Saturday, February 19, 2011

LAMAN WEB DAKWA TEMUI RESIPI COCA COLA


(SUMBER : AKHBAR KOSMO 15 FEBRUARI 2011)


http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe/recipe

PPIM : Kita tunggu apa komen pengurusan Coca Cola Malaysia yang mempunyai kilang yang sedang dibina bernilai RM 1 juta di Nilai, Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KilangCoca-Colamulaoperasitahundepan/Article 

23 comments:

Unknown said...

Sungguh tak di sangka salah satu ramuan dlm minuman ini adalh alkohol,dan tdpt ramai masyarakat islam yg telah meminum minuman ini tanpa mrk sedar bahan2 yg tdpt dlm ramuan nya,harap lps ni org islam tidak lg meminumnya demi kesejahteraan diri mrk sendiri.....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

sedikit info yg dpt dikongsi: mengenai keburukan air coke
rujuk di laman web; http://www.carigold.com

miss said...

haaa??ada alkohol..giler aaaa

mutiara hati said...

Hm....tak sangka, kandungan yg sangt memudaratkan.....

hijau said...

sbnrnya dh lame org kate air coke ni xleh mnum sbab x baik u kshatan..tp xtaula nape kerajaan still benarkan..

hijau said...

tmbhan plak air ni yahudi yg buat..PPIM pn dh boikot...

durar said...

antara salah satu cara yahudi nak jatuhkn umat Islam...

administrator said...

Saya juga ingin menarik perhatian rakan-rakan mengenai isu shisha yang dibangkitkan dengan lebih tegas baru-baru ini.

Sebenarnya, kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu) menunjukkan bahawa menghisap shisha adalah jauh lebih berbahaya daripada menghisap rokok.

Realitinya adalah shisha 400 kali ganda lebih berbahaya daripada rokok.

Ini kerana shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar yang kepekatannya lebih tinggi berbanding dengan rokok.

Kajian juga menunjukkan bahawa satu ‘pusingan’ menghisap shisha bersamaan dengan menghisap sekotak rokok!

Jangan pula selepas ini, ada yang mendakwa bahawa menghisap shisha adalah sunnah Rasulullah SAW.

Usahlah kita menyangka bahawa hanya kerana sesuatu tabiat ataupun amalan itu datang dari Tanah Arab, maka ia secara automatik adalah sunnah Rasulullah SAW. Bukan itu hakikatnya.

Kekeliruan ini samalah juga dengan kekeliruan di kalangan umat Islam Malaysia yang menyangka bahawa semua muzik yang berbunyi Arab adalah nasyid.

Moga kita tidak terus terkeliru dan moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk mencontohi serba sedikit sunnah Rasulullah SAW, menurut kemampuan masing-masing.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Akubas86 said...

Salam,

Masalah dengan semangat journalisma Malaysia adalah sikap utk tidak menyelidik berita sebenar disebalik sumber berita yang diperolehi. Manakala, masalah dengan rakyat Malaysia adalah berfikir dengan emosi dan menerima bulat2 idea sebarang penulis.

Pertamanya, sekiranya rakyat Malaysia ingin boikot Coke, alasan ramuan yg diragui mengandungi alkohol daripada sumber yang 'kononnya' telah mengetahui 'resipi' sebenar bukanlah panduan yg rasional. Ini kerana berita ini kemungkinan besar sekadar hoax. Boikot dgn gunakan alasan mudarat kepada kesihatan adalah jauh lebih berasas.

Keduanya, resipi coke adalah trade secret. Trade secret adalah komponen penting bagi industri yang terbina pada kurun ke-19.

Berita ini adalah bersumberkan dari berita asal yg terpapar pada tahun 1979.

Asalnya, penerbit syarikat radio 'The American Life' menemui resipi ini ketika membelek akhbar tempatan 'Atlanta Journal Constitution'. Penerbit ini kemudiannya mendakwa ini adalah hasil tulis tangan John Pemberton iaitu pengasas kepada coca-cola. Ini adalah berasaskan kepada tulisan pada gambar buku nota yg terdapat pada akhbar tersebut.

Walaubagaimanapun, penulis asal artikel pada tahun 1979 Charles Salter mendakwa sumber artikel beliau adalah dari rujukan beliau dengan seorang ahli farmasi. Ahli farmasi ini kononnya adalah rakan kepada Pemberton yg telah menulis resipi itu pada buku tersebut dan telah diserahkan turun-temurun.

Terdapat ...... masalah pada sumber kisah ini.

Pertama, John Pemberton mati pada tahun 1888 pada usia 57 tahun. Beliau adalah veteran perang. Dengan mengandaikan rakan-rakan kepada Pemberton adalah sekitar pada usia tersebut, maka rakan Pemberton yang dimaksudkan pada tahun 1979 adalah berusia sekitar +/- 1XX. Usia yg panjang adalah berlawanan dengan senario pada zaman itu.

Minuman kegemaran di US pada ketika itu ialah Vin Mariani. Coke adalah pencabar kepada Vin. Coke pada asalnya adalah minuman campuran 'cocaine' dan 'wine'.

Pembedahan tanpa steril sesudah perang dan golongan orang yg ketagihan dadah adalah diragui untuk hidup lebih 100 tahun.

Keduanya, seperti yg telah saya jelaskan, 'trade secret' adalah komponen penting bagi industri seawal kurun ke-19 lagi. Perniagaan coke pada asalnya diusahakan oleh Pemberton dijual di farmasinya secara kecil-kecilan. Associate kepada Pemberton adalah Frank Mason Robinson. Jualan terbesar yg dicapai oleh Pemberton hanyalah sebanyak 1049 gallon iaitu sekitar 3000-4000 liter. Beliau kemudiannya menjual resipi coke kepada Asa G Candler pada tahun 1888.

Asa G Candler menguruskan perniagaan coca-cola tidak lagi secara persendirian, tetapi melalui pegangan bersama. Tiada tampuk tunggal pada coke ketika ini.

Frank Mason, rakan awal Pemberton turut memegang tampuk penting di syarikat coke selepas Candler membeli resipi coke ini. Frank Mason kemudian bersara pada 1914 dan mati pada 1923 sebagai salah seorang pengarah coke.

Bermulanya era Candler resipi coke telah diubah beberapa kali bagi memperbaiki rasa, tempoh hayat dan jaminan yg hanya coke memiliki resipi unik. Ini kerana Candler risau yg resipi coke telah diketahui ramai. Coke kini dijual sebagai soft drink instead of medicine.

Ini adalah kronologi yg penting untuk diketahui, kerana walaupun Candler lazim kepada urusan paten (beliau penghasil ubatan dari paten). Beliau tidak paten kan resipi coke. Ini adalah agar tidak ada orang mampu menghasilkan malahan minuman generik coke.

Persoalan yang penting yg harus dijawab oleh itu, adalah, apakah rupa bentuk trade secret ini. Hakikatnya, telah didedahkan di sebelum ini. Resipi coke disimpan di bilik kebal Suntrust Bank. Ini bukanlah sesuatu yg meragukan memandangkan Suntrust mempunyai hubungan yg akrab dengan syarikat coke.

staff said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

tq ngan info tentang resipi coca cola ni...diharap agar umat Islam berwaspada....

Unknown said...

dulu masa sekolah selalu tengok students2 minum coca cola campur ubat batuk/panadol..dasyat betul..gaya macam budak dadah..

staff said...
This comment has been removed by the author.
hijau said...

btl ke bdk sek. awk mcm 2 ukhti...ish2 apela faedah diaorang wat mcm 2..aah btl kt staff byk lg air yg lg bess..bkn sdap mne pun air coke..sdap lg air tebu..emm sdapnye..

administrator said...

Ya, benar, staff. Kalau dapat, belilah daripada peniaga Islam. Ekonomi umat Islam tidak akan bertambah kukuh apabila umat Islam sendiri tidak menyokongnya.

Pada masa yang sama, peniaga Islam diingatkan supaya tidak mengambil mudah isu kualiti dan sentiasa memberikan yang terbaik dari segala segi (termasuk produk, layanan, harga dan sebagainya) kepada semua pelanggan, tidak kiralah sama ada pelanggan itu Islam ataupun bukan Islam.

Terdapat ramai di kalangan peniaga Islam (terutamanya orang Melayu) yang mempunyai mentaliti keusahawanan yang tidak betul.

Mereka berlagak seolah mereka adalah pelanggan manakala pelanggan pula dianggap sebagai golongan yang bertuah kerana menerima produk dan perkhidmatan mereka.

Ini adalah falsafah keusahawanan yang songsang kerana hakikatnya adalah pelanggan merupakan nyawa sesebuah bisnes.

Tanpa pelanggan, bisnes akan lingkup. Maka pelanggan perlu diberikan yang terbaik pada setiap masa. Cadangan dan aduan pelanggan perlu diberikan perhatian dan diterima dengan hati yang terbuka. Mana yang dapat diperbaiki, perbaikilah.

Ingatlah bahawa pelanggan adalah raja.

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

Unknown said...

sokong staff, banyak lagi minuman yang boleh kita minum.....lagipun minuman ringan bukannya elok untuk kesihatan, sebaliknya lebih kepada kemudaratan.....setuju juga ngan hijau.....minuman berasaskan buah-buahan lagi elok dan menyihatkan.....jadi, amalkanlah gaya hidup sihat, bukan memudaratkan...say "no coke" in our life....

Unknown said...

minuman berkarbonat seperti air gas bukan shaja digemari oleh golngn muda malah kank2 pun turt sama menyukainya..sedangkn kita mengetahui bhwa minuman berkarbont boleh menjejaskan kesihatan..kajian mendapati bahawa minuman berkarbonat menyumbng kepada masalah kesihatn seperti berlebihn bert bdn dan obesiti,,bercerita mengenai air coke, ap yg ingin dikongsi ialah cuba anda masukkn tulng ke dalam mangkuk yg di isi coke,hasilnya dlm masa 2 hari anda akn mendapati tulang akn mula hancur dan hilng..bersama menghayati.

Unknown said...

harap selepas ini org islam tidak akan minum lg minuman ini..

Unknown said...

ada juga yg menggunakan air coke untuk mencuci tandas..kesannye tandas menjadi clean n clear..ada juga yg menggunakn air coke utk menghilngkn paku yg karat..hasilnya tiada lg karat..ermm bgaimana pula tubuh bdn kita yg mengndungi air coke,,mcm2 kesan sampingn ada...'bersama menjaga kesihatan'

staff said...
This comment has been removed by the author.
little girl said...

saya slalu gak tegur ada sorang fren ni suka mnm coke.dan dia mengalami mslah menstruasi (yg panjang).sy katakn mungkin d sebabkn tbiat beliau ska mnm coke.dan sy gak (secara halus)mengajak beliau boikot coke.sehari dua,dia mmg ikut nshat sy.tpi lps tu dia bli lg.saya pun x tau dah nak tegur..my dia blm ada ksdaran..

Nur Miracle Touch said...

nsb baik x ska coke...tmbh2 mmg dah tau yg coke ni bley wat cuci tandas ganti klorox...huhu

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL