Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Hi-Tea PPIM bersama media bagi menghargai jalinan kerjasama erat ini.
Lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media negara ini telah membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.
PPIM ingin mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan kerjasama ini agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan rakyat.
KUALA LUMPUR, 31 MAC: Sejak penubuhan
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 14 Jun 1997 kami telah
menjalinkan kerjasama erat bersama rakan-rakan media khususnya dalam
meningkatkan kesedaran awam tentang hak dan peranan pengguna.
Lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media
negara ini yang telah membantu PPIM mencapai matlamat mengukuhkan dan
memartabatkan pengguna Islam khususnya dalam negara ini.
Dengan sokongan rakan-rakan media, PPIM merupakan organisasi buka
kerajaan pertama yang menjalankan aktiviti mencegah dan menyelesaikan masalah
berkaitan Ceti Haram atau Ah Long dan menjadi saluran suara yang membawa
perubahan lanskap kepenggunaan Muslim.
Segala kejayaan yang dicapai hari ini tidak datang dengan mudah tanpa
cabaran dan akan sentiasa berdepan dengan pelbagai rintangan di masa akan
datang.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata apa jua cabaran yang
melanda, PPIM akan terus berjuang bagi mempertahankan maruah pengguna Muslim
dan melindungi mereka daripada perkara-perkara yang syubhah dan haram seperti
riba, penggunaan servis atau barangan yang diragui.
Walaupun hanya seramai 120 orang petugas sepenuh masa di PPIM, persatuan
ini mendapat sokongan dan kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah
semakin meningkat setiap hari.
Antara program PPIM yang banyak mendapat perhatian pihak media
adalah program agihan bekakan makanan
Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot Coca- Cola,
Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa Program perbincangan
isu semasa di televisyen.
PPIM ingin mengajak rakan-rakan media untuk terus memperkuatkan jalinan
kerjasama ini agar lebih banyak usaha dapat diketengahkan demi kebaikan untuk
rakyat.
Toqqi sentiasa berpesan kita sudah tidak ada masa untuk leka dan harus
sentiasa peka dengan situasi masa kini.
"Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus
lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada
apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung
kepada kita," katanya.
Anak muda harus lupakan keseronokan yang melalaikan dan menggunakan
tenaga yang ada untuk memperjuangkan hak pengguna Islam dan melindungi negara
dari apa jua yang bakal tiba.
Justeru, PPIM berharap jalinan kerjasama dengan rakan-rakan media dapat
memberi nilai tambah kepada segala usaha
kerajaan yang baik dalam mentadbir urus negara.
"Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya," katanya.
Klang akan ‘tenggelam’ menjelang tahun 2050 jika sistem pentadbiran dan intergriti tidak diperbaiki.
Klang telah dilanda banjir lima kali dalam tempoh lima bulan, dengan yang paling teruk pada 17 dan 18 Disember 2021 tahun lepas.
Kenaikan paras air laut dan perubahan iklim
dijangka melanda Klang dengan teruk pada masa hadapan, jika tiada langkah
mitigasi dilaksanakan.
Ini adalah amaran dan ancaman kepada
penduduk Klang dan PPIM menggesa kerajaan untuk melakukan sesuatu bagi
memperbaiki semua sistem keselamatan dan patuhi integriti.
"Klang akhirnya akan ditenggelami air
menjelang 2050 jika tiada apa yang dilakukan."
Pusat Tadbir Urus dan Kajian Politik
(Cent-GPS), yang mengatakan bahawa banyak bandar pantai di negara ini, termasuk
Klang akan berada di bawah air dalam tempoh kira-kira 30 tahun.
PPIM juga merujuk kepada laporan
penyelidikan lain yang dikeluarkan oleh Nature.com yang mengatakan bahawa
sebahagian daripada Klang akan berada di bawah air akibat peningkatan paras
laut dan perubahan iklim.
Klang merupakan bandar pelabuhan terpenting
dengan kepadatan penduduk yang tinggi yang memerlukan perhatian serta
kepimpinan yang amanah dan meningkatkan kapasiti sistem perparitannya dan
mendidik masyarakat yang patriotik.
Tanggungjawab pihak PBT untuk melebarkan
longkang monsun, menambah kapasiti pintu air, membina kolam penahan banjir, dan
menambah ketinggian benteng di sepanjang kawasan pantai dan tempat berisiko.
PPIM menyeru melatih pegawai penguatkuasa
yang penuh integriti, amanah bertanggungjawab untuk pekerjaan ini.
Enam negeri telah dilanda banjir sejak
beberapa bulan kebelakangan ini dengan berpuluh-puluh nyawa terkorban dengan
kerosakan besar pada harta benda serta gangguan besar kepada ekonomi.
Bagi golongan B40 dan M40 banjir kali ini amat membebankan keluarga kerana mereka terpaksa menanggung kerugian dan kesengsaraan akibat banjir selepas menghadapi kehilangan pekerjaan dan pendapatan semasa pandemik Covid-19.
PANTAI
DALAM – Pengusaha Restoran Anis Puteri, Rozita Mohamad, 53, meluahkan rasa
syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana
menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam
selama dua minggu.
Operasi roboh
dijadualkan hari ini namun ditangguhkan selepas Pengerusi Persatuan Penduduk
Flat Taman Pantai Dalam menyerahkan surat aku janji membenarkan DBKL merobohkan
tembok jjka gagal buat rayuan dalam tempoh 14 hari.
Beliau berkata,
benteng itu dibina atas tanah Pejabat Tanah Galian bersebelahan tanah pemaju
Atrium berikutan banjir besar yang melanda Lembah Klang termasuk kawasan itu
pada penghujung tahun lalu.
“Saya sudah
menetap di kawasan ini sejak tahun 90 an dan pemilik asal tanah Carlton Holiday
membenarkan saya untuk membuat parking bagaimanapun selepas 2012 diambil alih
oleh Atrium, kebenaran itu ditarik balik.
“Silap saya
kerana tidak memaklumkan atau menghantar surat kepada DBKL untuk membina
benteng berkenaan.
“Ia dibuat
kerana permintaan Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam yang bimbang
melihat hakisan tanah yang keluar dari tanah pemaju itu dan menghalang lalu
lintas kawasan berkenaan.
“Kos binaan itu lebih RM50,000 disumbangkan bagi membantu isu hakisan dan banjir kilat kawasan itu,” katanya kepada Wacanakini.com.
Turut
hadir Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan,
Pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Borang Selayang, Mohamad Pandu Insani Yahya,
Ahli Jawatankuasa MPP Sub Son Lima Lembah Pantai Kamarulzaman dan Pengerusi
Persatuan Penduduk Flat Taman Pantai Dalam, Mohd Suhaimi Che Him.
Sementara itu,
Mohd Suhaimi mengucapkan terima kasih terhadap keprihatinan DBKL yang mendengar
luahan rakyat.
“Kami berharap
benteng ini kekal kerana ia membantu penempatan rakyat tidak terjejas dek
lumpur banjir setiap kali hujan.
“Benteng ini
tidak menjejaskan tapak asal pemaju, jika pemaju ada rancangan pembangunan
mungkin boleh dicantikkan dan kukuhkan terlebih dahulu kawasan ini bagi
mengelakkan hakisan tanah,” katanya.
KUALA LUMPUR : Amat mengejutkan apabila tular di media sosial
gaji CEO Sapura Energy, sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di
rantau ini dikatakan menerima gaji RM200,000 sehari.
Menurut
kenyataan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, di sebalik berita mengejutkan itu,
Sapura Energy pula dikatakan sedang diancam kebankrapan setelah mencatatkan
kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.
Akibat
kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan
kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung.
Sekiranya
Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami
kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.
Di
samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan
kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan
seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50% daripada sahamnya.
PPIM
memandang serius akan perkembangan korporat ini sebagai satu drama yang
membuatkan rakyat marhaen terkesima lebih-lebih lagi apabila didedahkan pada
2018 Ketua Pegawai Eksekutifnya meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun
atau lebih kurang RM200,000 sehari!
PPIM
mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat ini di mana seseorang
yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang
melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’,
sekali lagi menggunakan wang rakyat!
Mungkin
jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata
ianya sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila
tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah
dipersia-siakan.
Artikel oleh: WacanaKini
10.6 JUTA PELABUR ASB RUGI RM4BILION JIKA SAPURA ENERGY BANKRAP?
Pantai Dalam: Hari ini PPIM telah membuat satu rundingan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu perobohan benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam kira-kira jam 9 pagi tadi.
Turut hadir, toqqi@Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM yang turun padang bagi membuat rundingan sewajarnya agar pihak DBKL tidak bertindak terburu-buru dalam usaha ingin merobohkan benteng tersebut.
"Kita tak salahkan DBKL sebab mereka hanya menjalankan tugas. Cuma kita minta supaya perkara ini dilihat semula. Mungkin ada yang kita terlepas pandang." Jelas beliau.
Walaubagaimana pun, hasil rundingan mendapati pihak DBKL telah pun menangguhkan roboh benteng halang hakisan bersebelahan Taman Pantai Dalam itu selama dua minggu.
Rata-rata Penduduk Flat Taman Pantai Dalam meluahkan rasa syukur atas pertimbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas operasi roboh dijadualkan hari ini namun ditangguhkan selepas surat aku janji membenarkan DBKL merobohkan tembok jjka gagal buat rayuan dalam tempoh 14 hari.
Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila didedahkan bekas Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd. meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta
setahun.
Menerusi
satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM berkata, PPIM mendesak kerajaan supaya
memandang serius akan gejala kurang sihat itu.
“Seseorang
yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang
melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’,
sekali lagi menggunakan wang rakyat.
“Mungkin
jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ia
sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila
tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan,”
katanya di sini hari ini.
Tambahnya,
apakah menjadi satu dosa besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji
minima sebanyak RM1,500 sebulan walhal rakyat harus menerima hakikat bahawa ada
individu di negara yang mampu meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.
Menurutnya,
amat mengejutkan apabila syarikat Sapura sebuah konglomerat minyak dan gas
antara terbesar di rantau ini diancam bankrap setelah mencatatkan kerugian
sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.
“Akibat
kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan
kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung. Sekiranya Sapura Energy
jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami
kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.
“Di
samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan
kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan
seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50 peratus daripada sahamnya,”
ujarnya.
Artikel oleh: Berita Perak
BEKAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SAPURA ENERGY RAIH GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN TAPI SYARIKAT BAKAL BANKRAP
PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila didedahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sapura Energy Bhd. meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM berkata, PPIM mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat itu.
“Seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di ‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat.
“Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ia sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan,” katanya di sini hari ini.
Tambahnya, apakah menjadi satu dosa besar bagi seorang Perdana Menteri mengumumkan gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan walhal rakyat harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara yang mampu meraih gaji sebanyak lebih RM17 juta setahun.
Menurutnya, amat mengejutkan apabila syarikat Sapura sebuah konglomerat minyak dan gas antara terbesar di rantau ini diancam bankrap setelah mencatatkan kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.
“Akibat kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung. Sekiranya Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.
“Di samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50 peratus daripada sahamnya,” ujarnya.
Artikel oleh: Kosmo
BEKAS CEO SAPURA TERIMA GAJI LEBIH RM17 JUTA SETAHUN
Semangat patriotisme mampu membentuk sokong beli barangan tempatan. Rakyat Malaysia perlu semangat patriotisme kalau tidak kita, siapa lagi!
Rakyat Malaysia perlu mencontohi
semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong
membeli produk tempatan sehingga dikenali dunia sebagai produk berkualiti.
Rakyat Jepun bertindak membantu apa
juga industri negara mereka termasuk industri automotif kerana mempunyai
semangat patriotisme secara praktikal.
Pada permulaan Jepun menceburi bidang
automotif, keluarannya tidak begitu tinggi mutunya namun sokongan rakyatnya
yang patriotik menyebabkan industri itu dapat diperbaiki lagi.
Dalam pembuatan kereta mereka semakin
lama semakin maju sehingga hari ini sampai ke tahap dikenali dunia sebagai
negara yang keluarannya bermutu tinggi. Inilah hasil pengorbanan rakyat Jepun
pada awalnya yang membeli barangan buatan mereka sendiri.
Orang Malaysia juga suka membeli kereta Jepun yang berkualiti walaupun harga lebih mahal dari Proton.
Jika rakyat Malaysia dapat mencontohi
sikap patriotisme orang Jepun, kita akan membangun dan menjadi negara maju.
Kalau kita sendiri tidak sokong bangsa kita, siapa lagi?
Jepun, Korea dan China yang mana mereka maju dengan pesat sebab kualiti budaya mereka.
Mereka kerja keras dengan menentukan
hasil sebaik mungkin sehingga berjaya sebaik mungkin.
Itulah sampai hari ini, kita tidak jumpa kereta Austin, Morris di atas jalan raya hanya kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Geely.
Apa yang penting, rakyat Malaysia
perlu mempunyai semangat mulia, amanah dan jati diri serta nilai hidup untuk
memulihkan dan membangunkan negara.
Orang Jepun malu sangat kalau gagal
melaksanakan arahan dan matlamat. Tetapi orang Malaysia marah sebab tidak dapat
sesuatu bantuan dari kerajaan.
Kakitangan dan pimpinan penjawat awam
dan orang politik bertanggungjawab dengan berpegang pada budaya mulia dan
menolak segala perbuatan rasuah. Kalau pemimpin kita sering mengamalkan rasuah, negara akan
hancur.
Patriotisme - Sayangi Malaysia, Sayangi Produk Tempatan.
Apakah kita
harus menerima hakikat bahawa ada individu di negara ini yang mampu meraih gaji
sebanyak RM200,000 sehari tetapi menjadi satu dosa yang besar bagi seorang
Perdana Menteri mengumumkan gaji minima RM1,500 sebulan?
Amat
mengejutkan apabila Sapura Energy, sebuah konglomerat minyak dan gas antara
terbesar di rantau ini sedang diancam kebankrapan setelah mencatatkan kerugian
sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas.
Akibat
kerugian dan kemungkinan tindakan kebankarapan itu, badan-badan pelaburan
kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) juga akan terjejas secara langsung.
Sekiranya
Sapura Energy jatuh bankrap, 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera akan
mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion.
Di
samping itu, PNB dan KWSP serta lain-lain tabung Amanah juga akan berdepan
kemungkinan kerugian langsung berikutan hutang mereka dengan bank-bank tempatan
seperti Maybank yang mana PNB juga memiliki 50% daripada sahamnya.
Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius akan perkembangan korporat ini
sebagai satu drama yang membuatkan rakyat marhaen terkesima lebih-lebih lagi
apabila didedahkan pada 2018 Ketua Pegawai Eksekutifnya meraih gaji sebanyak
lebih RM17 juta setahun atau lebih kurang RM200,000 sehari!
PPIM
mendesak kerajaan supaya memandang serius akan gejala kurang sihat ini di mana
seseorang yang konon punya bakat memperdagangkan wang pelaburan rakyat, dibayar
gaji yang melangit, tetapi akhirnya rugi. Kerugian tersebut pula sering di
‘bailout’, sekali lagi menggunakan wang rakyat!
Mungkin jumlah gaji yang diterimanya mempunyai justifikasi tersendiri, tetapi nyata ianya sesuatu yang tidak menunjukkan akauntabiliti dan tanggungjawab apabila tiba-tiba wang rakyat, wang kumpulan titik peluh rakyat seolah-olah dipersia-siakan.
KIRA-KIRA dua juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini pastinya sedang mencongak untuk mengeluarkan wang maksimum RM10,000 selepas diberi kelonggaran oleh kerajaan.
Bagi yang terkesan, wang itu mungkin kurangkan beban.
Bagaimanapun, dalam keghairahan, pengguna diingatkan agar sentiasa berhemah dalam penggunaan wang tersebut selain hanya mengeluarkan amaun yang diperlukan serta tidak menyalahgunakan kelonggaran yang diberikan pihak kerajaan.
Setiap daripada kita memahami tekanan yang dihadapi rakyat, namun pada masa sama semua turut bimbang dengan sikap segelintir pengguna tidak berdisiplin dalam menguruskan kewangan sendiri.
Oleh itu, pencarum dinasihatkan agar mengeluarkan wang mengikut keperluan supaya jika berlaku kecemasan yang lain, mereka boleh membuat pengeluaran yang lain.
Kunjungilah mana-mana cawangan KWSP bagi mendapatkan khidmat nasihat pengeluaran sebelum tempoh permohonan dibuka supaya lebih faham situasi kewangan masing-masing.
Pencarum juga dinasihatkan agar tidak beremosi, bersikap terbuka dalam menerima nasihat pakar-pakar ekonomi dan membuat pilihan yang bijak demi kelangsungan hidup.
Elakkan berbelanja berlebihan untuk musim perayaan akan datang dan berbelanja secara sederhana untuk persiapan persekolahan adalah amalan yang baik, jika tiada keperluan mendesak, lebih elok wang itu disimpan untuk masa hadapan.
DATUK NADZIM JOHAN Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Artikel oleh: Kosmo
JANGAN SALAH GUNA WANG RM10,000 KWSP, DAPATKAN NASIHAT KEWANGAN