Monday, May 23, 2011

PENGUMUMAN TERKINI ISU PURATOS...APA KATA ANDA?


ASSALAMUALAIKUM WBT...

Terkini, kami mendapat maklumat bahawa Puratos mendapat bekalan daripada Fonterra. Yang dipersalahkan hanyalah mangsa (seperti PURATOS). Hakikatnya, lebih banyak pihak yang perlu bertanggungjawab.

Pihak berkuasa perlu mempunyai sistem yang lebih sempurna dan menyeluruh.

Kami minta pendapat para pelayar untuk memberikan pendapat....

35 comments:

Bicara Legal said...

Assalamualaikum,

tuan admin, saya musykil kenapa kenyataan tuan admin menyalahkan pihak berkuasa? Seharusnya ini tidak berlaku kerana blog ini menjadi rujukan ramai kaum muslimin & muslimat di Malaysia.

Bukankah Puratos juga perlu sama-sama bertanggungjawab dalam isu ini?

Mohon diberikan link mengenai kaitan isu ini dengan Fonterra.

Kenapakah ruangkan komen di artikel nama Secret Recipe tadi telah "disabled"? Ramai yang ingin membaca komen-komen yang telah diberikan oleh rakan2.

Mohon diperjelaskan agar tidak ada sebarang kekeliruan.


My 2 cents.

Bicara Legal said...

Assalamualaikum,

bukankah seharusnya kita berterima kasih kerana JAKIM dapat mengenalpasti & menyebarkan isu mengenai produk Puratos ini?

Sekiranya JAKIM tidak berperaan, sekiranya JAKIM tidak efektif, sekiranya JAKIK tidak membuat pengumuman mengenai status halal sesebuah produk yang dipohon sijil halalnya, maka kita semua juga tidak akan tahu mengenai kedudukan halal haram makanan-makanan yang terlibat.

my 2 cents

Unknown said...

"kami mendapat maklumat bahawa Puratos mendapat bekalan daripada Fonterra"

Jika tuan Admin boleh tunjukkan maklumat rujukan atau link tentang perkara ini, kami amat berterima kasih.

Unknown said...

Pendapat saya, Puratos sebagai pembekal juga harus dipersalahkan kerana cuai dan menyebabkan ramai umat Islam teraniaya. =(

anastasyea's latest post .. Kotak Hantaran Perkahwinan | Putih Silver Tema Pilihan?

nasri said...
This comment has been removed by the author.
nasri said...

admin, sila rujuk link ini..

Statement dr SR

sy hanya menyampaikan..wallahu alam..

visit me: Nasri

abah said...

tuan punya blog x siasat dulu sblm nak post..kan x psl2 jd fitnah..tt x pandai guna search direktori halal dlm website jakim ke hehe...

abah said...

nama blog islam..tuan blog harus membetulkan balik psl kes secret recipe tu..malu le nama islam tp x cerdik it haha

ct_nuraini said...

Astaghfirullahalazim! Maklumat ni betul ke? Kami sekeluarga minum susu Anlene. Kenapa JAKIM tak beri apa2 komen lanjut pasal kes ni?

Anonymous said...

jangan sibuk nak salahkan orang je, salahkan sendiri plak.

lain kali buat researh dulu sebelum buat entry, jangan nak fitnah orang.

Tengku Azmi said...

Saya berpendapat bahawa masih belum terlambat bagi PPIM memperbetulkan keaadaan berdasarkan penerangan dalam laman facebook Secret
Recipe
. Sebagai muslim, jika bersalah kena minta maaf - itu adalah peribadi mulia. Tambahan pula ia telah menjejaskan perniagaan orang lain!

Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran - pastikan maklumat tepat sebelum disiarkan. Perlu diingatkan, laman blog PPIM mempunyai ramai pengikut, jangan mewujudkan kegusaran yang tidak perlu.

Dapatkan berita terkini di www.alhusna.info. Sekian.

singers78 said...

Tak salah kalau PPIM mengaku akan kesilapan berkenaan isu 'Secret Recipe'... org ramai akan lebih hormat malah lebih mengikuti perkembangan isu halal haram di blog PPIM... diharapkan isu ini tidak didiamkkan begitu sahaja...
Diharapkan di masa hadapan, PPIM akan lebih berhati2 dlm mengeluarkan khabar berita... jgn terlalu mudah mempercayai cakap2 orang, chain e-mail, etc... siasat dahulu asal berita... tuduhan perkara ini sgt berat krn produk2 spt 'Secret Recipe', 'Fonterra' yg mendapat pengiktirafan Halal dari JAKIM digunakan secara berleluasa oleh seluruh muslim di malaysia... majoriti pekerja restoran 'Secret Recipe' juga umat Islam dan begitu juga pekerja2 sykt 'Fonterra'...
Jgn kelirukan pengguna, bayangkan dah berapa juta anak2 umat Islam malaysia yg dah minum susu Anmum, Anlene, Fernleaf dll... kalau betul Haram, cakap Haram... ia dpt memberi iktibar kpd semua termasuk pihak berkuasa....

Cikgu said...

sebelum ni PPIM libatkan Secret Recipe.. Sekarang ni libatkan Fonterra.. Sebelum keluarkan apa2 statement sila check betul2.. isu ni x boleh main2.. lepas ni ntah syarikat mana plak yang kena.. Cikgu cakap jangan bohong.. jangan buat fitnah... berdosa..

UMMI said...

assalamuálaikum wbt Utk semua ahli / pengurusan/ dan yg terlibat dgn PPIM. terlebih dahulu sy mengucapkan jutaan terima kasih atas usaha tidak putus2 pihak PPIM dalam menangani banyak isu terutama dalam bab isu makanan halal & haram.

Sy sebagai pengguna dan rakyat Malaysia sebanarnya sangat perlu akan badan pemantauan seperti ini, yg membantu kami untuk sentiada berhati2 dan berjaga2 dalam memilih makanan.

selama ini sy hanya pembaca dan jarang bersuara, cuma setelah bbrp kali sy perhatikan, sy rasa patut sy tampil memberi pendapat yg tidak seberapanya ini, harap ia dapat menjadikan kita agar bersama2 dan bersatu serta melakukan perkara ini dgn lebih sistematik....

isu dna babi, atau unsur babi dlm makanan sangat banyak dan sungguh mengelirukan, ada yg benar, ada yg samar ada yg fitnah. Antara ketiga2 ini, yg benar sangatlah mendukacitakan dan mengainyai pengguna, manakala yg samar dan fitnah, juga menyusahkan pengguna tapi dlm masa yg sama mengainayai peniaga.

kalau ikutkan isu ini. saya rasa bukan setakat sumber dari puratos atau Fonterra yg ada unsur babikan, sewaktu sy terima you tube yg mengatakan TEPUNG ADA UNSUR BABI yg dikemukankan oleh PPIM...

itu sudah meletakkan bahawa - SEMUA JENIS PRODUK MAKANAN BERTEPUNG BOLEH JATUH HARAM SEBAB ADA UNSUR BABI?... jadi yg ini bagaimana?

saya tidak membela sesiapa, siapa benar, maka sampai kiamat pun tetap benar.

Apa yg sy harap dan boleh dilakukan oleh pihak Tuan ialah, mengkaji dan menganalisa sumber dan bahan berita sebelum menekan butang send dlm blog/web. asbab bila ia telah diwar2kan, kemudian didapati fakta yg tidak benar, berita yg samar, sumber diragui, dll.. ia hanya menghancurkan kredebiliti organisasi pihak PPIM sendiri. Ia hanya akan menyebabkan kemampuan PPIM menyalurkan maklumat, diragui, tidak dihormati, mudah diperlekeh, dipandang serong dan sukar untuk membaiki yg rosak walhal boleh diselamatkan dari awal.

Justeru sy minta dengan segala hormatnya. pihak PPIM. merombak semula cara mendapatkan sumber dan maklumat. mungkin dgn beberapa cara,

1. lantik org2 yg betul2 mampu melaksanakan tugas memantau (setahu sy PPIM ada sukarelawannyakan)
tapi kali ini, biarlah yg berusaha itu dengan penuh tanggunjawab, bijak, tahu dan faham apa yg sebenarnya diperlukan.

2. semak kesahihan sumber berita, info. jika perlu berhubung dgn pihak terbabit rasanya itu lebih baik, dapatkan maklumat dari dua2 pihak, pendakwa dan yg didakwa.. macam kat mahkamah, mana leh jatuh hukum dengar kata sebelah pihak je.

3. Dapatkan kerjasama seramai mungkin ahli agama/ ustaz/ mufti dll agar mereka juga bersama2 memberikan pandangan dari segi syara'

4. minta kerjasama dgn badan2 kerajaan dan NGO lain yg mungkin ada kemampuan mengesan sumber DNA/ unsur babi agar membantu, sebab memang kos tinggi jadi, kalau mereka boleh bekerjasama itu suatu bonus.

banyak lagi, sy rasa tuan2 semua lebih tahu dari saya.
saya ucapkan agar PPIM terus berusaha dan memperbaiki sedikit kelemahan yg akhirnya akan memantapkan dan mengangkat PPIM sebagai badan sumber rujukkan yg boleh dipecayai kredebilitinya dan akan menjadi tersohor Insya'Allah...

abahhfiy said...

Kita juga jangan lupa kerana beberapa pasaraya besar dimalaysia juga menggunakan jenam puratos didalam produk pembuatan mereka sendir terutama dibahagian roti dan kek...pemantauan juga harus dilakukan ke atas mereka

azwandengkil said...

Jika artikel ttg Secret Recipe itu tidak benar PPIM seharusnya mengeluarkan satu artikel memohon maaf atas kesilapan itu.

what3v3r said...

ada satu perkara yg menjadi tanda tanya dan meragukan.... biar sy rujuk dlm entri admin sebelum ni

"Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut."

bukan kah kenyataan jakim ini merujuk kepada 2 jenis produk yg PERMOHONANNYA tidak berjaya?? dan merujuk kepada item no 8.TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE dan no 9.TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE, kenapa nama produk berbeza dr kenyataan yg dikeluarkan HALAL JAKIM??

saya berasa sangsi dgn cara admin mengunakan search directory HALAL JAKIM. link yg disertakan pihak admin adalah "link: http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe". kenapa keyword yg digunakan adalah "directory&type=P&cari=secret%20recipe" terus merujuk kepada SECRET RECIPE sedangkan kenyataan yg dikeluarkan adalah "Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )", kenapa tidak menggunakan keyword "PURATOS"?? adakah pihak admin cuma kenal bakery shop yg bernama secret recipe?? bagaimana dgn king's, bakers cottage, cake sense, high 5, gardenia dan lain2 lg....

lastly, bukankah direktori HALAL JAKIM itu cuma merujuk kepada produk² yg telah diluluskan permohonan dan mempunyai sijil/cop halal. so kenapa item no8 dan no9 tu yg dikatakan tidak halal berada dalam direktori halal jakim dan jg mempunyai tarikh sah halal?? apakata pihak admin cuba letak keyword CARLSBERG.ada tidak produk2 CARLSBERG keluar dlm direktori tersebut??

saya bukan nak tunjuk pandai tp jika admin nak menyampaikan sesuatu yg berguna tuk pengguna² islam kena la perlu selidiki sepenuhnya supaya kredibiliti PPIM sebagai penyebar maklumat berguna dipandang tinggi.diharap pihak admin dpt memperjelaskan ttg isu ini sebelum ada yg mengatakan berita ini fitnah.sahabat sy jg ada memberitahu, imam di masjid berhampiran rumah beliau sdh menceritakan ttg isu ini kpada jemaah2 yg lain. saya xboleh nak bayangkan jika ceramah yg imam tersebut sampaikan adalah fitnah jika pihak admin tersilap menyampaikan maklumat. sekian terima kasih.

a mi parecer said...
This comment has been removed by the author.
a mi parecer said...

My close family works at Puratos. The premise was attacked by people( which the guard has conform look like Malay-Muslim) by Molotov cocktail( home-made glass bottle & gasoline bomb). So it's true then, Islam is a religion of terror?

Puteri OMZA said...

Minta diberi penjelasan dengan sebenar-benarnya. Dapatkan segala bukti dan maklumat yang sahih mengenai isu ini. Perkara ini rasanya akan lebih mengelirukan semua pihak yang membaca termasuk saya. Statement yang dikeluarkan pastikan dapat meyakinkan para pembaca dan tidak ada lagi keraguan yang timbul. Saya sendiri keliru sama ada mahu mempercayainya atau tidak kerana Secret Recipe menafikannya di laman facebook mereka.

Honda Civic said...

Salam,

Saya harap Secret Recipe Cakes & Cafe dapat mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis blog ini kerana memfitnah Secret Recipe Cakes & Cafe.

Wallahualam.

Wan Azmi said...
This comment has been removed by the author.
MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Salam semua,

Apa lah yg akan jadi pada BANGSA AKU MELAYU....

Mungkin kesilapan yg dilakukan oleh kakitangan PPIM sama ada sengaja atau tidak itu WALLAH-Hu-Aklam, tapi aku yakin kakitangan berikut berniat Ikhlas untuk memberitahu pada pengguna ISLAM, cuma mungkin tersilap atau sebaliknya.

Tapi kita lihat disini betapa HINA nya bangsa aku bilamana BANGSA sendiri membuat sedikit kesilapan serta betapa BANGSATnya BANGSA AKU MELAYU membela NON-MUSLIM yg tak pernah SOLAT dan TIADA bacaan kalimah ALLAH dalam diri PENGUSAHA NON-MUSLIM dibela secara terus terusan oleh BANGSA AKU MELAYU yg mengaku ISLAM.

Apakah kita akan berasa berpuas hati sekiranya PERSATUAN ISLAM ini runtuh dan binasa kerana satu kesilapan.....

Sedarkah kita bahawa keruntuhan ISLAM ini datangnya dari UMAT NYA SENDIRI.

Berdirinya kita bersolat 5 waktu sehari dan sujud nya kita pada yg MAHA KUASA ALLAH setiap waktu secara taat tidak dapat kita BERFIKIR secara waras sebagaimana kewarasn otak kita.

Tak dapat kah kita lihat bagaimana SI KAFIR yg di LAKHNAT ini menginaya dan menghina kita secara terus terusan dan mencemari MAKANAN yg kita MAKAN setiap hari.

Sedar kah kita SYUBAHAH yg kita masukkan kedalam mulut saban hari merosakkan DOA kita.

MALU, JIJIK, HINA dan BANGSATNYA bangsa ku ini.

Sanggup MEMBELA dan menegakkan bangsa NON-MUSLIM terus menerus demi DUNIAWI....

INSYALLAH KITA TUNGGU LAH BALA DARI ALLAH KELAK.....

YA ALLAH YA TUHAN KU.
AKU BAGI PIHAK BANGSA AKU MELAYU ISLAM.
MEMOHON dan MERAYU PADA MU YA-ALLAH YA-ALLAH YA-ALLAH....... SEDARKAN AKU DAN JUGA BANGSA AKU INI.

Wan Azmi said...

Produk Puratos yang kena - Whole egg powder dan whole milk powder yang difahamkan diambil dari Fonterrra. Soalannya adakah produk-produk lain dari Puratos saperti muffin mix, chocolate moist dan sebagainya dianggap ada dna itu. Kenapa Jakim bila keluar statement ari tu tidak nyatakan syarikat yang berkaitan. Patutnya, dengan jelas apa produk yang "TERKENA". Ini tidak terus cakap semuanya kena samak dengan pantaun JAKIM atau Pejabat Agama. Berapa banyak kedai yang kena samak - domino effects. Pemgumuman hendak jelas. Siar dalam akhbar semua orang Islam tidak terjebak.

Jaja Alis said...

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya pendapat saya ini menyinggung mana-mana pihak. Apa yang boleh saya jelaskan disini mengenai isu ini:

1. Puratos Malaysia Sdn. Bhd. telah mendapat pengiktafan sijil halal daripada JAKIM selama 9 tahun, iaitu sejak tahun 2002.

2. Sejak itu jugalah bahan mentah/ramuan (whole egg powder & whole milk powder) telah digunakan dalam menghasilkan sesetengah produk adalah daripada jenama dan pembekal yang sama.

3. Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua bahan mentah/ramuan tersebut mempunyai sijil halal yang telah diiktiraf ole JAKIM.

Sekali lagi saya memohon maaf, sekiranya ada pihak yang tersinggung. Saya tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan penuh komited.

kurosaki ichigo said...

wan azmi betul.. jgn kaitkan semua org.. sila buat research dahulu sblm wat kenyataan..

Wan Azmi said...

alam untuk semua. Minta Jakim atau PPIM tolong selidik and sebar. (Minta maaf kalau salah - ini yang saya faham). DNA tu yang dijumpai oleh pihak Jakim adalah didalam raw material Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang dibeli oleh Puratos dari Company lain (Fonterra dan satu lagi lupa). Dua raw material ini digunakan oleh Puratos untuk mengeluarkan dua (2) produk mereka iaitu 1. Talento Brownie Concentrate Secret recipe dan 2) Talento Cake Concentrate Secret Recipe. (ini perlu disahihkan dulu, betul ke statement saya ini - atau juga digunakan sebagai ramuan untuk produk lain saperti Tegral Chocolate Moist, Tegral Muffin dan sebagainya). Saya lihat Puratos ada 221 senarai produk yang diberi sahkan Halal oleh Jakim. Adakah kesemua 221 produk lines tu sekarang sudah tidak halal? atau hanya dua produk tadi je. Sila pergi ke http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory

Banyak impak kalau kesemua 221 senarai puratos sekarang di sahkan tidak halal. banyak product Puratos yang kat supermarket dan sebagainya. Can somebody please hurry to verify this.Buat apa dok blame sana sini. Puratos, Jakim dan PPIM tolonglah bagi senarai.

Saya melihat statement dari Puratos dan mengatakan yang bahan-bahan tersebut telah dimusnah - termasuk juga "all related Products". A SAMAK was done by JAIS. Apa itu all related products? Please list

Jaja Alis said...

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada Wan Azmi. Namun, di sini ada sedikit pembetulan, kedua-dua ingredient tersebut langsung tiada perkaitan dengan Talento Cake Concentrate Secret Recipe dan Talento Brownie Concentrate Secret Recipe. Daripada apa yang saya tahu, ingredient tersebut tidak digunakan dalam semua produk keluaran mereka, hanya beberapa produk sahaja.

Produk yang dikeluarkan oleh Puratos Malaysia Sdn. Bhd. merupakan produk kering. Seperti kebanyakan proses di kilang-kilang lain, mesin akan dibersihkan terlebih dahulu secara kering (menggunakan air blower) setiap kali bertukar batch. Dan, daripada pemahaman islam saya yang cetek ini, apabila kering bertemu kering, ia tidak mendatangkan masalah. (contohnya: jika kita tersentuh anjing dalam keadaan kering, iaitu kulit kita juga bulu anjing kering, kita tidak perlu melakukan samak). Maaf jika kenyataan saya ini salah dan minta diperbetulkan. Kesimpulannya adalah walau pun produk2 ini dijalankan dalam mesin yang sama, ianya tidak mendatangkan kontaminasi.

Walaubagaimanapun, kerana komitmen mereka terhadap pengeluaran produk halal, mereka tetap juga menjalankan aktiviti samak bagi semua equipment yang digunakan dan dipantau oleh pihak JAWI.

john said...

Assalamualaikum,

Cuma nk prbetolkn cket ttg 'kering btemu kering tidak mndtgkn kontaminasi'. Jika bkenaan anjing mmg benar ttp klu bkaitan dgn babi sudah jelas dlm sunah & quran haram keseluruhan babi itu krn keseluruhan tubuh babi penuh dgn bakteria, kuman & enzim2 yg blh mmbahayakn manusia. Maaf kerna tidak mlampirkn url ref ttp semua drpd ceramah & penulisan yg sy pernah baca brkaitan isu babi & anjing mnyatakn perkara yg sama.

Seperkara lg, sy rasa sume kita di blog ini bragama islam (mungkin ada sgelintir non-muslim yg mnyampuk or myamar), cuba renung sejenak apa yg tlah blaku ni. Kaum lain di malaysia saling mmbantu 1 sama lain x kira apa, tp kita? jgn cepat mgutuk & sbgainya, ada juga hikmah di sebalik sume ni. prnah x sblum ini kita trfikir lebih mndalam ttg isu halal haram ini..? Lihat pd positifnya. Klu betul ada salah info, kita tidak patut secara terang terangan mgata sesama sndiri. Tidakkh saudara skalian tahu apa yg sedang blaku di belakang kita? Kristian agama rasmi contohnya.. Cube fikir apa yg sedang blaku. Sy yakin jika begini sikap kita, jika seluruh bangsa non muslim di malaysia bersatu dlm Pilihan Raya, nescaya kita yg akn mjadi minoriti, krn apa? krn kita bpecah belah. Sedar la wahai saudara2 ku. Bsyukur la ada juga blogger yg mgambil berat dlm perihal halal haram kita. Dimana ada salah, di perbetulkn.
Harap maaf jika ada kata yg kasar atau mguris.

"Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Benarkah? Fikir-fikirkn

najib said...

Salam.

1. Saya cadangkan PPIM perlu siasat secara teliti sebelum buat link kemana2 produk....

2. orang ISLAM wajib lebih teliti dalam bab makanan ...jgn main hemtam saja..janji sedap .

waallahualam.

pink tulip said...

"Tapi kita lihat disini betapa HINA nya bangsa aku bilamana BANGSA sendiri membuat sedikit kesilapan serta betapa BANGSATnya BANGSA AKU MELAYU membela NON-MUSLIM yg tak pernah SOLAT dan TIADA bacaan kalimah ALLAH dalam diri PENGUSAHA NON-MUSLIM dibela secara terus terusan oleh BANGSA AKU MELAYU yg mengaku ISLAM."

kpd En. MUSTAFFA HJ OTHMAN, Kenyataan anda seperti mengakui pihak anda ada melakukan sedikit kesilapan. Jika ya anda sedar ada kesilapan, sila buat permohonan maaf. Kami bukanlah menyokong non-muslim membuta tuli tetapi dalam hal perniagaan dan perundangan semua bangsa dan agama ada hak yang sama. Isu menyokong non-muslim yg tak solat tu tak timbul pun. Saya menyokong secret recipe bukan kerana agamanya tapi saya rasa ada unsur fitnah disini. Pengguna muslim seperti saya cuma tak bersetuju bila ada unsur2 fitnah yang menganiaya peniaga lain. Adakah Islam membenarkan kita memfitnah bangsa lain?

umar said...

salam saudara mustafa othman

adakah kerana mereka tidak solat dan tidak beriman kpd Allah bermakna kita boleh sesuka hati membuat fitnah kpd mereka?

PPIM lain kali verify dulu link/chain email dsb.ramai melayu islam ni hasad dengki apabila produk bukan islam menjadi pilihan.ini adalah kerana mereka lebih berketerampilan dalam memasarkan produk mereka hatta menjual kek sekalipun (Secret recipe).

tak salah PPIM minta maaf kpd pihak terbabit. saya hampir bergaduh dengan isteri kerana artikel tak bertanggungjawab ini.tolongla, jadi gentleman.

jgn bikin malu Islam lah tuduh tanpa usul periksa

Nawwar said...

As'kum wrh..

Terima kasih atas penemuan pihak JAKIM dan keprihatinan PPIM..
Cuma imho, pelaksanaan perlu hingga ke akar umbi..
Maksud saya ialah minta jasa baik pihak PPIM menggesa JAKIM agar menyenaraikan semua pelanggan yg menggunakan produk keluaran mereka.Ini adalah kerana ia berkesinambungan sebagai contoh tepung dari PURATOS diisytiharkan tidak halal, tapi ada quote yg menggariskan semua syarikat yg menggunakan tepung dari syarikat tsb berhenti menggunakannya dan melaksanakan proses samak.
Keadaan ini mewujudkan kecelaruan dalam masyarakat kerana masyarakat tidak diberikan maklumat tepat dan telus tentang syarikat yg menjadi pengguna tepung PURATOS itu..

Alasan mendedahkan nama syarikat pembeli itu merupakan hakmilik syarikat dan private tidak dapat diterima..Contoh lah kan, sebenarnya, katakanlah masuk ke dapur dan kilang atau tempat pemprosesan adalah juga private dan milik sayarikat yg tak boleh dilanggar.

So, cadangan saya yg utama ialah
jadikan syarat pemberian sijil Halal JAKIM ;

PENYENARAIAN SEMUA PEMBELI PRODUK SYARIKAT TERBABIT..

Sekian, diharap mendapat tindakan susulan...

Taukeleh said...

Salam.

@Nawwar : mmg betul pihak Jakim belum senaraikan lg syarikat2 yg gunakan tepung whole egg dan whole milk tu. kalaulah pihak Jakim senarikan kat dlm website dorang, senang kita dpt tau.

Persoalan pulak, sape yg sebenarnya yg dipersalahkan dlm hal dna babi ini?

@a mi parecer : pasti ke yg perbuatan tu ada mengena dgn kes puratos ada dna babi dan bukan sbb2 lain?

Unknown said...

Assalamulaikum,
Walauapa apa pun komen yang telah di berikan saya berpendapat bahawa sebagai seorang Islam, kita semestinya mementingkan maklumat yang benar serta tepat sebelum di wawarkan kepada sesiapa. Kepada moderator saya, sebagai orang islam kita perlu meminta maaf atas kesilapan kita mengabikan dan melakukan fitnah. Ingatlah setiap aib dan fitnah yang di keluarkan akan di balas oleh Allah sewajarnya. Ambil peringatan, agar kita hanya memberitahu maklumat yang benar kerana setiap sesoranng yang mengforward, memaparkan dalam facebook dan blog tanpa usul periksa akan bersubahat dengan dosa fitnah yang di keluarkan. Komen ini untuk peringatan saya dan juga semua yang membaca. Diharap kita mula menulis dan memforward dengan ilmu dan bukan perasaan semata mata.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...