Showing posts with label ruu 355. Show all posts
Showing posts with label ruu 355. Show all posts
Monday, February 20, 2017
3492) Liputan Langsung Himpunan 355 Di Padang Merbok - SINAR HARIAN Online - 18/2/2017
KUALA LUMPUR - Himpunan 355 (H355) yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 telah bermula.
Himpunan di Padang Merbok di sini itu, mula dibanjiri peserta sejak jam11 pagi lagi.
Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.
Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan mengingatkan peserta supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.
Beliau berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.
[ARTIKEL BERKAITAN: Orang ramai mula banjiri Padang Merbok
Pihak penganjur turut menempatkan kira-kira 2,500 petugas Amal dan 1,500 pasukan Sukarelawan H355.
Orang ramai boleh terus berhubung dengan pihak urus setia di khemah di lot parkir di Padang Merbok.
Sebelum ini, RUU 355 telah dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 November lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.
Ikuti laporan langsung dari wartawan Sinar Harian menerusi Facebook Sinar Harian, Twitter @SinarOnline dan Instagram Sinar Online.
2.00PM – Peserta mula membanjiri Padang Merbok setelah selesai solat Zohor yang diimamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
3.00PM - Himpunan bermula dengan persembahan nasyid dan ucapan dari beberapa pemimpin termasuk Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS, 'Dr Balachandran G Krishnan dan beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
3.25PM – Sebahagian peserta himpunan mula memenuhi Jalan Parlimen berarak masuk ke Padang Merbok.
4.20PM - Ucapan dari beberapa pemimpin termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob
5.00PM - Suasana dan keadaan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok terkawal.
5.15PM - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman memberitahu sehingga jam 4 petang ini, keadaan adalah terkawal dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
5.25PM: Himpunan Tolak Akta 355 anjuran badan bukan kerajaan (NGO), Bebas, di tasik Taman Jaya, Petaling Jaya hanya disertai sekitar 100 peserta.
5.30PM: Peserta Himpunan 355 berdoa selepas selesai menunaikan solat Asar.
5.40PM: Salah seorang peserta Himpunan 355 tidak dapat menahan sebak semasa doa dibacakan.
6.30PM: Peserta himpunan dianggar 20,000 - Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman. Angka dijangka terus meningkat.
7.40PM: Hujan lebat tidak halang peserta Himpunan 355 yang berlangsung di Padang Merbok.
7.50PM: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan ucapan di pentas Himpunan 355.
8.02PM: Orang ramai berhujan ketika mendengar ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Himpunan 355, di Padang Merbok, hari ini.
8.30PM: Antara yang menyampaikan ucapan termasuklah Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan ramai lagi.
SUMBER DARI : SINAR HARIAN
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/liputan-langsung-himpunan-355-di-padang-merbok-1.630574
3490)TOO MUCH VICE AMONG MUSLIM YOUTHS, HIGH TIME FOR RUU355, SAYS PPIM – NEW STRAITS TIMES – 18/2/2017
TOO MUCH VICE AMONG MUSLIM YOUTHS, HIGH TIME FOR RUU355, SAYS PPIM – NEW STRAITS TIMES – 18/2/2017
Too Much Vice Among Muslim Youths, High Time For RUU355, Says PPIM
KUALA LUMPUR: The time has come to make Pas’ Private Member’s Bill to empower the Syariah Courts a reality because more Muslim teenagers are getting involved in ‘maksiat’ (vice), said Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) activist Yusuf Azmi.
In his speech at today’s RUU355 gathering, Yusuf called on Malaysians to show their support for the Act and urged them to “open their eyes” to the immorality happening around them.
“Lately, we have been hearing stories of our teenagers getting involved in pre-marital sex, going to night clubs and gambling dens. Some even throw their newborn babies in schools toilets. “I’m sure we don’t want our sons and daughters to end up like that.
Due to this reason, PPIM pledges its full support for the implementation of the RUU355. “However, please do not politicise this matter as it has nothing to do with politics.
This is about our country and our people,” he said. Pas is currently seeking to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 to empower the Syariah Courts.
First reading of the bill was done by its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang during the last session of Dewan Rakyat last year.
The bill seeks to amend the Act, also known as Act 355, to empower Islamic courts to enforce punishment, except for the death penalty, provided in Syariah laws for Islamic offences listed under state jurisdiction in the Federal Constitution.
SUMBER DARI : NEW STRAITS TIMES
SUMBER DARI : NEW STRAITS TIMES
http://www.nst.com.my/search?s=PPIM
3485)‘GELOMBANG UNGU’ BANJIRI PADANG MERBOK – BERITA HARIAN ONLINE – 18/2/2017
‘GELOMBANG UNGU’ BANJIRI PADANG MERBOK
KUALA LUMPUR: Ratusan individu berpakaian ungu mula membanjiri Padang Merbok bagi menyertai Himpunan Rang Undang-Undang 35 (RUU 355) di sini, hari ini.
Peserta himpunan itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk individu bukan Islam, yang hadir bagi menyatakan sokongan terhadap RUU355.
Penganjur sebelum ini menjangkakan kehadiran seramai 200,000 penyokong daripada kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam ke himpunan itu.
Beberapa pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik dijangka menyampaikan pidato serta perbahasan sepanjang himpunan yang dijangka tamat pada jam 11 malam.
Antara mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan; serta Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Dr Mahfudz Mohamad.
Pemimpin NGO pula ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar; Pengerusi Sekretariat Ummat, Aminudin bin Yahya; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof Mahamad Naser Disa serta jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Sesi pidato pada sebelah malam turut menampilkan tokoh agama diketuai, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri; Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak, Datuk Jailani Ngah; Datuk Dr Hassan Ali serta jurucakap Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Dr Yusri Mohamad.
Pada masa sama, satu himpunan balas turut dijadual diadakan di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya, dipelopori kumpulan yang menolak RUU355.
Selanjutnya di : Berita Harian
http://www.bharian.com.my/node/249969
http://www.bharian.com.my/node/249969
Friday, February 17, 2017
3476) 200,000 dijangka hadir Himpunan RUU 355 - Utusan Malaysia - 17/2/2017
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Kira-kira 200,000 orang tanpa mengira fahaman parti politik dijangka menghadiri Himpunan Rang Undang-undang (RUU) 355 di Padang Merbok, Sabtu ini.
Pengarah Himpunan 355, Nasrudin Hassan berkata, himpunan yang akan bermula pukul 2 petang dan berakhir 11 malam itu menampilkan seramai 21 pemidato terdiri daripada tokoh serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, antara tokoh yang akan hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Presiden Pas yang juga Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
“Tokoh lain yang dijangka hadir ialah Pengerusi Sekretariat Ulama dan Umarak, Datuk Jailani Ngah dan Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad.
“Selain itu, antara NGO yang akan mengambil bahagian di himpunan itu ialah wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Pertubuhan Ayahanda Malaysia dan beberapa wakil ahli Parlimen Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, selain program ceramah, pihak sekretariat himpunan turut mengadakan solat asar, maghrib dan isyak berjemaah serta munajat perdana.
Beliau memberitahu, seramai 2,000 sukarelawan dan 500 anggota skuad khas akan terlibat bagi memantau perjalanan program tersebut.
“Walaupun tapak Padang Merbok hanya dapat menampung sekitar 40,000 hingga 50,000 peserta tetapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memberi kerjasama untuk membuat sekatan jalan di beberapa kawasan sekitar bagi menampung jumlah peserta.
“Malah, para peserta juga digalakkan membawa sejadah, air mineral untuk minum dan berwuduk serta alas duduk. Saya ingatkan pemandu bas yang membawa peserta datang lebih awal supaya tidak berlaku kesesakan,” katanya.
SUMBER DARI : UTUSAN ONLINE
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/200-000-dijangka-hadir-himpunan-ruu-355-1.445280
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI