Showing posts with label MAKANAN KUCING. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN KUCING. Show all posts

Thursday, October 23, 2025

PAWSLIFESTYLE: MAKANAN KUCING HALAL & TOYYIB DARI TURKI - PPIM - 23/10/2025

PAWSLIFESTYLE ialah jenama makanan kucing halal milik Bumiputera Muslim Malaysia, diimport dari Turki dan disahkan mengikut standard OIC SMIIC 1:2019.

Menawarkan makanan kucing kering dan basah seperti Mystic Chicken, MyFood Salmon dan PawPaw Fish.

Produk ini 100% halal, bersih dan bernutrisi, sesuai untuk pemilik kucing yang menitikberatkan aspek halal dan toyyib.

Wednesday, October 22, 2025

AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE PAWSLIFESTYLE SDN BHD - PPIM - 21/10/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah mengadakan perjumpaan bersama Pengasas & Pengarah Urusan Pawslifestyle Sdn Bhd (PLS), En Zailani Ali di Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Ampang. 

Turut serta, Dato' Aidit Ghazali dan Head of Sales and Distribution PLS, En Badrul Muhaymin.

Pawslifestyle Sdn. Bhd. (PLS) ialah syarikat milik Bumiputera Muslim yang komited untuk memberikan yang terbaik dalam penjagaan dan pemakanan kucing. Sebagai pengedar eksklusif makanan kucing premium yang diimport terus dari Turki, PLS komited dalam menawarkan produk yang memenuhi piawaian tertinggi dari segi pemakanan, keselamatan serta sumber yang beretika, dan yang paling penting — dijamin HALAL.

Monday, October 20, 2025

PPIM PERJELAS ISU MAKANAN KUCING DIDAKWA BERASASKAN BABI - MALAYSIA GAZETTE - 11/10/2025

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil memberi penjelasan berhubung isu tular melibatkan makanan kucing yang didakwa mengandungi bahan berasaskan babi, sekali gus menimbulkan kerisauan dalam kalangan pengguna Muslim.

Penasihat Agama PPIM, Ahmad Shahdan menjelaskan, meskipun kucing tidak tergolong dalam golongan mukallaf atau individu yang tertakluk kepada hukum syarak, tanggungjawab tetap terletak pada pemilik atau penjaganya yang beragama Islam.

“Kucing tidak ditaklifkan kerana mereka tiada agama. Namun, yang memegang, memberi makan dan menjaganya adalah manusia.

“Nabi Muhammad SAW bersabda kucing bukan najis dan ia adalah haiwan yang suci,” katanya menerus sebuah video ringkas.

Menurut beliau, penilaian terhadap hukum najis perlu dibuat berdasarkan bentuk bahan sama ada bersifat cecair (ma’i’at) atau pejal.

Katanya, jika makanan tersebut bersifat cecair dan mengandungi unsur babi, maka ia tergolong dalam najis berat (mughalazah) sekiranya disentuh dalam keadaan basah.

“Jika terkena pakaian, tempat atau tubuh, ia perlu disamak dengan tujuh kali basuhan, termasuk sekali dengan tanah. Perkara ini penting khususnya bagi mereka yang membawa kucing ke masjid atau kawasan solat,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahmad turut mengingatkan bahawa sumber asal bahan makanan turut memainkan peranan penting dalam hukum halal dan haram.

“Jika makanan itu dibuat daripada bahan najis seperti babi atau anjing, maka hukum penggunaannya adalah haram, termasuk dalam urusan jual beli. Dalam mazhab Syafi’i, jual beli sesuatu yang ada unsur najis adalah haram. Umat Islam perlu lebih berhati-hati dan pastikan setiap produk yang dibeli mempunyai pengesahan halal,” tegasnya.

PPIM turut menasihatkan pengguna Muslim agar meneliti label kandungan bahan sebelum membuat pembelian serta memilih produk yang jelas status halalnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM PERJELAS ISU MAKANAN KUCING DIDAKWA BERASASKAN BABI

https://malaysiagazette.com/2025/10/11/ppim-perjelas-isu-makanan-kucing-didakwa-berasaskan-babi

Saturday, October 11, 2025

PPIM DEDAH JENAMA MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI, PENGGUNA DISARAN BACA LABEL SEBELUM MEMBELI - WILDAN HAROUN - 10/10/2025

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang media khas (9 Okt 2025) bagi menjelaskan pendedahan lanjut berhubung beberapa jenama makanan kucing di pasaran yang didakwa mengandungi unsur babi.

Sidang media tersebut diadakan sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat pada 7 Oktober lalu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) berkata, pihaknya menerima pelbagai reaksi susulan pendedahan itu, termasuk kritikan kerana tidak menyenaraikan nama-nama jenama terlibat.

Toqqi menjelaskan bahawa sidang media kali ini bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai produk berkenaan, selain menyeru orang ramai agar lebih peka terhadap kandungan makanan haiwan peliharaan.

Beliau turut menegaskan bahawa beberapa produk yang dibawa semasa sidang media hari ini didapati mempunyai label “pork derivative” atau “contains pork” yang jelas menunjukkan penggunaan bahan berasaskan babi.

PPIM turut mengingatkan bahawa isu ini bukan sekadar melibatkan haiwan, tetapi berpotensi menyebabkan pencemaran najis babi dalam kawasan ibadah apabila kucing peliharaan yang diberi makanan berunsur babi dibawa masuk ke masjid atau surau.

#PPIM #MakananKucing #HalalHaram #IsuSemasa #BoikotIsrael #Toqqi #BeritaTikTok #KucingMalaysia

Sumber: Wildan Haroun (Facebook)

PPIM DEDAH JENAMA MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI, PENGGUNA DISARAN BACA LABEL SEBELUM MEMBELI

https://www.facebook.com/share/v/1Jpssyfe4Q

Thursday, October 9, 2025

HINDARI!!! JENAMA MAKANAN KUCING YANG MENGANDUNGI BABI... - SIDANG MEDIA PPIM - 09/10/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima pelbagai pertanyaan daripada pengguna berhubung kenyataan media yang dikeluarkan pada 7 Oktober lalu mengenai jenama-jenama makanan kucing di pasaran yang dikesan mengandungi unsur babi.

Sehubungan itu, bagi memperincikan perkara ini, PPIM telah mengadakan satu sidang media untuk menerangkan ciri-ciri tertentu dalam makanan kucing serta kepentingan memastikan status halal, walaupun untuk makanan haiwan peliharaan.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyeru umat Islam agar membaca label produk dengan teliti sebelum membeli, supaya tidak terbeli produk yang mengandungi unsur babi.

“Doa adalah senjata orang mukmin. Jika kita tidak berhati-hati dan memberi haiwan peliharaan makanan yang mengandungi babi, dikhuatiri ia boleh menjejaskan keberkatan dan penerimaan doa kita,” tegas Toqqi.

Beliau turut memaklumkan bahawa PPIM menerima banyak aduan daripada orang ramai yang melaporkan terdapat individu memberi makanan kucing di kawasan masjid, namun makanan tersebut mengandungi unsur babi.

“Amalan memberi makan kucing adalah sangat baik, namun jika makanan itu mengandungi unsur babi, ia boleh mencemarkan kesucian masjid yang merupakan tempat ibadah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku,” ujar beliau lagi.

PPIM juga mengingatkan pengguna agar berhati-hati dengan kandungan seperti meat derivatives yang sering dinyatakan pada label produk tetapi tidak menjelaskan jenis daging yang digunakan.

PPIM menyeru agar syarikat yang terlibat menyatakan secara jelas jenis daging yang digunakan dalam produk mereka. Jika tidak, PPIM akan menganggap bahawa daging tersebut berkemungkinan berasal daripada sumber babi.

Oleh itu, PPIM menyeru semua pengguna Islam untuk menyebarkan kesedaran ini dan memilih produk makanan kucing yang halal, demi kemaslahatan dan kebersihan umat Islam.

Untuk membantu pengguna membuat pilihan yang tepat, PPIM menyediakan maklumat lanjut mengenai senarai makanan kucing halal melalui laman sesawang rasmi di 👉 ppim.ngo

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Pengarah Latihan PPIM, Cikgu Izham Nayan, serta Penasihat Agama PPIM, Ustaz Ahmad Shadan.

PENGERUSI PPIM MENGINGATKAN UMAT ISLAM: PERLU BERHATI-HATI TERHADAP KANDUNGAN KETIKA MEMBELI MAKANAN KUCING - NANYANG SIANG PAU - 07/10/2025

 

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan, mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati agar ibadah doa mereka tidak terjejas. Beliau menasihatkan umat Islam supaya membeli makanan kucing yang tidak mengandungi bahan daripada babi.

Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan makanan kucing biasa mengandungi bahan yang berasal daripada babi, seperti hati babi atau bahan berkaitan, yang digunakan untuk menguatkan kesihatan kucing.

“Kami tiada pilihan lain, hanya boleh menyeru secara terbuka untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Beliau menambah, jika peniaga tertentu ingin menjual produk berasaskan babi, tiada siapa boleh menghalang mereka kerana ia merupakan hak perniagaan mereka.

“Kami hanya ingin memberi kesedaran kepada orang ramai dan pengguna. Jika seseorang bermain dengan kucing dan perkara itu memberi kesan, maka ia boleh menyebabkan ibadah solat turut terjejas, sedangkan solat ialah senjata bagi orang beriman.”

Nadzim Johan berkata dalam satu sidang media hari ini bahawa PPIM kebelakangan ini telah menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung makanan kucing yang mengandungi unsur babi.

Katanya, jika kucing atau ayam mahu makan daging babi, ia tidak menjadi masalah, tetapi memandangkan kucing secara umumnya lebih akrab dengan masyarakat, apabila kucing yang pernah makan makanan kucing mengandungi bahan babi masuk ke dalam masjid, masalah khusus akan timbul.

"(Kemudian) jika kita bermain dengan kucing, mereka mungkin menggigit kita dari semasa ke semasa, dan bukan itu yang kita mahu, kerana kita tidak mahu berdoa dengan tangan yang dicemari oleh babi. Ini adalah isu utama yang ingin kita bangkitkan."

Nadzim juga mengeluh bahawa walaupun makanan kucing ditandakan sebagai tidak halal dan mengandungi bahan daging babi, pengguna Islam masih "bodoh" membelinya kerana mereka tidak membaca ramuannya.

Tambahnya, sebaik sahaja umat Islam ini membawa makanan kucing yang mengandungi bahan babi ke masjid untuk memberi makan kucing, banyak masalah yang tidak perlu akan timbul.

“Oleh itu, kami menggesa semua (umat Islam) mengelak makanan yang tercemar dengan bahan babi, termasuk membaca (bahan makanan kucing) dan memilih makanan yang tidak mengandungi bahan babi.”

Menyeru orang ramai memboikot produk pro- Israel

Sebaliknya, untuk mengutuk kekejaman Israel dan menyokong rakyat Palestin , Nadzim juga menyeru rakyat untuk memboikot produk pro- Israel, seperti Coca-Cola, mulai sekarang .

Beliau menegaskan bahawa untuk menunjukkan ketidaksetujuan negara terhadap Zionisme, rakyat Malaysia harus melancarkan boikot selama lima tahun atau sehingga produk ini tidak lagi tersedia di negara ini.

"Boikot ini tidak sukar, seperti menghantar bantuan ke Gaza... Orang ramai tidak membelinya, ia tidak menelan kos satu sen pun."

Nadzim memberi contoh, peniaga kini boleh segera mengeluarkan Coca-Cola dari rak dan meletakkannya di sebelah kedai, menunggu pihak lain datang dan mengitar semulanya.

"Kami juga boleh memboikot restoran yang masih menjual Coca-Cola dan melihat apakah kesan akhir."

Mereka yang hadir termasuk Pengarah Latihan Persatuan Pengguna Islam Malaysia Izham Nayan dan Penasihat Agama, Datuk Aidid.

Artikel oleh: Nanyang Siang Pau

PENGERUSI PPIM MENGINGATKAN UMAT ISLAM: PERLU BERHATI-HATI TERHADAP KANDUNGAN KETIKA MEMBELI MAKANAN KUCING

https://www.enanyang.my/news/20251007/Nation/1022236

Tuesday, October 7, 2025

PENDEDAHAN MENGEJUT: MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI – ANCAMAN KEPADA KESUCIAN IBADAH - SIDANG MEDIA PPIM - 07/10/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima aduan mengenai makanan kucing dan didapati sejumlah produk makanan kucing di pasaran Malaysia yang dikhuatiri mengandungi babi, sekaligus menimbulkan persoalan serius terhadap pengguna Muslim.

Isu ini bukan sekadar melibatkan pengguna Muslim, tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesucian ibadah umat Islam, memandangkan haiwan peliharaan yang diberi makanan tidak halal berpotensi menjejaskan kebersihan di rumah dan kawasan solat. Sehubungan dengan itu, PPIM telah mengadakan satu sidang media bagi membincangkan isu ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL