Monday, September 21, 2020

5937) PPIM BERKORBAN DUIT, DARAH DAN AIR MATA - MALAKAT TRIBUNE - 19/09/2020


RAUDHAH CITY - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkorban duit, darah dan air mata untuk sampai ke tahap yang persatuan itu berada ketika ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, ia kerana persatuan itu banyak berjuang secara bersendirian dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Datuk Nadzim Johan

Katanya, jika dihitung terlalu banyak kelemahan dalam masyarakat dan PPIM sentiasa mencari penyelesaian yang mungkin kerajaan tidak mampu lakukan.

"Jika tidak diselesaikan, adakah kita mahu menjadi seperti etnik Rohingya dan Melayu Champa?. Apabila berlaku masalah kita cari penyelesaian.

"Lawan 'along' misalnya, ramai yang tanya bagaimana kita lawan. Macam pegang bara api, negara luar juga datang tanya macam mana kita selesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Jalinan Ukhwah Rakan Strategik Malakat Mall yang diadakan di Casa De Madani di Malakat Mall malam tadi.

Datuk Nadzim Johan menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Malakat Mall.

Turut hadir Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim; Pengerusi Pembela; Aminuddin Yahaya; Presiden Perkid, Masridzi Sat dan tokoh-tokoh agama yang lain.

Menurut Nadzim atau lebih dikenali sebagai Toqqi, beliau sebelum ini sebenarnya tercari-cari individu mampu membantu dalam menyuatikan ekonomi Islam.

"Kita sudah cukup terhina sebelum ini, maka kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah imej kita. Saya sebenarnya tercari-cari orang yang boleh bangunkan ekonomi Islam.

"Apabila berjumpa dengan Mohd. Fadzil, saya beritahu pada dia yang saya sudah mencari orang seperti ini selama 60 tahun, iaitu orang yang boleh buat kerja dan mempunyai kesungguhan serta punyai disiplin untuk membawa perubahan.

"Kita di PPIM hanya membawa kesedaran tetapi untuk merealisasikannya kita memerlukan orang seperti ini. Saya sering cakap, kami tidak mampu buat walaupun mampu lawan masalah lain," katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau mahu memberikan sokongan terbaik dalam menjayakan agenda Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) dan menggesa semua pihak bersatu.

"Saya yakin dengan barokah doa alim ulama, kita akan dapat atasi segala masalah yang timbul, apa yang penting kita semua perlu bersatu dan ketepikan sebarang perbezaan pendapat," katanya.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM BERKORBAN DUIT, DARAH DAN AIR MATA

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL