Showing posts with label LABEL BERAS IMPORT DAN TEMPATAN. Show all posts
Showing posts with label LABEL BERAS IMPORT DAN TEMPATAN. Show all posts

Friday, July 21, 2023

NGO SARAN MANSUH PENGGUNAAN LABEL BERAS IMPORT, TEMPATAN - SINAR HARIAN - 18/07/2023

 

KANGAR - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih.

Presiden Persatuan Pengilang Beras SPB Melayu Kedah-Perlis, Marzukhi Othman berkata, label beras Super Spesial Tempatan (SST) dan Super Spesial Import (SSI) pada kampit beras putih membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

"Saya cadangkan agar kita tidak perlu lagi letak label beras SST atau SSI pada kampit beras dan hanya letak label beras putih bagi mengelak berlakunya manipulasi orang tengah.

"Ini kerana harga beras tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram (kg), manakala harga beras import bergantung kepada harga pasaran,” katanya pada Selasa.

Beliau berkata, pemansuhan label yang membezakan beras import dan beras tempatan juga akan memberi keadilan kepada petani, pengilang dan pengguna serta dapat mengharmonikan kembali industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini memberi amaran tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menukar bh  bungkusan atau label beras tempatan serta menjualnya di pasaran pada harga beras import untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda, kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan senada dengan cadangan pemansuhan label beras import dan tempatan pada kampit beras putih bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang hanya merugikan pengguna.

Katanya, pengguna juga perlu diberi pendedahan agar dapat membuat pilihan yang tepat ketika membeli barang dan tidak mudah tertipu.

Sementara itu Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 31 pemborong dan 385 premis di seluruh negara menerusi Op Jamin bagi menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.

"Setakat ini KPDN menerima 14 aduan daripada orang ramai berhubungkan kekurangan beras SST di pasaran,” katanya. – Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

NGO SARAN MANSUH PENGGUNAAN LABEL BERAS IMPORT, TEMPATAN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2207520

NGOS URGE GOVT TO ABOLISH USE OF LOCAL, IMPORTED RICE LABELS - BERNAMA - 18/07/2023

 

KANGAR, July 18 (Bernama) — Several non-governmental organisations (NGO) has proposed that the government abolish the use of imported and local rice labels to overcome the issue of switching white rice labels. 

Kedah-Perlis SPB Malay Rice Millers Association president Marzukhi Othman said labelling white rice packages with "Super Special Local" (SST) and "Super Special Import" (SSI) would create opportunities for unscrupulous parties to make excessive profits. 

"I suggest we remove the SST or SSI labels from rice packages to prevent middlemen from manipulating them.

"This is because local rice is priced at RM2.60 per kg, while imported rice varies based on the market," he told Bernama today. 

He said removing the label that distinguishes imported rice from local rice would benefit farmers, manufacturers and consumers, and could harmonise the industry. 

The Domestic Trade and Cost of Living Ministry (KPDN) had warned that it would take stern action against irresponsible parties who switch the package or label of local rice and sell it as imported rice to reap a huge profit, as it was an offence under Section 5 of the Trade Descriptions Act 2011.

Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said the proposal to abolish the use of imported and local rice labels would avoid misappropriation that could harm consumers. 

He said consumers also must be informed so that they can make wise purchasing decisions and avoid falling victim to deception. 

KPDN enforcement director-general Datuk Azman Adam, when contacted, said they had inspected 31 wholesalers and 385 premises nationwide through Op Jamin to monitor the rice supply. 

"So far, KPDN has received 14 complaints from the public regarding the lack of SST rice in the market," he said. 

Article by: Bernama

NGOS URGE GOVT TO ABOLISH USE OF LOCAL, IMPORTED RICE LABELS 

NGO SARAN KERAJAAN MANSUH PENGGUNAAN LABEL BERAS IMPORT DAN TEMPATAN - BERNAMA - 18/07/2023

 

KANGAR, 18 Julai (Bernama) Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan agar kerajaan memansuhkan penggunaan label beras import dan beras tempatan bagi mengatasi isu tukar label kampit beras putih. 

Presiden Persatuan Pengilang Beras SPB Melayu Kedah-Perlis Marzukhi Othman berkata label beras Super Spesial Tempatan (SST) dan Super Spesial Import (SSI) pada kampit beras putih membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. 

"Saya cadangkan agar kita tidak perlu lagi letak label beras SST atau SSI pada kampit beras dan hanya letak label beras putih bagi mengelak berlakunya manipulasi orang tengah.

“Ini kerana harga beras tempatan ditetapkan pada harga RM2.60 sekilogram (kg), manakala harga beras import bergantung kepada harga pasaran,” katanya kepada Bernama hari ini. 

Katanya pemansuhan label yang membezakan beras import dan beras tempatan juga akan memberi keadilan kepada petani, pengilang dan pengguna serta dapat mengharmonikan kembali industri. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) baru-baru ini memberi amaran tindakan tegas terhadap peniaga yang didapati menukar bungkusan atau label beras tempatan serta menjualnya di pasaran pada harga beras import untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda, kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan senada dengan cadangan pemansuhan label beras import dan tempatan pada kampit beras putih bagi mengelak berlakunya penyelewengan yang hanya merugikan pengguna. 

Katanya pengguna juga perlu diberi pendedahan agar dapat membuat pilihan yang tepat ketika membeli barang dan tidak mudah tertipu. 

Sementara itu Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam ketika dihubungi berkata pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 31 pemborong dan 385 premis di seluruh negara menerusi Op Jamin bagi menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara. 

"Setakat ini KPDN menerima 14 aduan daripada orang ramai berhubungkan kekurangan beras SST di pasaran: katanya. 


Artikel oleh: Bernama

NGO SARAN KERAJAAN MANSUH PENGGUNAAN LABEL BERAS IMPORT DAN TEMPATAN

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2207520

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL