Tuesday, May 17, 2016

2750) SINDIKET CUBA DAPATKAN BUTIRAN PERIBADI MELALUI SMS MINTA HUBUNGI MELALUI TELEFON – HARIAN METRO – 17/5/16


20160517105819674_0001

Kuala Lumpur: “Telefon saya sekarang. Ada perkara penting.” Itu kiriman SMS dihantar satu sindiket yang cuba menjadikan orang kenamaan dan selebriti tanah air sebagai mangsa untuk mendapatkan butiran peribadi sejak awal Mei lalu.

Antara yang hampir menjadi mangsa ialah pelakon Kazarudin Saisi atau Kaza dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang beberapa kali menerima SMS berkenaan daripada nombor tidak dikenali.

Kaza berkata, dia hairan bagaimana nombor telefon bimbitnya boleh diketahui orang lain, malah penghantar juga dipercayai berada di luar negara berdasarkan nombor pengirim yang berbeza dengan rangkaian telekomunikasi dalam negara.

“Saya memang terkejut bagaimana nombor telefon ini diperoleh orang lain. Saya langsung tidak mengendahkan mesej berkenaan kerana mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

“Ayat yang digunakan juga seperti diterjemah menerusi Google. Saya kongsikan di Instagram bagi membolehkan orang ramai dan pengikut berhati-hati kerana sekarang macam-macam boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi semalam.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Monday, May 16, 2016

2749) KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE ETIQA TAKAFUL BERHAD, BERTEMU EN AHMAD RIZLAN AZMAN, CEO – TAKAFUL – 16/5/16


Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan mengadakan kunjungan hormat ke Etiqa Takaful Berhad, bertemu En Ahmad Rizlan Azman, CEO, perbincangan berkaitan takaful perlindungan diri dan keluarga mengikut syariah.




Penerangan lanjut berkaitan Etiqa Takaful Berhad.






Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2748) DARUL KHUSUS VENTURE SDN BHD TAJA SIARAN GERAKKAN KUASA PENGGUNA – PPIM – 13/5/16



E’DEN MINERAL WATER

E’den mineral water adalah salah satu air mineral yang kini berada dipasaran Malaysia, eden mineral water diusahakan oleh sebuah syarikat bumiputera sepenuhnya iaitu Daruk Khusus Venture Sdn Bhd, diasaskan seawal tahun 2004, eden mineral water mula dipasarkan pada tahun 2010.

Jenama eden masih baru dalam pasaran Malaysia namun dengan kualiti mineral yang tinggi, ia mampu bersaing dengan jenama lain yang telah bertapak lama di Malaysia, eden mineral water dihasilkan dan dibotolkan di kilang yang terletak berhampiran kaki gunung Datuk Rembau Negeri Sembilan, dipam sedalam 324kaki dari dasar tanah dengan sumber yang asli serta jauh dari pencemaran, dikelilingi hutan hujan tropika yang subur kehijauan.

Barisan pengeluaran kami kini sepenuhnya automatik.Apa yang paling penting adalah pengiktirafan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM, anda yang menggunakan air mineral eden seharusnya tanpa ragu-ragu kerana JAKIM adalah salah sebuah organisasi yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (No. Ruj: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/).


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=eixsUZMB7WE&feature=youtu.be



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2747) SYARIKAT JAMU RATUS WARISAN TAJA SIARAN GERAKKAN KUASA PENGGUNA – PPIM – 13/5/16


Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Jamu Ratus Warisan Plus?

Jamu Ratus Warisan Plus dirumuskan khas bagi mereka yang ingin menikmati khasiat jamu dengan mudah, cepat dan berkesan.

Jamu Ratus Warisan Plus mengandungi campuran herba-herba asli yang sama dengan Jamu Ratus Warisan jenis serbuk. Bezanya ialah Jamu Ratus Warisan Plus telah diekstrakkan yang mana hanya PATI herbanya sahaja diambil dan hampasnya dibuang. Maka kerana itu insyaALLAH Jamu Ratus Warisan Plus lebih berkesan.

Dalam sacet-sacet Jamu Ratus Warisan Plus, ditambahkhasiat lagi dengan bahan-bahan hebat seperti di bawah:
*madu lebah
*bunga Za’faran
*garam bukit

Diadun pula bukan dengan air biasa, TETAPI sebaliknya air zamzam yang telah ditulis dengan 6,236 ayat al-quran menggunakan Za’faran dan dibacakan 30 juz Al-Quran.


Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=mZ6cZkEovtU&feature=youtu.be



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Friday, May 13, 2016

2743) SIARAN LANGSUNG GERAKKAN KUASA PENGGUNA MINGGU 1 – BERNAMA TV – 13/5/16


SEBAGAI RAKYAT DAN PENGGUNA, WAJAR UNTUK KITA TAHU HAK-HAK KITA SEBAGAI PENGGUNA. RANCANGAN BUAL BICARA KEPENGGUNAAN, PROGRAM GERAKKAN KUASA PENGGUNA AKAN MENGUPAS LEBIH LANJUT PELBAGAI ISU SECARA TELUS. RANCANGAN INI AKAN BERSIARAN TEPAT JAM 10.00 MALAM DI ASTRO 502. “SIARAN ULANGAN BAGI MINGGU PERTAMA  : 10.00 PAGI HARI RABU DAN AHAD 5.00 PETANG”








“Persediaan siaran TV GKP”




“Segmen cabaran pengguna”


“Peserta cabaran pengguna bersama Mr.Malaysia, Encik Mahdi”












“Segmen tips pengguna”






Barisan Krew PPIM yang terlibat bagi menjayakan program “GERAKKAN KUASA PENGGUNA”






Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2742) JPV DIGESA UBAH POLISI – UTUSAN MALAYSIA – 13/5/16




KUALA LUMPUR 12 Mei – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) digesa mengubah polisi dengan memberi ke­utamaan kepada produk tempatan bagi menampung permintaan ternakan ruminan di negara ini.

Gesaan itu dilontarkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menekankan bahawa industri ternakan ruminan tempatan perlu dihidupkan dan diberikan keutamaan.

Katanya, perkara itu ditekankan kerana tidak mahu Malaysia terlalu bergantung kepada import ternakan ruminan dari luar, sedangkan segala kemudahan yang diperlukan ada disediakan di negara ini.

“Kita betul-betul ‘layu’. Tanah untuk ternak kita ada, cukup untuk ternak lembu, kambing, tetapi kita tidak ternak. Kalau mahu beli ternakan dari luar, kita boleh dapat lebih murah, tetapi tidak, beli yang mahal.

“Dalam hal ini, kami berpendapat bahawa JPV perlu mengubah polisi mereka, beri ke­utamaan kepada produk tempatan. Ini juga bagi membolehkan JPV di­lihat lebih telus dan tidak dikuasai atau ‘dimonopoli’ oleh pihak ter­tentu,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut, Nadzim memberitahu, terdapat dua kesilapan yang menyebabkan negara terpaksa bergantung kepada ternakan ruminan ataupun tanaman yang diimport dari negara luar.

Katanya, kesilapan pertama ialah membabitkan polisi jabatan bertanggungjawab dan ke­duanya ialah pada rakyat Malaysia sendiri.

“Saya pernah lakukan tinjauan di pasar Chow Kit, bayangkan buah-buahan, sayuran yang dijual semua diimport, halia pun diambil dari Indonesia.

“Pada hal kita boleh tanam sendiri. Bukan mahu banyak pun, tanam sikit untuk kegunaan sendiri sahaja, kurang-kurang pun ada ha­lia, serai dan kunyit,” katanya.



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2741) PPIM TAMPIL GERAKKAN KUASA PENGGUNA - UTUSAN MALAYSIA - 12/5/16



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL