Wednesday, May 11, 2016

2730) SASAR 10,000 PRODUK TEMPATAN DI PASAR RAYA – UTUSAN MALAYSIA – 10/5/16


HAMZAH ZAINUDDIN (empat dari kiri) mendengar penerangan daripada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (dua dari kiri) mengenai Gula Nano untuk pesakit diabetes bagi menggantikan gula pasir semasa perasmian Pasar Raya Besar Giant di Sentul, Kuala Lumpur, semalam.


Sumber : http://ift.tt/1OgljJP



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Tuesday, May 10, 2016

2729) PROGRAM BUAL BICARA KUPAS ISU KEPENGGUNAAN DI BERNAMA TV – PPIM -10/5/16


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Satu program bual bicara kepenggunaan, ‘Gerakan Kuasa Pengguna’, bakal menemui penonton bermula 10 malam Khamis ini di saluran Bernama TV.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata program itu, yang akan bersiaran secara langsung selama sejam, diadakan sempena 20 tahun penubuhan dan perjuangan PPIM dalam isu-isu kepenggunaan.

“Program sebanyak 13 episod ini juga mendapat sokongan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia.

“Ia akan membawa isu-isu kepenggunaan dalam empat segmen iaitu ‘Cabaran Pengguna’, ‘To’ki Tegur Jangan Marah’, ‘Sembang Pengguna’ dan ‘Tips Pengguna’,” katanya dalam satu sidang media mengenai program itu di sini, hari ini.

Selain membincangkan topik kepenggunaan, program itu akan diserikan dengan penampilan ikon-ikon terkenal sebagai inspirasi kepada penonton.

Antara tokoh yang akan berkongsi pengalaman ialah Angkasawan Pertama Negara Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Maznah Hamid dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.

— BERNAMA

Sumber : http://ift.tt/27aGaEL



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2728) BUAL BICARA KEPENGGUNAAN BAKAL TEMUI PENONTON KHAMIS INI – KOSMO ONLINE – 10/5/16


KUALA LUMPUR – Satu bual bicara isu kepenggunaan bakal menemui penonton bermula Khamis ini di saluran BERNAMA TV 502 Astro.

Dalam bual bicara bertajuk ‘Gerakan Kuasa Pengguna’ selama sejam bermula pukul 10 hingga 11 malam itu, sebanyak empat slot akan dibicarakan iaitu cabaran pengguna, Toki tegur jangan marah, sembang-sembang pengguna dan tips pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, apa yang menarik bual bicara sepanjang 13 episod secara langsung setiap minggu itu turut memaparkan tetamu istimewa seperti angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Maznah Hamid dan Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin.

Selain menjemput tetamu terkenal Nadzim berkata, program tersebut turut menjemput mangsa-mangsa penipuan kepenggunaan seperti gores dan menang atau ah long untuk berkongsi pengalaman mereka.

Tambah Nadzim, pada masa sama beliau menyasarkan sebanyak 1.5 juta penonton untuk menonton rancangan ini. – K! ONLINE

Sumber : http://ift.tt/1sabHXx



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2727) TEMU RAMAH BERSAMA SALAH SEORANG PENAJA PROGRAM TV GERAKKAN KUASA PENGGUNA – GEDUNG HARAPAN BONDA – 10/5/16



TEMUBUAL BERSAMA PEMILIK GEDUNG HARAPAN BUNDA, TUAN HAJI MANSOR USMAN

 







Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=JeGhj5X8wWg


Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2726) SIDANG MEDIA PELANCARAN SIARAN TV GERAKKAN KUASA PENGGUNA – PPIM – 10/5/16


Sidang media ini diadakan di Bernama Tv dan dipengacarakan oleh Dr. Izham Nayan, Pengarah Latihan PPIM.


Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, program ini akan bersiaran secara langsung selama sejam, diadakan sempena 20 tahun penubuhan dan perjuangan PPIM dalam isu-isu kepenggunaan.

“Program sebanyak 13 episod ini juga mendapat sokongan daripada Yayasan Patriot Negara Malaysia dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia.









penyampaian sijil pelantikan Penasihat YPNM kepada Prof Dato’ Dr. Teo Kok Seong, UKM

Antara media yang hadir









Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2725) LIVE DI RADIO MACC.FM BERSAMA TOQQI – PPIM – 10/5/16

                                                                  
94650d78-5e97-4f80-97fa-b3fee71fe5bf
Live di MACC.FM bersama Toqqi. Radio IP My Anti-Corupption Channel menemubual Ketua Aktivis PPIM.

3e055905-0e36-4554-8f7f-b7ec7d8a91af

8fbd285d-f77f-4b59-8a94-8d4b8e18ad31

f20f2fb1-8d65-4aae-9ee4-359e97616c53

89234932-bdd6-4309-af2b-4f1abe60ac0a



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2724) SALAH PENGGUNA BELI KAIN ELA BERGAMBAR JESUS – PPIM – 10/5/16


Kain-Jesus
Pengguna sepatutnya melihat dan memilih produk yang mereka ingin beli dengan berhati-hati.


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyalahkan pengguna 
kerana membeli kain ela yang mempunyai cetakan gambar Jesus di sebuah gedung pakaian di ibu negara.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana pengguna sepatutnya melihat dan memilih produk yang mereka ingin beli dengan berhati-hati.

“Pengguna perlu berhati-hati dengan apa yang nak dibeli. Memanglah ada sedikit kelemahan di peringkat penjual yang mungkin tidak sensitif tapi dia boleh jual apa yang nak dia jual. Orang nak jual gambar kucing dia nak jual, dia jual semua.

“Kita nak beli ini kita pun kena tengok juga supaya kita tidak terbeli benda yang salah. Kalau beli online pun kita kena buat pilihan yang terbaik.

“Kita sendiri kena memainkan peranan selain daripada meminta pihak JAKIM ke KPDNKK, kita sendiri kena memainkan peranan yang cukup,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian berhubung aduan seorang wanita hanya menyedari kain ela yang dibelinya di sebuah gedung pakaian di Jalan Tuanku Abdul Rahman mempunyai cetakan gambar Jesus, ketika hendak menjahit kain itu untuk dipakai pada Syawal nanti.

Aizawati Che Salleh, 40-an yang dipetik akhbar itu sebagai berkata, dia membeli kain sepanjang tiga meter itu di gedung berkenaan yang mengadakan promosi baru-baru ini.

Nadzim yang mengesahkan telah menerima aduan daripada wanita terbabit kelmarin berharap gedung pakaian itu akan membenarkan pembeli terbabit menukar kain ela mempunyai cetakan gambar Jesus itu.





Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2723) SASAR 10,000 PRODUK TEMPATAN DI PASAR RAYA – UTUSAN ONLINE – 10/5/16


image (1)
KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan lebih 10,000 jenis produk buatan Malaysia berada di semua pasar raya besar seluruh negara menje­lang 2020.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, setakat ini jumlah produk buatan Malaysia yang berada di pasar raya besar kira-kira 5,000 jenis produk sahaja dan pihaknya yakin jumlah tersebut boleh ditingkatkan.

Menurut beliau, antara masalah yang dihadapi adalah pengusaha gagal mengekalkan produk keluaran di pasaran sehingga sukar mendapatkan barangan tersebut walaupun ada permintaan daripada pengguna.

“Oleh itu, semua pengusaha tempatan digesa bekerja rapat de­ngan kementerian supaya kita dapat memberi bantuan secukupnya supaya produk keluaran mereka dapat memasuki pasar raya besar.

“Bagaimanapun harus di­ingatkan jika mahu meningkatkan jumlah ini, produk tempatan me­s­tilah mempunyai kualiti setanding dengan produk import dan dalam masa sama harga yang ditawarkan juga berpatutan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Belilah Produk Buatan Malaysia 2016 di Pasar Raya Besar Giant Setapak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Jamil Salleh dan Pengarah Serantau Malaysia dan Brunei GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd., Datuk Tim Ashdown.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya kini dalam proses perbincangan untuk memberi kelonggaran syarat kepada mana-mana pasar raya besar yang memperbanyakkan produk tempatan dalam premis mereka.

“Kita mewujudkan situasi menang-menang yang bukan hanya memberi kelebihan kepada pasar raya besar sahaja tetapi untuk pe­ngusaha tempatan yang mampu memasarkan produk secara meluas dan berterusan kepada pengguna.

“Bagaimanapun perkara ini masih dalam peringkat perbincangan dan akan diumumkan jika telah mendapat persetujuan semua pihak. Kita sarankan supaya pengusaha mengambil peluang yang sedia ada dan datang ke kementerian untuk berbincang dan memberi pandangan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ashdown berkata, lebih 600 produk buatan Malaysia daripada 95 pengusaha tempatan boleh didapati di Giant sepanjang kempen tersebut berlangsung.

“Produk tempatan ditawarkan di Giant merangkumi barang ke­perluan harian dan makanan. Kita akan terus memberi komitmen menawarkan produk mengikut keperluan dan kehendak pengguna.

“Setakat ini, kita telah membuka 127 cawangan Giant di seluruh negara dan akan membuka tiga lagi cawangan pada tahun ini di Jertih, Terengganu; Keningau, Sabah dan Tunjung, Kelantan,” katanya.





Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2722) NANO SUGAR MASUK PASARAN GIANT – SINAR ONLINE – 10/5/16


36914adb-f5a8-4723-b881-54b3975ac167
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin (tengah) melawat rak jualan produk tersebut di pasar raya Giant

PRODUK Nano Sugar kini boleh didapati di seluruh cawangan pasar raya Giant dengan sasaran jualan RM1.5 juta setahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Aidi Senin berkata, melihatkan perkembangan positif produk keluaran syarikatnya, P Three Sweetener Global Sdn Bhd (P3) semakin diterima ramai.

“Saya percaya potensi produk ini mampu melangkah lebih jauh sebagai pengganti gula putih.

“Ramai sudah menyedari bahaya gula putih yang diguna dengan menukar kepada produk kami,” katanya dalam kempen beli barangan buatan Malaysia 2016 yang dianjurkan oleh Pasar raya Giant di Kuala Lumpur, semalam.

Produk pemanis menggunakan teknologi nano untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah kesihatan terutama berkaitan gula.

Menurutnya, tiada pengganti gula putih sebaik produk itu kerana ia rendah kalori dan karbohidrat.
“Rasa pemanis P3 seakan gula, namun kemanisannya menyamai lima kali ganda gula biasa.

“Namun kemanisan ini tidak memudaratkan kesihatan, malah membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan,” katanya.

Produk P3 kini sudah memasuki beberapa pasar raya terkenal seperti Mydin dan Tesco dan perancangan akan datang untuk menembusi pasar raya lain.

Malah Mohd Aidi juga berharap dapat memasuki pasar raya lain akhir tahun ini bagi memperkenalkan produk tersebut secara lebih meluas.

“Setakat ini, kami sudah melantik 200 ejen seluruh negara untuk menjual produk keluaran P3 lain.
“Pemanis P3 merupakan ekstrak tebu dan semua lapisan umur boleh menggunakan ia termasuk kanak-kanak,” katanya.

Nano Sugar merupakan produk yang diproses secara semula jadi dan tiada kandungan bahan kimia berbahaya.

Sumber : http://ift.tt/1OdMW6l



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Monday, May 9, 2016

2721) MAJLIS PERASMIAN KEMPEN BELILAH PRODUK BUATAN MALAYSIA – GIANT SETAPAK – 9/5/16


b8d1809f-d37c-4608-8225-f7acd6193d58
Majlis Perasmian Kempen Belilah Produk Buatan Malaysia 2016 oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, KPDNKK. Dato’ Nadzim Johan menyambut ketibaan menteri.

53af691e-23d0-40f5-9485-4e3559fe4149

e98dae5e-8a35-43bf-b3f2-644fbab52f9b
Mendengar ucapan daripada wakil Pengurus GIANT

5bd09b71-66b1-405d-9497-3671f3a2f43b
Ucapan daripada Menteri KPDNKK


9f3838bf-9197-42ab-a89c-c6ec09197691

79d962c2-587a-4fc9-9d04-733807611066

36914adb-f5a8-4723-b881-54b3975ac167

d6ef893d-8006-4a77-b57f-f54d5eee2ce9



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL