Friday, May 27, 2011

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) MENYERU KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) SERTA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) AGAR MEMBERI PERHATIAN YANG SERIUS ORANG MELAYU YANG LAHIR DI MALAYSIA SERTA TERBUKTI MEREKA ADALAH ANAK TEMPATAN TETAPI TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN KELAHIRAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU DIBERIKAN TARAF WARGANEGARA



KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) MENYERU KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) SERTA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN) AGAR MEMBERI PERHATIAN YANG SERIUS ORANG MELAYU YANG LAHIR DI MALAYSIA SERTA TERBUKTI MEREKA ADALAH ANAK TEMPATAN TETAPI TIDAK MEMPUNYAI DOKUMEN KELAHIRAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU DIBERIKAN TARAF WARGANEGARA


To All Editors                                                                           27hb Mei 2011


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan mana-mana individu yang layak serta terbukti kesetiaannya kepada Negara untuk diberi taraf warganegara seterusnya mempermudahkan mereka ini mendaftar dan mendapatkan kad pengenalan Malaysia (MYKAD).

Pendekatan sebegini serta tindakan proaktif dari JPN dan KDN dalam mengenalpasti individu-individu sebegini dapat membantu pihak terbabit agar tidak rasa terpinggir serta mudah untuk mereka berurusan seharian serta dapat mengelak sebarang masalah yang tidak diingini dari berlaku.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh PPIM rentetan dari aduan yang diterima oleh biro aduan PPIM berkaitan dengan aduan yang diterima dari Puan Seadah Binti Mohamad Sharif yang ingin mendaftarkan anak angkatnya bernama Nurazureen dan Ina yang telah ditinggalkan oleh kedua ibu bapanya kepada Puan Seadah pada tahun 1994 tanpa sebarang pengenalan diri. Puan Seadah telah berusaha sedaya mungkin dan memenuhi segala kriteria yang diperlukan oleh JPN demi untuk memastikan anak ini mempunyai sijil kelahiran dan kad pengenalan. Tetapi sehingga ini beliau telah menemui jalan buntu.

Kesan dari ketiadaan pengenalan diri ini menyukarkan Nurazureen yang kini berusia 22 tahun dan Ina 7 tahun untuk bersekolah dan menimba ilmu seperti kanak-kanak lain. Dan kemungkinan semakin gelaplah masa depan anak-anak ini sekiranya  Puan Seadah sudah tiada lagi.

Justeru itu, PPIM menyeru pihak kerajaan serta mereka yang berkuasa dapat mengambil tindakan segera ke atas kes-kes terpencil sebegini agar rakyat negara ini yang sebenar mendapat haknya selaku warganegara serta tidak rasa terabai dan dipinggirkan.[END]

1 comment:

mohd raffi said...

Negara makin maju, x sangka masih ade lagi rakyat Malaysia yang x dpt dokumen pengenalan diri @ negara sendiri..sedihnya ooh malaysia..

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...