Saturday, June 23, 2012

BERITA PPIM : PENGANJURAN SEMINAR PERANGI SIHIR



PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 23 JUN 2012

PETIKAN SINAR HARIAN 23 JUN 2012


SUMBER : UTUSAN ONLINE


PPIM anjur seminar perangi sihir


KUALA LUMPUR 22 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman dari 7 Julai hingga 14 Julai depan.

Penasihat Kehormatnya, Datuk Engku Ansaruddin Agus berkata, seminar tersebut diadakan bagi memberi kesedaran menyeluruh kepada masyarakat mengenai sihir dan ilmu hitam.

"Program ini anjuran bersama Perubatan Komplimentari Yashfien Herbs Sdn. Bhd. Saya dan ahli panel jemputan akan membentangkan beberapa kertas kerja bagaimana memerangi sihir pada seminar tersebut.
"Diharapkan orang ramai hadir menjadi peserta agar mereka dapat mempelajari ilmu yang berfaedah di dunia berlandaskan al-Quran dan sunah sebagai pertahanan diri tatkala menghadapi ancaman dan gangguan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Seminar Pembinaan Ketahanan Dalaman di sini hari ini. Hadir sama, setiausaha kerjanya, Datuk Nadzim Johan.

Menurutnya lagi, seminar yang diadakan di Kelab Darul Ehsan di Ampang itu adalah langkah awal dalam mendidik masyarakat agar akidah tidak mudah dipesongkan oleh segelintir manusia yang cuba menyesatkan melalui ilmu hitam.

Justeru, katanya, mereka yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi Siti menerusi 013-2893304 atau melayari http://herbs-yashfien.blogspot.com

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...