Showing posts with label TRAGEDI MAVI MARMARA. Show all posts
Showing posts with label TRAGEDI MAVI MARMARA. Show all posts

Wednesday, June 2, 2021

5680) MEMPERINGATI 11 TAHUN TRAGEDU KAPAL MAVI MARMARA - PPIM - SAMUDERA.MY - 01/06/2021

 

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM) dan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam tidak akan sesekali melupakan tragedi berdarah yang telah dilakukan oleh Zionis Israel terhadap masyarakat awam dalam peristiwa serangan ke atas Freedom Flotilla pada 31 Mei 2010 lalu.

Dalam insiden serangan kejam itu, tentera rejim Zionis tanpa sebarang notis telah menceroboh dan menyerang Mavi Marmara, sebuah kapal Turki konvoi Flotilla yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza sehingga mengakibatkan 16 orang terbunuh termasuk sembilan aktivis Turki manakala 30 orang lagi turut tercedera. Meskipun genap 11 tahun tragedi berdarah itu telah berlaku, peritnya masih diingati oleh setiap masyarakat Islam di seluruh negara.

Ketua Aktivis PPIM, toqqi@nadzim johan dalam satu sesi diskusi siaran langsung menerusi akaun Facebook PPIM berpesan, masyarakat Islam perlu berpegang teguh dengan prinsip yang seutuhnya dalam membantu saudara sesama Islam yang sedang ditindas. Tanpa pegangan akidah yang kuat, tidak mungkin masyarakat Islam kini dapat bersatu dalam melawan segala bentuk kekejaman Zionis Israel.

“Disebabkan kita terlalu lemah, kita selalu dihina. Jika soal akidah juga boleh digugat, sedar atau tidak sedar kita sebenarnya telah mengundang sendiri penjajahan dalam diri kita,” kata beliau dalam sesi diskusi yang telah berlangsung semalam.

Turut hadir, Ketua Misi Flotilla Mavi Marmara Pasukan Asia Tenggara, Dr Noorazman Mohd Samsuddin serta Dato Hishammudin Hashim yang merupakan Setiausaha Agung MHO, menceritakan kembali detik-detik keperitan tragedi berdarah itu semasa mereka menyertai misi kemanusiaan Kapal Mavi Marmara pada 31 Mei 2010 yang lalu.


Artikel oleh: Samudera.my

MEMPERINGATI 11 TAHUN TRAGEDU KAPAL MAVI MARMARA - PPIM

https://www.samudera.my/memperingati-11-tahun-tragedi-kapal-mavi-marmara-ppim/

Tuesday, June 1, 2021

5679) TRAGEDI MAVI MARMARA SUKAR DILUPAKAN - HARIAN METRO - 01/06/2021

 

Kuala Lumpur: Biarpun sudah 11 tahun berlalu, kekejaman rejim zionis ke atas kapal Mavi Marmara tidak dapat dilupakan khususnya umat Islam di seluruh dunia.

Tidak terkecuali Malaysia, apabila beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam tampil memberi peringatan betapa Israel yang rakus tidak mempedulikan nasib rakyat Gaza sehingga sanggup menyerang konvoi kemanusiaan.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, serangan yang mengorbankan sembilan aktivis itu perlu dikenang semua pihak sebagai bukti kekejaman Israel yang seperti tiada kesudahan.

"Flotila berkenaan harus dilihat sebagai inspirasi bagi semua aktivis di seluruh dunia untuk meneruskan perjuangan membebaskan Gaza.

"Sejak itu malah sebelumnya pun Gaza terus ditindas sehingga menjadi antara negara yang tidak boleh dihuni di dunia," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini sekatan ke atas bantuan antarabangsa masih diteruskan dan tidak sah di sisi undang-undang.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia menjadi pengukur bahawa masyarakat Islam perlu berpegang teguh dengan prinsip yang seutuhnya dalam membantu saudara sesama Islam yang sedang ditindas.

Katanya, tanpa pegangan akidah yang kuat, tidak mungkin masyarakat Islam kini dapat bersatu dalam melawan segala bentuk kekejaman Israel.

"Disebabkan kita terlalu lemah, kita selalu dihina. Jika soal akidah juga boleh digugat, sedar atau tidak sedar kita sebenarnya mengundang sendiri penjajahan dalam diri kita," katanya.

Dalam kejadian 31 Mei 2010 itu tentera laut Israel menembak sembilan aktivis di atas flotila itu yang membawa bantuan ke Gaza.

Ia mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana tindakan itu disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.


Artikel oleh: Harian Metro

TRAGEDI MAVI MARMARA SUKAR DILUPAKAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/712687/tragedi-mavi-marmara-sukar-dilupakan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL