Showing posts with label MENTERI. Show all posts
Showing posts with label MENTERI. Show all posts

Friday, December 16, 2016

3255) KETEPIKAN EGO,KUKUHKAN PERUNDANGAN ISLAM-TPM - UTUSAN MALAYSIA - 16/12/2016

PUTRAJAYA 15 Dis – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, umat Islam harus mengetepikan keegoan politik dan perbezaan pendapat dalam usaha memperkukuhkan perundangan Islam yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah dan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi orang bukan Islam, mereka perlu menghormati akidah dan pega­ngan agama Islam dengan melihat transformasi perundangan Islam di negara ini secara terbuka tanpa meletakkan prasangka dan prejudis.
Ini kerana jelas beliau, transformasi perundangan Islam tidak akan dilakukan di luar acuan atau di luar daripada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan, sebaliknya dilaksanakan berdasarkan kajian yang terperinci, lengkap dan adil.
“Jika kita (umat Islam) bersungguh-sungguh untuk memperkukuhkan apa yang kita harus perkukuhkan, maka saya tidak fikir kita perlu khuatir dengan apa yang orang lain fikirkan.
“Sama seperti wuduk dan solat, kita tidak perlu tanya orang lain yang tidak sama akidah adakah betul atau tidak wuduk dan solat kita. Jika ada kegusaran, berikan hak untuk menentukan betul atau tidak kepada orang Islam yang lebih berilmu mengikut acuan agama Islam,” katanya merasmikan Multaqa Perun­dangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Yang hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri,
Multaqa Perundangan dan Politik MPI yang berlangsung selama sehari itu merupakan platform untuk semua pihak daripada pelbagai bidang termasuk politik, agensi kerajaan, akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkaitan membincangkan dan mencari inovasi baharu dan praktikal untuk kerajaan.

3254) "KETEPIKAN EGO POLITIK DEMI ISLAM" - SINAR HARIAN - 16/12/2016

Umat Islam perlu mengenepikan perselisihan politik yang boleh merugikan tetapi perbezaan itu harus diurus dengan hikmah dan bijaksana.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tafsiran perpaduan tidak seharusnya dengan penggabungan parti politik sahaja tetapi ia boleh dipromosi agenda kebersamaan melalui pelbagai cara yang disepakati.
Katanya, Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) contohnya satu medium terbaik yang boleh mendengar, meneliti, dan mendengar pandangan semua pihak, serta boleh dijadikan medan untuk memastikan hala tuju politik dan undang-undang Islam di negara ini dapat disenergikan secara bersama.
"Keegoan poltik dan perbezaan pendapat ini harus diketepikan untuk kepentingan bersama, kita mahu apa yang dilakukan jangan diprejudiskan atau dipandang berat sebelah.
"Ini kerana, kita mahu hasrat kebersamaan ini dapat diterjemahkan satu hari nanti, InsyaAllah kita akan teruskan usaha untuk melakukan penyelidikan secara mendalam bukan sahaja dari segi akademik tetapi praktikal dalam dunia tanpa sempadan ini," katanya ketika berucap di perasmian Multaqa Perundangan dan Politik Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Sebanyak lapan resolusi kluster perundangan dan sembilan resolusi kluster politik dibentangkan pada multaqa yang berlangsung selama sehari itu.

3253) KETEPI EGO DEMI TITIK PERPADUAN - HARIAN METRO - 16/12/2016

3252) ORANG ISLAM ADA HAK TENTU ACUAN AGAMA SENDIRI : TPM - BERITA HARIAN - 16/12/2016

Wednesday, February 25, 2015

2501) HARIAN METRO - 25/02/2015 - SKMM Kaji Saranan Menteri

Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji mengenai saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga lebih rendah.

Pengerusinya Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, kajian lebih terperinci perlu dilakukan bertujuan menilai kewajarannya kerana ia perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk struktur dan kedudukan syarikat telekomunikasi itu sendiri apabila perkara itu dilaksanakan.

“Melalui kajian ini, kami bukan saja akan mendapatkan maklum balas daripada syarikat telekomunikasi, namun pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut memberi pandangan mengenai saranan terbabit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dan taklimat Program Pelabelan Kendiri (SLP) di sini, semalam.

Sebelum ini, Ahmad Shabery Cheek menyarankan supaya syarikat telekomunikasi menawarkan pakej jalur lebar pada harga lebih rendah bagi memberi peluang kepada orang ramai menikmati perkhidmatan itu.

Menurutnya, kos pengendalian telekomunikasi sepatutnya menurun berikutan syarikat seperti Telekom Malaysia dan Time menjual gentian optik secara borong kepada syarikat telekomunikasi pada harga lebih rendah.

Thursday, January 8, 2015

2340) AKTIVITI PPIM - 08/01/2015 - Wakil Aktivis PPIM Mustaffa Hamzah Menyertai Misi Banjir Bersama Pasukan Timbalan Perdana Menteri

Saudara Mustaffa Hamzah telah mewakili PPIM untuk menyertai misi bantuan banjir ke daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang.

Bersama rombongan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang, Menteri Pertanian, YB Temerloh Datuk Sharkar dan EXCO Kerajaan Negeri Pahang, dan Presiden CUEPACS.

Pakej bantuan berupa pakaian seragam sekolah dan lain - lain.

Sementara itu, Presiden CUEPACS sampaikan salam pada Ketua Aktivis Datuk Nadzim Johan. Timbalan Perdana Menteri juga merakamkan tanda terima kasih kepada usaha PPIM dalam membantu mangsa banjir.

Friday, November 29, 2013

1011) BERITA HARIAN 28/11/2013 - BEKAS MENTERI BESAR SELAR TNDAKAN KHALID

Headline: Bekas Menteri Besar selar tindakan Khalid
Publication: BH
Date of publication: Nov 28, 2013
Section heading: Main Section
Page number: 008
Byline / Author: Oleh Rafidah Mat Ruzki; Haspaizi Mohd Zain

Shah Alam: Tidak wajar bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membenarkan kenaikan gaji dan elaun bulanan Menteri Besar, EXCO kerajaan negeri dan Ahli Undangan Negeri (ADUN), kata bekas Menteri Besar, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Beliau tidak melihat rasional keputusan DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji itu semalam kerana kerajaan pakatan pembangkang belum mampu mengagihkan kekayaan ke seluruh negeri dan masih ada kawasan belum dimajukan sepenuhnya serta ramai rakyat masih menderita.

Perlu ada kewajarannya

"Sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Ketika saya mentadbir Selangor dulu, saya tidak pernah menaikkan gaji dan elaun Menteri Besar, EXCO dan ADUN. Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu," katanya kepada BH, semalam.

Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selangor, berkata walaupun kerajaan negeri berhak berbuat demikian, kepentingan rakyat perlu diutamakan.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata kenaikan gaji pemimpin politik di Selangor adalah tidak wajar dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

"Yang menerima kesannya adalah pekerja bawahan dan rakyat, apatah lagi kos kehidupan di negeri Selangor tinggi berbanding negeri lain. Sewajarnya mereka mengambil kira semua aspek sebelum membuat keputusan," katanya.

Jumlah tak munasabah

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata kenaikan melebihi 100 peratus tidak wajar meskipun kerajaan Selangor mempunyai banyak wang rizab.

Katanya, walaupun kenaikan gaji perlu, jumlah yang keterlaluan tidak munasabah.

"Gaji kakitangan kerajaan negeri juga patut dinaikkan 100 peratus. Saya yakin, kerajaan negeri mampu berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata keputusan kerajaan Selangor adalah tidak wajar ketika rakyat masih belum menikmati kehidupan sempurna di negeri itu.

"Mereka mendabik dada seolah-olah sudah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, walhal cukai pintu naik, pengangguran masih tinggi dan infrastruktur belum sempurna. Perkhidmatan kerajaan negeri juga tak capai KPI," katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, pula berkata kebanyakan rakyat di Selangor menghadapi kesempitan hidup akibat ekonomi tidak menentu sedangkan pemimpin mereka mementingkan diri sendiri dengan menaikkan gaji serta elaun.

"Mereka juga tidak memberikan alasan atau justifikasi terhadap kenaikan serta tidak bertanya pendapat akar umbi," katanya.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tiada kewajaran kenaikan gaji dan elaun sehingga melebihi 300 peratus daripada gaji asal.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL