Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersiaran dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang bertajuk "Balik Kampung: Jaga Adab di Jalan Raya".
Saturday, April 13, 2024
Friday, April 22, 2022
KELUAR LESEN KHAS 'CAR POOL' BALIK RAYA - KOSMO - 20/04/2022
PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan pihak berkuasa mengeluarkan lesen khas bagi pemandu yang ingin membuat perkhidmatan kongsi kereta atau ‘car pool’ bagi menampung kekurangan pemandu bas.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, usaha itu mampu mengatasi masalah kekurangan pemandu bas selain memberi peluang orang ramai pulang beraya di kampung sekiranya tiada kenderaan sendiri.
“Mungkin boleh beri lesen khas kepada mana-mana pemandu yang ingin buat car pool beri orang lain tumpang pulang ke kampung yang sama negeri atau kawasan berdekatan.
“Usaha seperti ini boleh atasi masalah yang timbul dan pada masa sama, semua boleh balik kampung beraya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Industri pengangkutan bas awam di seluruh negara kini mengalami masalah kekurangan pemandu bas ekoran ramai telah beralih kerja.
Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R. Thiagarajan meminta pengendali syarikat bas ekspres untuk mencari pemandu sementara bagi memenuhi permintaan tinggi bagi perjalanan antara negeri pada Aidilfitri nanti.
“Dalam situasi ini, syarikat pengendali boleh memanggil semula pekerja mereka yang sebelum ini telah berhijrah atau diberhentikan kerja untuk mengisi kekosongan.
“Biasanya, pemandu yang mempunyai pengalaman membawa bas ekspres sebelum ini tidak mempunyai masalah untuk kembali bertugas memandangkan sudah terlatih sekali gus mampu mengurangkan risiko kemalangan,” jelasnya.
Sementara itu, Yang di-Pertua Persatuan Pengusaha Bas Ekpres Semenanjung Malaysia, Laili Ismail turut mengesahkan banyak syarikat pengendali bas ekspres mengalami masalah ketiadaan pemandu selepas PKP.
“Bagi pihak saya, kami kekurangan lebih 25 peratus pemandu dan jumlah itu perlu diisi segera bagi memastikan perjalanan orang ramai ke kampung halaman pada Aidilfitri teratur.
“Jadi, bagi mengatasi masalah itu, kami sedang dalam proses pengambilan pemandu baharu yang mana calon perlu bebas dadah dan ada pengetahuan dalam pengendalian bas ekspres,” ujarnya.
Artikel oleh: Kosmo
KELUAR LESEN KHAS 'CAR POOL' BALIK RAYA
https://www.kosmo.com.my/2022/04/20/keluar-lesen-khas-car-pool-balik-raya/
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)
.jpeg)




