-PPIM COMPLAINTS COUNCIL.
................................................................................................

Towards to be listed in :
 
and
 







No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL