Showing posts with label DATUK NOOR HISHAM ABDULLAH. Show all posts
Showing posts with label DATUK NOOR HISHAM ABDULLAH. Show all posts

Thursday, January 19, 2017

TEPUNG DI PASARAN SELAMAT DIGUNAKAN – HARIAN METRO – 19/1/2017

harian metro 19.1.2017

Putrajaya: Pemantauan Kementerian Kesihatan(KKM) terhadap pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan bahan peluntur Benzoil Peroksida (BP) adalah di bawah kadar dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 membenarkan BP sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg).

“BP sudah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).

“Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme membenarkan membenarkan penggunaan BP dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti saintifik terkini dari badan antarabangsa membuktikan mana-mana bahan dalam makanan berbahaya kepada kesihatan.

“Ia termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur yang boleh menyebabkan kanser seperti yang tersebar di laman sosial

 




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3374) TEPUNG DI PASARAN SELAMAT DIGUNAKAN - HARIAN METRO - 19/1/2017

                 harian metro 19.1.2017

  Putrajaya: Pemantauan Kementerian Kesihatan(KKM) terhadap pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan bahan peluntur Benzoil Peroksida (BP) adalah di bawah kadar dibenarkan. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 membenarkan BP sebagai kondisioner makanan di bawah aditif makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg). "BP sudah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). "Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme membenarkan membenarkan penggunaan BP dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya terdapat bukti saintifik terkini dari badan antarabangsa membuktikan mana-mana bahan dalam makanan berbahaya kepada kesihatan. "Ia termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya. Sebelum ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan terdapat beberapa jenama tepung yang didakwa mengandungi bahan peluntur yang boleh menyebabkan kanser seperti yang tersebar di laman sosial

BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG SELAMAT – BERITA HARIAN – 19/1/2017

berita harian 19.1.2017

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahan peluntur benzoil peroksida dalam kebanyakan tepung gandum di negara ini selamat dimakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg). Katanya, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan menerusi jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). “Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa di bawah Program Piawai Makanan kerjasama FAO/WHO Food, membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg, ” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Semalam, beberapa akhbar melaporkan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kebanyakan tepung gandum dipasarkan di negara ini mengandungi benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Dr Noor Hisham berkata, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum dibenarkan di negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan. Katanya, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya wujud bukti saintifik terkini daripada badan antarabangsa seperti CAC dan JECFA mengenai bahan bahaya dalam makanan kepada kesihatan. “Ini termasuk mengkaji semula peraturan makanan sedia ada menerusi Peraturan-Peraturan Makanan 1985. “Kementerian sentiasa memantau isu terkini berhubung keselamatan makanan. Dalam hal ini, pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida di bawah kadar dibenarkan,” katanya.

Selanjutnya di : http://ift.tt/2jXoGrl




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3373) BENZOIL PEROKSIDA DALAM TEPUNG SELAMAT - BERITA HARIAN - 19/1/2017

                   berita harian 19.1.2017

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahan peluntur benzoil peroksida dalam kebanyakan tepung gandum di negara ini selamat dimakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 membenarkan benzoil peroksida sebagai kondisioner makanan dalam tepung pada kadar tidak melebihi 50 miligram/kilogram (mg/kg). Katanya, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan menerusi jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO). "Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa di bawah Program Piawai Makanan kerjasama FAO/WHO Food, membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg, " katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Semalam, beberapa akhbar melaporkan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa kebanyakan tepung gandum dipasarkan di negara ini mengandungi benzoil peroksida yang boleh menjejaskan kesihatan. Dr Noor Hisham berkata, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum dibenarkan di negara lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan. Katanya, kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya wujud bukti saintifik terkini daripada badan antarabangsa seperti CAC dan JECFA mengenai bahan bahaya dalam makanan kepada kesihatan. "Ini termasuk mengkaji semula peraturan makanan sedia ada menerusi Peraturan-Peraturan Makanan 1985. "Kementerian sentiasa memantau isu terkini berhubung keselamatan makanan. Dalam hal ini, pemantauan ke atas pelbagai jenama tepung di pasaran menunjukkan kandungan benzoil peroksida di bawah kadar dibenarkan," katanya. Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/236230

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL