Showing posts with label DIESEL. Show all posts
Showing posts with label DIESEL. Show all posts

Wednesday, June 26, 2024

SEMBANG KL | DIESEL: PENYASARAN SUBSIDI; NAK ELAK NEGARA RUGI - KLFM - 25/06/2024

 


SEMBANG KL - SELASA
25 JUN 2024

DIESEL: PENYASARAN SUBSIDI; NAK ELAK NEGARA RUGI

BERSAMA ENCIK ZHARIF JOHOR
SETIAUSAHA KERJA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

PENERBIT : RIDZ DOLLAH
PENYAMPAI : ASHILA ASHURA

Sumber: KLfm (Facebook)

SEMBANG KL | DIESEL: PENYASARAN SUBSIDI; NAK ELAK NEGARA RUGI

https://www.facebook.com/KlfmRentakInteraktifKota/videos/282685234872425/

Saturday, February 24, 2024

BANGUN SISTEM KHAS KAWAL BEKALAN DIESEL, PETROL - PPIM - SINAR HARIAN - 24/02/2024

 

SHAH ALAM - Kerajaan perlu membangunkan sistem khusus bagi memastikan bekalan diesel mahupun petrol bersubsidi di negara ini tidak dimanipulasi pihak tertentu yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat asing.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, undang-undang sedia ada sudah memadai sekiranya kaedah penguatkuasaan dan kawalannya dilaksanakan dengan teliti serta efisien.

Menurutnya, kerana itu perlunya sistem khas agar bekalan bahan api tersebut tidak diambil sewenang- wenangya serta dapat dikawal daripada segi jumlah yang lebih munasabah.

“Tak perlu lihat kes seludup diesel semata-mata, tapi lihat bagaimana petrol bersubsidi juga digunakan pemilik kereta asing daripada Singapura dan Thailand.

“Ini juga merupakan bentuk ketirisan yang berlaku. Perkara ini telah disuarakan sejak sekian lama dan kita mahu kerajaan ambil tindakan lebih tegas terhadap situasi ini,” katanya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Nazdim berkata, perkembangan itu amat mengecewakan ketika rakyat berdepan cabaran kos sara hidup ketika ini.

Justeru, beliau mengharapkan kesungguhan pihak berkuasa bagi memastikan ia tidak berterusan dan memberi kesan buruk kepada rakyat.

“Tidak pasti adakah wujud pakatan (kegiatan seludup diesel). Masalah apabila ada kartel yang menguasai. Kita seperti dipergunakan,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

BANGUN SISTEM KHAS KAWAL BEKALAN DIESEL, PETROL - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/651117/berita/nasional/bangun-sistem-khas-kawal-bekalan-diesel-petrol---ppim

Wednesday, September 2, 2015

HARGA TERKINI RON95 RON97 & DIESEL MULAI 1 SEPTEMBER 2015


Berikut adalah harga bagi ketiga-tiga bahan bakar tersebut mulai pada jam 12.01 tengah malam 1 september 2015. 

Untuk info, pengumuman rasmi harga terkini jualan runcit RON95, RON97 dan Diesel mulai September 2015 hanya akan diumumkan selepas jam 9.00 malam 31 Ogos 2015.

Menerusi pekeliling yang diedarkan oleh stesen minyak, harga rasmi terkini bagi RON95 adalah RM1.95 sen seliter, RON97 RM2.35 sen seliter termasuk GST manakala Diesel RM1.80 seliter berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi 1 September 2015. Ini mencatatkan penuruan harga RON97 dan RON95 turun sebanyak 10 sen. Manakala harga Diesel turun 15 sen mulai 1 September 2015.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 September 2015 (Rasmi)
  • RON95: RM1.95 sen seliter
  • RON97: RM2.35 sen seliter (Termasuk GST)
  • Diesel: RM1.80 sen seliter
Rasmi: Berkuatkuasa jam 12.01 malam ini (1/9/15) harga baru RON95 adalah RM1.95/liter, RON97 RM2.35/liter dan Diesel RM1.80 sen seliter. Harga RON97 & RON95 turun 10sen. Harga Diesel turun 15sen mulai 1 September 2015.


Harga Minyak Bulan Ogos 2015
RON95: RM2.05 Sen Seliter
RON97: RM2.45 Sen Seliter
Diesel: RM1.95 Sen Seliter

Harga Minyak Bulan Julai 2015
RON95: RM 2.15 Sen Seliter
RON97: RM 2.55 Sen Seliter
Diesel: RM2.05 Sen Seliter

Harga Minyak Bulan Jun 2015
RON95: RM2.05 Sen Seliter
RON97: RM2.35 Sen Seliter
Diesel: RM 2.05 Sen Seliter

Harga Minyak Bulan Mac, April & Mei 2015
RON95: RM 1.95 Sen Seliter
RON97: RM 2.25 Sen Seliter (Termasuk GST 6%)
Diesel: RM 1.95 Sen Seliter

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL