Kerajaan digesa menambah baik kemudahan penstrukturan takungan air di seluruh negara, lima tahun sekali bagi mengelak kejadian banjir kilat, khususnya di ibu kota. Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, berkata kajian mendapati kebanyakan kes banjir kilat berlaku disebabkan masalah reka bentuk takungan air yang tidak mampu menampung peningkatan taburan hujan. Katanya, selain itu, sekiranya lokasi kejadian memiliki takungan baharu, ia mungkin disebabkan masalah penyelenggaraan seperti mendapan atau sampah bertakung. Faktor lain adalah peningkatan pola taburan hujan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. "Projek takungan air dan tebatan banjir tidak pernah gagal kerana reka bentuknya dibina untuk mengatasi masalah banjir ketika itu,bagaimanapun apabila berlaku faktor tambahan seperti aliran hujan, ia gagal beroperasi dengan baik. "Banyak pihak mendesak kerajaan menyediakan takungan air dan tebatan banjir baharu, tetapi langkah ini memerlukan kos yang agak besar, sebaliknya ia boleh diselesaikan dengan menambah baik prasarana itu seperti mempelbagaikan fungsinya,"katanya. Beliau mengulas kejadian banjir berulang di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, selepas hujan lebat lebih sejam, petang kelmarin. Antara kawasan yang dinaiki air ialah di Jalan Senl berhampiran sebuah stesen minyak, Batu Muda Tambahan, Persiaran Ampang Hilir, Jalan Pudu, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Kuching dan Jalan sultan Ismail, di sini. Pembangunan tak seiring Sementara itu, aktivis alam sekitar mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) memperlahankan aktiviti pembangunan di kawasan berkepadatan tinggi bagi menghindari masalah banjir kilat. Sikap PBT yang selalu mengejar pembangunan tidak seiring dengan proses naik taraf sistem perparitan membuatkan masalah banjir kian menjadi-jadi terutama di bandar. Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Seri Shariffa Sabrina Syed Akil, berkata sudah tiba masanya PBT mengambil tindakan drastik memastikan projek pembangunan di kawasan berkepadatan tinggi tidak memberi kesan kepada alam sekitarr dan akhirnya memberi kesan buruk kepada rakyat. Katanya, pembangunan di Kuala Lumpur perlu dikurangkan dan PBT sepatutnya "bermuhasabah" mencari penyelesaian drastik terhadap masalah banjir di ibu kota. Naik taraf sistem saliran "Mungkin DBKL patut naik taraf sistem pengairan bawah tanah. Sejak tahun lalu PEKA sudah suarakan cadangan ini. Walaupun membabitkan kos tinggi, ia antara kaedah berkesan mengelakkan masalah banjir daripada terus berlaku,"katanya. Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman, berkata hutan dan bukit yang menjadi kawasan tadahan hujan semakin berkurangan di Kuala Lumpur. Katanya, apabila kawasan berkenaan semakin "pupus", tiada kawasan tebatan air yang akhirnya berlaku banjir. "Amalan penggunaan tanah yang tidak terkawal antara punca utama banjir. Banyak tanah ditukar status untuk pembangunan. Ini menyebabkan kawasan berkenaan menjadi padat. Kaji semula pembangunan di kawasan bandar supaya seimbang,"katanya. Dalam perkembangan sama, Ketua Kluster, Sumber Asli dan Alam Sekitar Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata sampah kecil seperti plastik dan lidi sate dikesan antara punca utama parit dan longkang di Lembah Klang khususnya di pusat bandar tersumbat. Ia sekali gus menyumbang kejadian banjir kilat dan sikap endah tak endah menjaga kebersihan khususnya di kawasan perniagaan meningkatkan risiko berulangnya banjir kilat, katanya. Katanya, kebanyakkan punca banjir kilat adalah parit dan longkang tersumbat disebabkan pembuangan sampah yang tidak terkawal. "Banjir kilat adalah fenomena setempat. Jika hujan di kawasan khusus atau setempat dan sistem saliran tidak dapat menampung kuantiti air, banjir kilat akan berlaku. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata penguatkuasaan terhadap masalah pembuangan sampah penting dalam mengatasi masalah banjir kilat di Lembah Klang kerana ia adalah punca longkang tersumbat. Di pasar malam contohnya, penguat kuasa perlu ditempatkan bagi memastikan peniaga dan pengunjung tidak membuang sampah merata-rata yang akhirnya akan masuk ke dalam longkang dan seterusnya menyebabkan longkang menjadi tersumbat.
Showing posts with label SAM. Show all posts

Thursday, April 13, 2017
3605) TAMBAH BAIK TAKUNGAN SETIAP 5 TAHUN - BERITA HARIAN - 13.4.2017

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(407)
-
▼
September
(79)
- AKTIVITI | SESI PENDENGARAN AWAM JAWATANKUASA PILI...
- RM2.7 BiILION DITIPU! SCAM MALAYSIA SEMAKIN SERIUS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TKSU KEMENTERIA...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN PPIM BERSAMA CSR AL-IKHSAN...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH URUSAN...
- AKTIVITI | TOQQI HADIR BICARA NEGARA BERSAMA AKADE...
- AKTIVITI | TARIF ELEKTRIK: PPIM BERUSAHA GIGIH MEM...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN BERKAIT DAKWA...
- EX-UMMC RADIOGRAPHER PLANS TO SUE, SEEKS OTHER STA...
- BEKAS JURURADIOGRAFI PPUM MAHU SAMAN HOSPITAL - HA...
- AKTIVITI | SIDANG MEDIA KHAS DESAKAN PENUBUHAN RCI...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-70: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERBINCANGAN STRATEGIK ANTARA PPIM DAN ...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERBINCANGAN BERSAMA FINAS ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TN...
- TUNGGAKAN BIL ELEKTRIK PATUT DIBENAR BAYAR SECARA ...
- BIL ELEKTRIK MELONJAK, PPIM TUNTUT PENJELASAN TELU...
- PPIM TUNTUT PENJELASAN PENGIRAAN TARIF BAHARU ELEK...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- PPIM, PEMBELA UMMAH TUNTUT PENJELASAN KENAIKAN ELA...
- AKTIVITI | MAJLIS SARAPAN PAGI PERCUMA HARI MALAYS...
- KEMELUT BIL ELEKTRIK: RAKYAT TERHIMPIT, PPIM TUNTU...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- MEDIA SOSIAL LUBUK JUAL DADAH, PLATFORM DIGESA TAK...
- JANGAN TUNGGU ADA KES MATI! SUDAH TIBA MASA HERET ...
- SUE SOCIAL MEDIA PLATFORMS OVER SALE OF DRUG-LACED...
- SAMAN PLATFORM MEDIA SOSIAL JUAL VAPE DADAH, KATA ...
- PENGEDAR GUNA 'LINGO' RAHSIA JUAL DADAH ONLINE - C...
- NEGARA PERLU ISYTIHAR DADAH DALAM TALIAN SEBAGAI M...
- AKTIVITI | WAWANCARA KHAS BERSAMA TOQQI & CAPRICE ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN HARI MALAYSIA & PELANCARAN PRO...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-69: SAMBUTAN HARI MALAY...
- PPIM TUBUH UNIT ANTI-SCAM PERKSA PERLINDUNGAN MANG...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETATKAN UNDANG-UND...
- UNIT ANTI-SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SAL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA AIBIM - PPIM - ...
- UNIT ANTI -SCAM PPIM BANTU MANGSA KUMPUL BUKTI, SA...
- PPIM TUBUHKAN UNIT ANTI-SCAM DI BAWAH GERAKAN RAKY...
- PODCAST PPIM | SUARA PRIHATIN RAKYAT - PPIM - 10/0...
- PPIM CALLS FOR ASSET SEIZURES, HARSHER PENALTIES F...
- PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA LEBIH LAMA TERH...
- PPIM MAHU ASET SCAMMER DIBEKU, DIRAMPAS - UTUSAN M...
- SCAMMER: PPIM SOKONG HUKUMAN SEBAT, PENJARA MAKSIM...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN STAFF PPIM - PPIM - ...
- KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH DENGAN BIJAKSANA - PPIM ...
- PPIM SOKONG KETEGASAN PDRM: PERKETAT UNDANG-UNDANG...
- AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGA...
- AKTIVITI | PROGRAM INDUSTRI "LET'S TALK CX: CONNEC...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA O...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEK...
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(79)