Friday, June 29, 2012

ADUAN PILIHAN : SERVIS KENDERAAN PROTON



Aduan terhadap Dealer Stapak - Izwan .

Permasalahan kenderaan saya adalah berkaitan dengan kemuncullan tanda amaran seperti break tangan, disebabkan itu kereta saya akan jadi berat dan akan mengalami penggunaan minyak yang berlebihan.

Setelah rujuk buat pertama kali dengan pusat service proton yang berdekatan, mereka menyatakan tanda amaran tersebut ada kaitan dengan gearbox dan minta saya rujuk dengan HQ Proton.

Setelah pergi ke HQ Proton sebanyak 3 kali, masalah tidak dapat diselesaikan.

Rujukan yang ke -3, pihak HQ menyatakan mereka menukar barang SAT yang berkarat, so selepas ini tiada masalah lagi.

Tetapi tidak lama selepas saya ambil kereta saya semula di HQ Proton setelah ditinggalkan selama seharian untuk memperbaiki kerosakan yang ada didapati masalah tersebut masih ada.

Saya amat kecewa dengan segala service pihak  proton. Saya tidak sanggup untuk menanggung segala kos minyak atas problem tersebut dan minyak pergi balik, tol dan juga masa  untuk berulang kali membuat rujukan di HQ proton.  Saya harap pihak aduan pengguna dapat menyelesaikan masalah saya secepat mungkin.  

-RINA-

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL