Showing posts with label PELEPASAN BANDUAN SECARA BERLESEN. Show all posts
Showing posts with label PELEPASAN BANDUAN SECARA BERLESEN. Show all posts

Monday, March 11, 2024

CONSIDER ACCOUNT MULES FOR HOUSE ARREST, GOVT TOLD - NEW STRAITS TIMES - 09/03/2024

 

KUALA LUMPUR: The government should consider imposing home detention under the Licensed Release of Prisoners (PBSL) on "account mules", said the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM). 

Its chief activist Nadzim Johan, in welcoming the move to introduce PBSL, said the affected detainees would be able to continue working and hence, help maintain productivity as they were able to generate income from home. 

"It was understood that home detention would be implemented on inmates serving jail terms of four years and below through PBSL. 

"Placing them under house arrest would also help ease the burden on the government," he said in a statement. 

PPIM believed that "second chance" offered by the programme would benefit individuals with chronic diseases, senior citizens, disabled people and pregnant women, he said. 

Meanwhile, those who were found violating the home detention should be given more severe punishment, he said. 

It was reported that the government has in principle agreed to implement the PBSL that allows prisoners serving jail time of four years and below to be subject to home detention as an effort to reduce overcrowding in prisons. 

The Home Ministry is currently in the process of examining the implementation method from the point of view of relevant legal provisions, to determine whether or not the existing laws and regulations need to be reviewed. 

Article by: New Straits Times

CONSIDER ACCOUNT MULES FOR HOUSE ARREST, GOVT TOLD

https://www.nst.com.my/news/nation/2024/03/1023428/consider-account-mules-house-arrest-govt-told

PPIM SOKONG LANGKAH KDN PERKENAL SISTEM TAHANAN RUMAH - KENYATAAN MEDIA PPIM - 11/03/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha kerajaan mengurangkan kesesakan di penjara dengan mempertimbangkan perlaksanaan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, usaha itu mampu mengekalkan produktiviti rakyat Malaysia kerana mereka mampu bekerja dan menjana pendapatan dari rumah.

"PPIM difahamkan, menerusi PBSL, banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah akan menjalani hukuman di rumah mereka," katanya.

Nadzim berkata PPIM banyak mendapat aduan dari mangsa keldai akaun yang terpaksa mengaku bersalah kerana menyewakan akaun bank kepada pihak ketiga yang menyalahgunakan akaun bank mereka untuk menipu orang ramai.

"Golongan ini (keldai akaun) sebenarnya boleh bekerja dan menjana pendapatan untuk meneruskan kehidupan. Jika di penjara atas kesalahan yang dilakukan oleh mereka secara langsung, mereka tidak lagi produktif malah akan menyebabkan kerajaan menanggung lebih banyak beban di penjara," katanya.

Nadzim berkata PPIM menyokong penuh usaha Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bersungguh-sungguh mahu menangani masalah kesesakan penjara malah ia sebagai langkah penjimatan kepada negara.

Sebelum ini Saifuddin pernah berkata program yang dijalankan sebelum ini (Sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib serta Program Pemulihan Pemasyarakatan) memberi impak positif dengan statistik menunjukkan daripada 800 yang dibebaskan, hanya seorang dimasukkan semula ke penjara.

PPIM percaya peluang kedua yang diberi oleh kerajaan khususnya kepada mangsa keldai akaun, individu berpenyakit kronik, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu mengandung akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.

Bagaimanapun Nadzim menegaskan jika ada individu yang mengambil kesempatan dan melakukan kesalahan dalam tempoh tahanan rumah, mereka seharusnya dijatuhi hukuman lebih berat dan denda yang lebih tinggi.

"Jika sudah diberi peluang kedua melalui PBSL dan masih ada yang tidak mengambil iktibar dan terus melakukan jenayah, golongan ini harus diberi hukuman yang lebih berat," katanya.

Minggu lalu Saifuddin berkata kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan PBSL menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah sebagai usaha mengurangkan kesesakan penjara.

Saifuddin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses meneliti kaedah pelaksanaan inisiatif itu dari sudut peruntukan undang-undang berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL