Sekitar Kebun Bandar Villa Puteri bertempat di Villa Puteri Condominium memperlihatkan ruang hijau yang diurus dengan teliti, merangkumi pelbagai tanaman serta elemen ekologi yang menyokong keseimbangan alam. Antara tarikan utama ialah kehadiran lebah kelulut, yang berperanan penting dalam proses pendebungaan sekaligus meningkatkan produktiviti kebun dan kelestarian persekitaran.
Saturday, November 29, 2025
Wednesday, November 26, 2025
SESI PODCAST | KES AUTISME BERTAMBAH KRONIK - SEMUA KENA BERTINDAK - PPIM - 26/11/2025
Keadaan dalam Bahaya, Kerana Peningkatan Kes Autisme di Malaysia.
Telah berlangsung, sesi podcast PPIM yang bertajuk "Kes Autisme Bertambah Kronik - Semua Kena Bertindak".
Malaysia menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan kanak-kanak yang dikenal pasti berada dalam spektrum autisme. Dimana Salah kita??? Apakah Puncanya? Kenapa statistik kes mendadak naik? Apa yang perlu dilakukan?
Fenomena ini bukan sahaja memberi cabaran kepada keluarga, malah sistem pendidikan, kesihatan dan masyarakat secara keseluruhan
Autisme Spectrum Disorder (ASD) ialah gangguan perkembangan neurologi yang menjejaskan cara seseorang berkomunikasi, berinteraksi dan memproses maklumat.
Tanpa sokongan awal, remaja dan dewasa autistik mungkin menghadapi kesukaran untuk berdikari, bekerja atau bersosial.
Peningkatan kes autisme di Malaysia adalah sesuatu yang perlu ditangani dengan segera, ia menuntut perhatian serius. Dengan kesedaran yang lebih tinggi, intervensi awal, dasar kerajaan yang kukuh, dan sokongan komuniti, kanak-kanak autistik berpotensi untuk membesar sebagai individu berdikari dan berjaya.
Tuesday, November 25, 2025
SIAPA BAGI KEBENARAN PEMBINAAN TOL DI GENTING - IPK TV - 24/11/2025
Kuala Lumpur, 24.11.25, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembinaan struktur tol yang didakwa sedang dibina di jalan menuju ke Genting Highlands.
Menurut beliau, PPIM menerima banyak adu4n daripada penduduk setempat dan para pemandu yang keliru serta mempersoalkan kewujudan struktur berkenaan.
“Toqqi berkata, pasukan PPIM turut melakukan semakan, namun menimbulkan persoalan besar apabila tidak dapat dipastikan sumber kelulusan pembinaan tersebut. Beliau mempersoalkan bagaimana autoriti sebegitu boleh ‘terlepas’ ke tangan individu tertentu.
Katanya, isu ini menyentuh hak rakyat dan memerlukan penjelasan segera.
“Kita minta pihak berkaitan tampil menjawab bagaimana mereka memperoleh autoriti untuk membina struktur yang seolah-olah tol ini. Pembinaan tersebut melibatkan aspek pengangkutan, keselamatan dan kepentingan orang ramai,” tegasnya.
Sehubungan itu, PPIM menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa atau pelanggaran peraturan dalam projek berkenaan.
#Genting #SCJ
Sumber: IPK TV
SIAPA BAGI KEBENARAN PEMBINAAN TOL DI GENTING
https://www.tiktok.com/@ipk.tv5/video/7576249305267227911?is_from_webapp=1&sender_device=pc
PPIM GESA JAWAPAN SEGERA: SIAPA LULUSKAN PLAZA "STESEN CAJ JALAN'" DI GENTING HIGHLANDS? - AATV - 24/11/2025
KUALA LUMPUR, 24 November 2025 — Isu pembinaan sebuah struktur plaza tol di laluan menuju ke Genting Highlands terus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengguna jalan raya dan penduduk setempat. Ramai meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa kewujudan struktur tersebut berlaku secara tiba-tiba dan tanpa makluman jelas daripada pihak berkuasa.
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan atau dikenali Toqqi mengesahkan pihaknya turut menerima banyak aduan daripada masyarakat yang keliru dan mempersoalkan status serta kelulusan projek berkenaan.
Menurut beliau, pasukan PPIM telah membuat semakan awal dan mendapati terdapat beberapa perkara yang meragukan.
“Kita pun menerima banyak panggilan daripada penduduk dan pemandu. Mereka tanya, ‘Eh, apa hal ni tiba-tiba ada tol?’ Kita pun pelik. Team kita dah cek, dari mana datang kelulusan ini? Bagaimana autoriti boleh terlepas kepada individu? Siapa yang beri kuasa untuk bina tol?” katanya.
Nadzim menegaskan bahawa pembinaan struktur tol bukan perkara kecil kerana ia melibatkan keselamatan, aliran trafik, kemudahan awam dan kepentingan rakyat.
“Silap sikit pun, di sesetengah kawasan, langsung tak dibenarkan buat apa-apa struktur. Ini pula sudah ada bentuk, ada tempat menahan kenderaan… ini melibatkan transport, keselamatan dan orang ramai. Kita minta perkara ini disiasat segera oleh pihak berkuasa,” tambahnya.
PPIM menyeru pihak berkaitan tampil memberikan penjelasan terbuka supaya keresahan masyarakat dapat dirungkai, selain memastikan tiada pihak mengambil kesempatan melalui projek yang tidak jelas statusnya.
#PPIM #IsuTolGenting #HakRakyat #TanyaSiapaLulus #GentingHighlands
Sumber: AATV
PPIM GESA JAWAPAN SEGERA: SIAPA LULUSKAN PLAZA "STESEN CAJ JALAN'" DI GENTING HIGHLANDS?
https://www.tiktok.com/@aatv.share/video/7576252994623245575?_r=1&_t=ZS-91gEJtlsXQb
Thursday, November 20, 2025
AKTIVITI | PROGRAM KEMPEN KEPENGGUNAAN PPIM & TNB - PPIM - 19/11/2025
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, telah hadir sebagai panel dalam Program Kempen Kepenggunaan PPIM & TNB yang berlangsung di Darul Quran PITAS, Sungai Tua, Gombak.
Program ini menekankan kepentingan kesedaran kepenggunaan serta tanggungjawab pengguna, khususnya kepada para pelajar tahfiz. Para pelajar turut didedahkan tentang kepentingan tenaga dan peranan mereka dalam menguruskan tenaga dengan betul agar mereka dapat menjadi pengguna yang celik tenaga.
Wednesday, November 19, 2025
AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KEM JATIDIRI & KEPIMPINAN ANAK BINA MUSLIMIN GABUNGAN INSTITUSI PERKID MALAYSIA 2025 - PPIM - 18/11/2025
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi, hadir memenuhi jemputan PERKID Malaysia di Majlis Perasmian Penutupan Program Kem Jatidiri & Kepimpinan Anak Bina Muslimin Gabungan Institusi PERKID Malaysia 2025 yang berlangsung di KemPERKID Malaysia, Hulu Langat.
Majlis dirasmikan oleh Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tn. Hj. Sabirin Mohd Sarbini.
Tuesday, November 18, 2025
AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PENGERUSI BERNAMA - PPIM - 18/11/2025
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama delegasi PPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chui Wai di Wisma BERNAMA, Kuala Lumpur .
Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan sebagai rakan media serta meneroka kerjasama strategik dalam memperjuangkan isu-isu kepenggunaan demi manfaat masyarakat.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2025
(300)
-
▼
November
(28)
- GALERI | KEBUN BANDAR VILLA PUTERI - PPIM - 29/11/...
- SESI PODCAST | KES AUTISME BERTAMBAH KRONIK - SEMU...
- SIAPA BAGI KEBENARAN PEMBINAAN TOL DI GENTING - IP...
- PPIM GESA JAWAPAN SEGERA: SIAPA LULUSKAN PLAZA "ST...
- AKTIVITI | PROGRAM KEMPEN KEPENGGUNAAN PPIM & TNB ...
- AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM KEM ...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PENGERUSI BERN...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-25: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERTEMUAN STRATEGIK BERSAMA...
- WAJAR DIKENAKAN DENDA JIKA ENGGAN BAYAR PAMPASAN -...
- CADANG WAJIBKAN TELCO BAYAR PAMPASAN - SINAR HARIA...
- AKTIVITI | PROGRAM PERTEMUAN PENGERUSI MAIS BERSAM...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- AKTIVITI | PERSIDANGAN CUKAI KEBANGSAAN 2025 - PPI...
- AKTIVITI | MAJLIS MAKAN MALAM UKHUWAH ANGKATAN PER...
- AKTIVITI | KONVENSYEN SENI SILAT MELAYU ANTARABANG...
- MENTERI KOMUNIKASI SAMBUT BAIK KUNJUNGAN PPIM, SAR...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MENTERI KOMUNIK...
- AKTIVITI | SESI PODCAST: MEMBERI RAWATAN ALTERNATI...
- AKTIVITI | MAJLIS APRESIASI HIGH TEA RAKAN STRATEG...
- AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGURUSA...
- PPIM BANTAH TINDAKAN 'MUSLIM FRIENDLY WATCH' KELUA...
- PPIM URGES PROBE INTO GROUP BEHIND 'MUSLIM CHOICE'...
- AKTIVITI | SESI TAKLIMAT KHAS: KESAN RECIPROCOL TR...
- PPIM GESA SIASAT MFW ISU ISTILAH 'MUSLIM CHOICE' -...
- AKTIVITI | LAWATAN KE PUSAT RAUDHOH TAHFIZ AL-QURA...
- BNPL NIKMAT BERBELANJA KE HUTANG ‘SENYAP’ TAK JANG...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
-
▼
November
(28)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)




.jpeg)




.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

