Wednesday, November 4, 2020

6059) KERAJAAN PERLU PERJELAS KEWUJUDAN LEBIH 1 JUTA TALIAN PRABAYAR MERAGUKAN - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 04/11/2020

 


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitimedia Malaysia (SKMM) digesa menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menangani isu berkaitan talian prabayar yang meragukan.

Dalam masa yang sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga mendesak kerajaan menjelaskan bagaimana lebih sejuta talian prabayar berdaftar yang mencurigakan wujud dalam tempoh dua tahun.

“PPIM menggesa agar pihak berkaitan memberi penjelasan sepenuhnya mengapa setelah hampir sejuta talian yang meragukan didaftarkan, tiada tindakan susulan atau perancangan untuk mengawal keadaan ini dilaksanakan?

“Pihak berkuasa khususnya SKMM seharusnya boleh membuat jangkaan akan kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku dalam era teknologi maklumat sekarang,” kata PPIM menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah PPIM, SKMM seharusnya mempunyai jaringan kerjasama khususnya dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam menangani isu-isu utama yang boleh menjejaskan kualiti hidup pengguna.

Terdahulu PPIM terkejut dengan pendedahan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat bahawa sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan dalam tempoh Januari 2018 hingga Oktober 2020.

Daripada jumlah itu, dilaporkan sebanyak 920,207 talian itu sudah ditamatkan perkhidmatan manakala 457,645 lagi dikemas kini dengan maklumat yang sah.

Kata PPIM , ini bermakna dalam tempoh lebih dua tahun rakyat Malaysia telah terdedah dengan hampir sejuta talian yang meragukan dan boleh menjadi penyebab ke atas gejala scamming yang heboh baru-baru ini

Justeru kata persatuan berkenaan, pihak berkuasa perlu menahan pelaku jenayah yang terlibat dan mengheret mereka ke muka pengadilan, termasuk syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyediakan kemudahan talian itu.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

KERAJAAN PERLU PERJELAS KEWUJUDAN LEBIH 1 JUTA TALIAN PRABAYAR MERAGUKAN - PPIM

6058) PPIM GESA SKMM AMBIL TINDAKAN BENDUNG TALIAN HARAM - SUARA MERDEKA - 04/11/2020

 


PENDEDAHAN yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Ismail mengenai jumlah talian prabayar berdaftar mungkin mencetuskan jenayah penipuan.

Sebanyak 1,377,862 talian prayabar didakwa didaftar secara meragukan bagi tempoh Januari 2018 hingga Oktober 2020.

Hal demikian dipercayai mempunyai kaitan dengan jenayah penipuan seperti ‘scam’ dalam talian yang menyebabkan kerugian sehingga berjuta ringgit.

Oleh demikian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) digesa mengambil tindakan merungkai dan membendung gejala pendaftaran talian prabayar meragukan.

“Kami menyeru agar SKMM menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merancang dan memperhalusi tindakan-tindakan mereka untuk membendung perkara yang kurang sihat ini.

“Kami juga menggesa pihak berkuasa mengesan dan menahan pelaku-pelaku jenayah ini dan mengheret mereka ke muka pengadilan termasuk pihak-pihak Telco yang menyediakan kemudahan kemudahan talian ini.”

Demikian kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu kenyataan berhubung jumlah pendaftaran prabayar meragukan itu.

Kata kenyataan itu, satu tindakan siasatan sepatutnya sudahpun diambil oleh pihak berkuasa berkaitan melalui syarikat-syarikat telco yang membenarkan pendaftaran tersebut.

KKMM dan SKMM juga sepatutnya mempunyai jaringan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Ini kerana kewujudan talian prayabar meragukan itu didakwa menjejaskan kualiti hidup rakyat Malaysia sebagai pengguna.

“Daripada jumlah itu sebanyak 920,207 talian itu sudah ditamatkan perkhidmatan manakala 457,645 lagi dikemas kini dengan maklumat yang sah.

“Ini bermakna dalam tempoh tersebut seluruh rakyat Malaysia telah terdedah dengan hampir sejuta talian yang meragukan dan boleh menjadi penyebab ke atas gejala-gejala scamming yang heboh baru baru ini.

“PPIM menggesa agar pihak berkaitan memberi penjelasan sepenuhnya mengapa setelah hampir sejuta talian yang meragukan didaftarkan, tiada tindakan susulan atau perancangan untuk mengawal keadaan ini dilaksanakan?

“Pihak berkuasa khususnya SKMM seharusnya boleh membuat jangkaan akan kemungkinankemungkinan yang boleh berlaku dalam era teknologi maklumat sekarang,” tegasnya. 


Artikel oleh: Suara Merdeka

PPIM GESA SKMM AMBIL TINDAKAN BENDUNG TALIAN HARAM

https://suaramerdeka.com.my/ppim-gesa-skmm-ambil-tindakan-bendung-talian-haram/

6057) MENGAPA BIARKAN TERLALU BANYAK TALIAN HARAM? - KENYATAAN AKHBAR PPIM - 04/11/2020

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat terkejut apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia mendedahkan sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan dalam tempoh Januari 2018 hingga Oktober 2020. 

Daripada jumlah itu sebanyak 920,207 talian itu sudah ditamatkan perkhidmatan manakala 457,645 lagi dikemas kini dengan maklumat yang sah. Ini bermakna dalam tempoh tersebut seluruh rakyat Malaysia telah terdedah dengan hampir sejuta talian yang meragukan dan boleh menjadi penyebab ke atas gejala-gejala scamming yang heboh baru-baru ini. Talian-talian seperti ini jelas digunakan untuk tujuan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat dan merosakkan masyarakat. 

PPIM menggesa agar pihak berkaitan memberi penjelasan sepenuhnya mengapa setelah hampir sejuta talian yang meragukan didaftarkan, tiada tindakan susulan atau perancangan untuk mengawal keadaan ini dilaksanakan? 

Pihak berkuasa khususnya SKMM seharusnya boleh membuat jangkaan akan kemungkinankemungkinan yang boleh berlaku dalam era teknologi maklumat sekarang. SKMM seharusnya mempunyai jaringan kerjasama khususnya dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam menangani isu-isu utama yang boleh menjejaskan kualiti hidup pengguna. 

Kami menyeru agar SKMM menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk merancang dan memperhalusi tindakan-tindakan mereka untuk membendung perkara yang kurang sihat ini. PPIM juga menggesa pihak berkuasa mengesan dan menahan pelaku-pelaku jenayah ini dan mengheret mereka ke muka pengadilan termasuk pihak-pihak Telco yang menyediakan kemudahan-kemudahan talian ini.

Tuesday, November 3, 2020

6056) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF HOLISTA COLLTECH

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Ketua Pegawai Eksekutif Holista Colltech, Dato' Dr. Rajen Manicka di Amcorp Mall, Petaling Jaya. 

Holista Colltech merupakan syarikat bioteknologi yang berasaskan penyelidikan produk kesihatan.


Monday, November 2, 2020

6055) AKTIVITI | MESYUARAT KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA ISADORA & ASSOCIATES - PPIM - 02/10/2020

Mesyuarat Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama syarikat guaman Isadora & Associates.  

Mesyuarat membincangkan kerjasama yang dapat dijalinkan antara PPIM dan syarikat guaman di dalam pengurusan aduan pengguna.



6054) LESEN PEGUAM BOLEH DIGANTUNG - MINGGUAN MALAYSIA - 01/11/2020

 


KUALA LUMPUR: Tiada laporan penglibatan firma guaman bersekongkol dengan sindiket ah long bagi merampas aset bpeminjam diterima Majlis Peguam Malaysia setakat ini.

Bagaimanapun, presidennya, Salim Bashir berkata, pihaknya akan meneliti sekiranya terdapat peguam yang melakukan kerja salah tersebut..

"Setakat ini, kami tidak dimaklumkan mengenai penglibatan peguam-peguam dalam mencari mangsa sindiket ah long. 

"Tetapi jika ada yang terlibat, kami memberi amaran bahawa denda boleh dikenakan mengikut Lembaga Tatertib Peguam-Peguam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan wujud skandalantara sindiket ah long dengan firma guaman tertentu bagi memudahkan proses merampas aset peminjam selepas menandatangani borang perjanjian kosong.

Menurut Salim, pihak lembaga yang terdiri daripada 15 orang termasuk presiden akan meneliti perkara tersebut kerana ia terletak di bawah pelanggaran etika seorang peguam.

"Kita akan kaji dari segi penalti, sama ada peguam tersebut akan digantung, didenda mahupun diberi amaran,"ujarnya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, tindakan melulu peminjam ah  long menandatangani borang perjanjian kosong memakan diri apabila aset berharga seperti rumah dan tanah tergadai walaupun nilainya lebih tinggi daripada pinjaman.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner S Sasikala Devi berkata, polis sedia mengambil tindakan sekiranya ada bukti atau keterangan yang mendakwa firma guman bersubahat.

"Semua pihak termasuk PPIM yang mempunyai maklumat mengenai penglibatan firma guaman dengan ah long diminta tampil memberi maklumat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysi di sini semalam.


Artikel oleh: Mingguan Malaysia

LESEN PEGUAM BOLEH DIGANTUNG 

6053) SEKILAS PERTIWI | GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM - PPIM - TV PERTIWI - 01/11/2020


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan bankrap itu tidak membantu menyelesaikan masalah apatah lagi ketika ekonomi rakyat terjejas buat masa ini.


Artikel oleh: TV Pertiwi

SEKILAS PERTIWI | GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM - PPIM

https://www.facebook.com/TvPertiwi/posts/2690180001235843


6052) IA LIBAT HIDUP DAN MATI, ELOK PERTIMBANGKAN KELUAR DUIT KWSP - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 31/10/2020

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mempertimbangkan semula cadangan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kegunaan rakyat yang terkesan dengan Covid-19.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia perlu dibenarkan ketika rakyat kebanyakannya terjejas sumber pendapatan dan hilang pekerjaan selepas kerajaan melaksanakan langkah pencegahan pandemik itu.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan kerajaan sejak 18 Mac lalu memberi kesan ekonomi kepada rakyat khususnya mereka yang bekerja sendiri atau berniaga secara kecil-kecilan, katanya.

“Kalau penggunaan wang itu melibatkan antara hidup dan mati, bagi dia tentu hidup sekarang daripada dia mati tak pasal-pasal.

“Cadangan itu saya rasa patut dipertimbangkan sebab KWSP ini simpanan masa depan, kita kalau dua tiga hari atau mati hari ini, tak hidup pada masa depan.

“Walaupun asasnya tidak dibenarkan tapi kalau melibatkan kes-kes yang terlalu kritikal, ia patut dibenarkan, lagi pun itu duit rakyat.

“Masa depan tak siapa pun tahu, jadi kita rasa elok dipertimbangkan supaya kita boleh guna duit kita,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Beliau mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat dibenarkan mengeluarkan wang sehingga RM10,000 secara one-off dari akaun satu KWSP bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun cadangan itu ditolak oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil merasakan cadangan itu sukar dilaksanakan pada waktu ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan masa depan pencarum.

Nadzim juga menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan itu hanya kepada kes-kes tertentu sahaja termasuk kesan ekonomi yang terpaksa ditanggung rakyat akibat langkah PKP.

“Kerajaan perlu menilai semula kepada kes-kes yang benar-benar kritikal dan mendesak seperti rawatan pembedahan, kalau tunggu sudah pasti dia mati dulu,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

IA LIBAT HIDUP DAN MATI, ELOK PERTIMBANGKAN KELUAR DUIT KWSP - PPIM

https://malaysiagazette.com/2020/10/31/ia-libat-hidup-dan-mati-elok-pertimbangkan-keluar-duit-kwsp-ppim/

6051) GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM -PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 31/10/2020

 


KUALA LUMPUR – Sudah tiba masa kerajaan menggantikan tindakan bangkrap kepada moratorium kepada rakyat yang bermasalah dengan pinjaman bank lebih-lebih ketika pandemik Covid-19 sekarang.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan bankrap itu tidak membantu menyelesaikan masalah apatah lagi ketika ekonomi rakyat terjejas buat masa ini.

“Kerajaan kena guna kaedah moratorium bagi menggantikan tindakan muflis kepada peminjam bank. Disebabkan Covid-19, ia perlu jadi pertimbangan paling wajar, bukan orang suka-suka tak nak bayar hutang.

“Kalau moratorium tidak dilakukan, lebih ramai orang akan jatuh bankrap disebabkan PKP sebab orang tak dapat bayar,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Nadzim juga menggesa kerajaan mengkaji semula langkah bankrap yang dikenakan ketika ini kerana tindakan undang-undang itu hanya menyukarkan hidup rakyat.

“Kita nak minta kerajaan buat undang-undang bekukan proses kebangkrapan, sekarang ini lebih banyak kes. Walaupun kadar kebangkrapan dinaikkan sekarang ini, tapi orang tetap dibankrapkan juga, kalau dinaikkan pun hanya RM100,000.

“Kita tak nak tindakan undang-undang dilakukan. Bila ada tindakan undang-undang, masuk CTOS, CCRIS, orang tak boleh nak gerak, orang nak buat apa pun tak boleh,” katanya.

Nadzim turut mengingatkan pihak bank agar bertimbang rasa dan tidak mengutamakan keuntungan ketika rakyat sedang bergelut memulihkan ekonomi sepanjang tempoh PKP.

“Bank mungkin tak ada untung tapi tak payah la dia nak cari untung musim ini, bank pula sudah berpuluh tahun untung.

“Bank ini mereka yang kapitalis yang banyak duit perlu memberi pertimbangan, nilai kemanusiaan perlu ada,” katanya lagi.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

GANTI TINDAKAN BANKRAP KEPADA MORATORIUM -PPIM

https://malaysiagazette.com/2020/10/31/ganti-tindakan-bangkrap-kepada-moratorium-ppim/

6050) TANDATANGAN BORANG KOSONG CARA AH LONG, PEGUAM RAMPAS ASET PEMINJAM - MALAYSIA POST - 31/10/2020

 


MENANDATANGANI borang perjanjian kosong adalah modus operandi ah long atau ceti haram dengan kerjasama firma guaman tertentu untuk merampas aset peminjam yang gagal menjelaskan bayaran pinjaman.

Mendedahkan kewujudan kerjasama itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) percaya peguam yang terbabit bertindak selaku penasihat bagi memastikan proses penukaran hak milit aset perminjam berjalan lancar tanpa melanggar undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jumlah kes berkaitan penipuan ah long yang diterima Unit Banteras Ceti Haram ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) didapati meningkat sehingga 40 peratus daripada kebiasaan.

“Suruh tandatangan kertas kosong bukan perkara baharu, cara sedemikian sudah lama berlaku. Ada peguam bekerjasama dengan sindiket ah long supaya senang nanti hendak pindah milik rumah, kereta dan lain-lain milik mangsa.

“Sejak PKP tambahan pula moratorium tamat September lalu, kes yang PPIM terima meningkat sehingga 40 peratus. Lebih teruk sebab mangsa yang terlibat tak berani nak melawan sebab ah long pun pakai peguam,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Nadzim berkata, terdapat juga kes peminjam secara sah memindah aset kepada ah long meskipun menyedari baki hutang tidak setara dengan nilai kereta atau hartanah yang terpaksa dikorbankan.

“Apabila tak dapat bayar, ah long ugut bunuh dan sebagainya. Sebagai penyelesaian mereka terpaksa tukar hak milik aset-aset.

“Keadaan sebegini agak sukar kalau dibawa ke mahkamah kerana mangsa yang berbuat demikian. Tetapi ada beberapa kes yang kita lawan, menang juga akhirnya.

“Jadi jangan takut untuk dapatkan hak kembali,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Post

TANDATANGAN BORANG KOSONG CARA AH LONG, PEGUAM RAMPAS ASET PEMINJAM

http://malaysiapost.com.my/2020/10/31/tandatangan-borang-kosong-cara-ah-long-peguam-rampas-aset-pemimjam/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL