9/5/12 - KUALA LUMPUR:
Keindahan bandar raya ini semakin tercemar sejak kebelakangan ini, berikutan
sikap tidak prihatin pihak berkuasa membiar segelintir kutu rayau yang
menjadikan kawasan kaki lima dan laluan pejalan kaki sebagai tempat melepak dan
tidur hingga mencacatkan pemandangan.
Kebanyakan kutu rayau menjadi pengemis dan sering mabuk, menjadikan beberapa kawasan tumpuan ramai terutama sekitar PWTC, Sunway Putra Place, Hentian Putra, Villa Putera dan Villa Puteri di bandar raya ini, sebagai tempat mereka melepak dan tidur setiap hari siang dan malam.
Kebanyakan kutu rayau menjadi pengemis dan sering mabuk, menjadikan beberapa kawasan tumpuan ramai terutama sekitar PWTC, Sunway Putra Place, Hentian Putra, Villa Putera dan Villa Puteri di bandar raya ini, sebagai tempat mereka melepak dan tidur setiap hari siang dan malam.
Keadaan ini
menimbulkan rungutan dan rasa kurang selesa ramai warga kota yang kerap
terserempak kutu rayau berkenaan ketika berurusan di sekitar kawasan tersebut
yang banyak didiami oleh pekerja-pekerja asing yang bekerja di
kedutaan-kedutaan Negara luar. Tidakkah ini mencemarkan nama Negara?
Aktivis PPIM Dato
Nadim Johan kesal kerana sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak-pihak
berwajib namun tiada tindakan berkesan dilakukan . Sehingga kini masih ramai
kutu rayau menjadikan kaki lima jalan dan lorong pejalan kaki sekitar kawasan
ini sebagai tempat mereka melepak melepaskan gian dan tidur tidak kira waktu.
Perkara ini amat menyakitkan mata.
"Masalahnya beberapa kutu rayau yang sering mabuk tidak mampu mengawal diri dan menjadikan laluan pejalan kaki sekitar kawasan ini sebagai tempat tidur, malah ada yang muntah di kaki lima akibat terlalu banyak menghidu gam.
"Keadaan ini pasti menyusahkan orang lain terutama pekerja bandaraya dan pekerja premis berdekatan yang terpaksa membersihkan kotoran yang berselerak di situ" katanya.
No comments:
Post a Comment